Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 2 Julai 2010

Studentku patah kaki..Samsuddin Oh,,,Samsuddin

Lagi cerita pasal kerja dan pelajar mak ngoh...Hehe... biasalah, cikgu kan, tak pernah abih tentang cerita di sekolah. 10 pelajar 10 ragam, dah kalau 1000 pelajar 1000 lah juga ragam mereka.

Pagi tadi 7.30 pagi sampailah pukul 11.30 , kami di sekolah sebab ibubapa pergi tandatangan report card anak-anak mereka, then pukul 11.30 tadi mak ngoh dan 3 orang adik-adik junior (cikgu baru) pergilah menziarah seorang pelajar kelas mak ngoh yang telah patah kaki (betis) pada hari Ahad lepas. Fuh...lewat kan guru kelas dia nih, 5 hari budak tu patah kaki barulah cikgunya menjenguk :(

Actually, mak ngoh nak pergi sorang-sorang jer...tapi geng-geng cikgu baru pun nak ikut jugak..kebetulan dorang pun mengajar budak tu dan dorang nak tengok kampung sabah nih macamana. Rumah budak tu dekat jer dengan sekolah tapi rumahnya tak boleh dibawa masuk kereta...jadi kenalah tinggal kereta di luar dan berjalan kaki ke rumahnya. Macam lebih 200 meter gak jalan kaki...Hehe..dekat jer lah.

Budak nih, namanya Samsuddin...dia ada kembar yang bernama Moktar. Bezanya, Moktar tu duk kelas A dan si Samsuddin nih duk kelas C. Memang peribadi kembar nih berbeza lah. Moktar jenis bertanggungjawab, Samsuddin pula kuat merajuk walaupun dengan cikgunya. Haha... Kadang-kadang kerja rumah Samsuddin, Moktar yang tolong buatkan, nak-nak lagi karangan BM dan kerja Matematik. Tapi, yang kasihannya, bapa budak kembar nih dah meningal dunia dan bapanya seorang warga Indonesia.

Bila dah sampai di rumah kembar tu, mak ngoh tanyalah ibunya tentang kejadian sebenar, macamana boleh patah. Cerita ibunya...Samsuddin nak ke kompleks sukan, main bola sepak tapi ibunya larang. Sayangnya Samsuddin tak dengar larangan ibunya dan pergi juga. Semasa dia main bola tu lah, berlaku insiden dan betis Samsuddin patah. Kemudian dia dibawa ke hospital dan disimen. Siap simen, barulah ibunya diberitahu oleh rakan-rakan Samsuddin.

Cuma yang nasib, patahnya dia tak teruk, patah dalam keadaan retak. Disimen dan tak perlu besi. huhu. Tapi, tadi kan , bukan main banyak lagi autograf dan tandatangan rakan-rakan dia yang melawat dia dia tempat simen tu dari hujung kaki ke paha, penuh dengan tandatangan dan juga nombor telefon. Ntah apa-apalah budak-budak nih. Mungkin dorang mau nurse yang buka simen Samsuddin nanti, col dorang kut.

Dan yang bagus lagi, mak ngoh tengok ada beberapa buku rujukan di sisi Samsuddin> tandanya dia mengulangkaji walaupun dia sakit, tak boleh berjalan dan terpaksa berbaring jer. Bagus..bagus..

Di sekolah, Samsuddin nih banyak cakap, tapi bila cikgu-cikgunya pergi tadi, diam la plak. Cakap sepatah-patah dan tunduk macam tak mahu pun tengok muka cikgunya. Malu mungkin. Bila bagi nasihat...dia menangis pulak. Aduh...kesiannya pelajarku.

Pengajarannya : Jangan lawan cakap mak. Yer ke tak? Lagi satu pesanan untuk guru baru..kena belajar cakap Sabah gak kalau nak berjalan ke rumah pelajar. Kadang-kadang, mak pelajar tak faham kita cakap, kita pulak tak faham dia cakap. Huhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!