Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 11 Julai 2010

Siapa pelakon Korea yang baru ada diploma tapi ditawarkan jadi profesor madya?

Bertuah sungguh. Baru ada diploma tapi dah ditawarkan jawatan profesor madya... Kalau macam tu, orang yang ada master dan PHD?
Nak tahu kisah lanjut? Atau anda pun mahu apply? Okay, baca cerita di bawah...


.................................

BUNYI agak pelik tapi itulah rezeki pelakon dan penyanyi Jang Nara (gambar) yang dikenali melalui filem Sky and Sea dan drama bersiri My Love Patzzi berikutan ditawarkan jawatan profesor madya bukan di negara sendiri tapi di Universiti Huajia Beijing, China.

Difahamkan, gadis berusia 29 tahun ini akan mengajar jabatan lakonan memandangkan pengalaman berlakon lebih 10 drama dan filem di negaranya sejak 2001.


Biarpun berbakat menyanyikan lagu dalam bahasa Cina, ada suara sumbang mempertikai tawaran itu kepada Jang Nara berikutan dikatakan tidak layak kerana kurang fasih berkomunikasi dalam bahasa berkenaan.


Malah daripada segi kelayakan, dia baru saja menamatkan pengajian diplomanya Februari lalu walaupun mengikuti pengajian peringkat itu hampir 10 tahun kerana sibuk dalam seni.


Bagaimanapun, hal ini adalah perkara biasa yang sering dilihat di kalangan selebriti di sana yang tidak perlu berusaha keras menghadiri kelas, sebaliknya hanya perlu nampak cantik dan terpesona di pentas seni.


Sama ada layak atau tidak, sekurang-kurangnya bakat Jang Nara diiktiraf rakyat asing yang menyanjungi hasil kerjanya. Difahamkan, Jang akan beraksi dalam sebuah drama Cina menjelang musim luruh nanti. Dia juga menanti projek terbaru drama Mischievous Princess dalam masa terdekat.
Diambil dari Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!