Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 31 Julai 2010

Gempar, blackberry Fasha Sadha dicuri


Artis jelita, Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan (gambar) kerugian lebih RM2,000 apabila telefon pintar Blackberry miliknya hilang selepas bilik penginapannya di sebuah hotel di Pantai Chenang di sini, dimasuki pencuri, awal pagi kelmarin.

Sumber polis berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan hanya telefon pintar Blackberry milik Fasha Sandha dilarikan pencuri.

“Fasha menginap di hotel berkenaan kerana sedang menjalani penggambaran di pulau peranginan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Saya bersedih atas kehilangan itu, namun pihak pengurusan hotel memaklumkan bahawa mereka akan memberikan ganti rugi yang setimpal,” kata Fasha menerusi laman itu pagi semalam.

Menurut sumber, ketika kejadian, Fasha dan seorang lagi pelakon Fadzilah Mansor sedang tidur ketika pencuri berkenaan menceroboh bilik mereka.

Mak ngoh rasa mak ngoh tahu niat pencuri tersebut yang hanya mencuri telefon Fasha Sadha. Semestinya pencuri itu ada niat jahat dan dendam. Mungkin pencuri itu mahu mencari apa-apa bahan dalam telefon itu yang boleh menjatuhkan Fasha Sadha. Namun, mak ngoh harap tiada apa yang boleh menjejaskan maruah Fasha Sadha.

Walaupun mak ngoh dengar macam-macam cerita pelik pasal Fasha nih, tetapi kalau dari segi budi bicara di tv, dia pandai guna ayat yang beradab dan menjawab dengan profesional tak macam beberapa artis yang asyik ketawa2 dan sengih2 jer bila wartawan tanya soalan. Ada juga yang marah-marah dan perli wartawan balik.

p/s : Tengok saja apa yang berlaku kepada Ariel Peterpan.

7 ulasan:

  1. kalau hilang telefon je tak apa la... tapi takut nanti hilang "maruah" sbb benda2 dlm telefon tu =)

    BalasPadam
  2. jgn ade gmbr2 yg x spatutnye dh la..klau x abeslah..huhu

    BalasPadam
  3. kesian..mesti risau ape akan jadi kat fon tue

    BalasPadam
  4. selipar jepun aku hilang aku xkisah pn

    BalasPadam
  5. kompem ade kot kn pict2 dia..
    y 'sopan' tu :))

    BalasPadam
  6. "Fasha dan seorang lagi pelakon Fadzilah Mansor sedang tidur ketika pencuri berkenaan menceroboh bilik mereka."

    ??????

    BalasPadam
  7. dia nak nombor fone artis lain tu ~ haahahah

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~


On Nov 13 Nur haura afeeya commented on resepi kuah laksa lemak kuah laksa
*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan,...(more)

On Apr 15 Anonymous commented on tukar aliran akaun sebab tak minat ker
Abang@kakak memang betul2 tukar ke???Saya terfikir jgk nk tukar aliran

On Mar 14 Anonymous commented on tukar aliran akaun sebab tak minat ker
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ NC. .

On Mar 14 Anonymous commented on suami curang dengan sepupu isteri
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ wO .

On Mar 14 Anonymous commented on mengisi maklumat dalam aplikasi
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ Xz ..

Get This Recent Comment Widget!