Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 3 Julai 2010

Oh cikgu Ali...Oh cikgu Abu

Lagi kisah benar yang berlaku di sekolah.
Mengenai cerita cikgu Ali dan cikgu Abu yang ada konflik di sekolah mereka kerana disebabkan oleh 2 orang pelajar.

Cikgu Ali suka mendenda pelajar dan denda yang dikenakannya biasanya sesuatu ayat yang perlu ditulis dalam 200 hingga 300 kali. Contohnya ayat denda glemer cikgu Ali
"saya berjanji akan belajar rajin-rajin"
"saya berjanji akan lulus ujian bulan depan"
"saya berjanji akan dapat markah tertinggi dalam kelas"

Kalau budak yang rajin, memanglah terpaksa buat denda tersebut walaupun ratus-ratus kali, tapi kalau budak yang malas...kena tunggu cikgu Ali bagi amaran keras baru nak buat.

Pada satu hari, cikgu Abu masuk ke kelas dan memberikan nota Matematik di papan putih. Kemudian dia minta budak-budak salin nota tersebut. Sambil-sambil itu cikgu Abu pusing-pusing kelas melihat kerja anak muridnya. Kelihatan, Siti dan Situ sedang asyik tunduk menulis. Jadi, cikgu Abu pun terfikir "rajin betul Siti dan Situ nih, dah insaf ker...sedangkan sebelum bukan main liat kalau suruh salin nota"

Setelah budak siap salin nota, Cikgu Abu pun memberikan penerangan tentang nota itu dan memberikan beberapa contoh lain. Dengan semangat betullah cikgu Abu mengajar. Kemudian, cikgu Abu memberi latihan meminta pelajar kelas itu menyiapkannya.

Sekali lagi cikgu Abu pusing-pusing dalam kelas itu melihat latihan pelajarnya dan memberikan tunjuk ajar. Tiba di meja Siti dan Situ, alangkah sedihnya cikgu Abu melihat kedua orang anak dara itu tidak membuat kerja Matematik, malah nota di papan hitam pun tidak salin. Rupa-rupanya Siti dan Situ sedang asyik menyiapkan denda Cikgu Ali berjumlah 200 kali ayat yang sama di kertas kajang yang dikoyak dari buku matematik.

Cikgu Abu pun merampas kertas tersebut dan meletakkan kertas itu di meja guru di kelas. Kemudian, cikgu Abu pun membebellah.
"Saya penat-penat di sini mengajar dan kasi terang tapi rupanya kamu 2 orang nih buat kerja lain"
"Ini masa matematik, buatlah kerja matematik. Masa Sastera baru buat kerja sastera" bebelnya lagi.

Siti yang memang kurang ajar, mula meletakkan tangannya di kedua-dua telinga dan mengejek setiap patah perkataan cikgu Abu. Siti juga menengking cikgu Abu yang kuat membebel.

Dek kerana darah yang telah mendidih, cikgu Abu pun mengoyak kertas-kertas denda Siti dan Situ. Dia koyak kertas itu sekoyak hatinya mengadap budak 2 orang yang kurang ajar sangat-sangat.

Habis masa di kelas itu, cikgu Abu masuk ke bilik guru mengambil aircond untuk menyejukkan hatinya. Tapi dia sedikit pun tidak terlintas nak bagitau Cikgu Ali tentang kejadian tersebut kerana baginya itu perkara antara dia, Siti dan Situ sahaja.

Cikgu Ali dan cikgu Abu pun biasa-biasa saja dan berbual seperti biasa. Tapi pada satu malam..selepas seminggu perkara itu berlaku, cikgu Abu terbaca status Cikgu Ali yang baru 2 jam disharekan di dalam facebook.

Dalam status cikgu Ali itu, cikgu Ali memarahi cikgu Abu kerana telah mengoyak kerana sastera dendanya. Katanya lagi...walaupun itu masa matematik tetapi cikgu Abu tiada hak untuk mengoyak kertas tersebut. Cikgu Abu juga tidak berhak untuk menegur pelajar itu dan cikgu Abu tidak menghormati cikgu Ali kerana telah mengoyak kertas itu. Macam-macam lagi tohmahan yang cikgu Abu kena dan status itu panjang berjela-jela. Rupanya Siti dan Situ telah pergi mereport dengan Cikgu Ali. Tapi macamana ayat report tu, cikgu Abu tak tahu. Yang pasti, budak 2 orang tu memang kurang ajar.

Walaupun, terasa hati sangat-sangat dengan status itu namun cikgu Abu telah meminta maaf kepada cikgu Ali di facebook tersebut.

Keesokkannya di sekolah, cikgu Ali sengih-sengih depan cikgu Abu tapi cikgu Abu dah tak layan. Dia sakit hati dan dia rasa tindakan cikgu Ali menulis di facebook itu telah memalukannya dengan guru-guru dan pelajar yang berada di dalam facebook cikgu Ali tu.

Dan memang betul, tindakan di facebook itu telah dibising diperkatakan di sekolah itu. Cikgu-cikgu lain pun tahu cerita itu tapi mereka memihak kepada Cikgu Abu. Tetapi, mereka tu jenis bermuka-muka, dengan cikgu Abu cakap lain, dengan cikgu Ali cakap lain. Makin serius masalah cikgu Ali dan cikgu Abu nih gara-gara Siti dan Situ.

Sampailah hari ni, cikgu Ali dan cikgu Abu sudah tidak bercakap di sekolah. Kalau jumpa pun , mereka buat tak nampak jer.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!