Kelantan 3 Johor Fc 1
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Sabtu, 31 Julai 2010
Keputusan Akhir Liga Super 31 Julai 2010
Kelantan 3 Johor Fc 1
walaupun pelajar itu sumpah seranah cikgu, cikgu masih takde hak cubit or rotan pelajar tu
Siapa yang cakap macam tu? Seorang pengetua...kenapa dia cakap tu? sebab memang itulah garis panduan dari orang atas...
Kejadian yang baru berlaku minggu ini. Bukan sekolah mak ngoh tapi sekolah housemate makngoh melibatkan pelajar lelaki tingkatan 2.
Guru wanita yang baru keguguran dan tidak sihat sepenuhnya namun digagahi ke sekolah kerana nak kejar silibus. Bila dia masuk kelas tu, semua pelajar diam dan ambil tempat. Guru mula mengajar. Seorang pelajar lelaki yang nakal, Ali (bukan nama betul) mula buat bising dan ganggu kawan dia... "meh tapak tangan ko, nak buat magik ni" kata Ali. Kawannya pun hulurkan tapak tangan. Ali gosok tapak tangan tu kemudian Ali ludah. "Nah, siap sudah magik" kata Ali sambil ketawakan kawannya yang telah tertipu.
Marahlah kawannya tu dan mengadu dengan guru wanita tersebut. Guru wanita tu pun denda ALi berdiri di luar dan sambung mengajar lagi.
Ali ke luar kelas sekejab, kemudian Ali masuk main buka tutup lampu kipas dalam kelas. Dia ketawa. Kemudian dia usik lagi kawan-kawan dia yang lain. Puas usik kawan dia keluar ke luar kelas dan masuk lagi.
Guru wanita tu tegur lagi "Ali, kan saya denda kamu di luar. Kamu tak nak belajar, duduk di luar, kawan kamu nak belajar"
Tapi ALi tak dengar. Dia masuk ke kelas dan main buka tutup lampu lagi.
"Hei, setan...tak boleh ke buat perangai elok sikit"marah guru wanita tu. Dia sudah hilang sabar dengan perangai Ali.
"Hei, cikgu. Dalam peraturan sekolah, tak ada cakap cikgu boleh panggil aku setan"marah Ali kembali.
"Habis, kamu tu baik sangat ker, sampai saya nak panggil kamu malaikat"balas guru tersebut lagi. Sakit kesan keguguran tu terasa di perut bila dia menjerit.
"Cikgu BODOH!!!!!,,,,,cikgu BODOH" marah Ali berkali-kali. Dia meludah kerusi di depan guru tersebut.
Sekian...tak ada kesudahan! Itu jer. Terpaksa dibiarkan je budak Ali. Kalau nak didendakan pun tak boleh sebab ibu Ali tu akan marah sekolah.
Ibu Ali memang selalu dijemput ke sekolah untuk berbincang tentang perangai anaknya. Tapi ibu cakap "anak aku ni baik bah cikgu"
"anak aku ni pandai bab-bab agama"
"anak aku ni dengar kata"
"anak aku ni rajin"
Tak habis-habis dipuji anaknya itu. Jadi apalah lagi yang cikgu boleh buat. Biarlah budak tu ROSAK dek kerana ibunya yang terlalu percayakan anak.
Neraka itu mempunyai tujuh pintu
Jawab Jibril -:
Pintu Pertama ~ pintu Hawiyyah - tempat orang-orang yang munafik dan kafir.
Pintu kedua ~ pintu Jahim - tempat orang-orang musyrikin.
Pintu ketiga ~ pintu Saqar - tempat orang-orang sabiin.
Pintu keempat ~ pintu Ladza - tempat para iblis dan orang-orang majusi
Pintu kelima ~ pintu Hutomah - tempat orang-orang Yahudi
Pintu keenam ~ pintu Saiir - tempat orang-orang Nasrani
Pintu ketujuh ~ tempat orang yang buat dosa tetapi tidak sempat bertaubat.
Baucer dari ELKEN > alhamdulillah
Tahun lepas mak ngoh dapat baucer ELKEN bernilai RM 60 (kalau tak silap) dan mak ngoh claim PERFUME ELYSYLE WOMEN dan kena tambah duit dalam RM 50. Perfume tu memang harum dan kekal lama.
gambar google jer
Tahun ni mak ngoh dapat lagi baucer ELKEN tapi nilainya up RM 80. Disebabkan mak ngoh terlalu sibuk pertengahan tahun lalu jadi mak ngoh pun biarkan jer sampailah baucer tu hilang. Kemudian, awal bulan 7...Elken Kuala Lumpur telefon mak ngoh dah tanya dah tebus ke belum baucer tu.
Apa lagi...mak ngoh jawab la belum (kebetulan time tu perfume dah nak habis). Mereka pun sms mak ngoh bauncer tersebut dan mak ngoh diminta tunjukkan sms tu di mana-mana kedai Elken.
Jadi mak ngoh pun pergilah ke Elken Sandakan dan claim baucer tersebut dengan niat nak ambil Perfume Elysyle Women lagi. Tapi pekerjanya cakap, perfume tu telah dibatalkan dari senarai baucer. Alahai...rugi.
Jadi fikir punya fikir dan banding punya banding dengan beberapa barangan ELken yang lain, mak ngoh ambillah EPA DHA ELKEN di bawah nih -:
Tapi sampai ke hari nih, kotak EPA ni belum lagi dibuka...hua hua..hua..bila eh nak makan nih.
Beberapa hari lepas, mak ngoh window shopping. Ada promoter duk iklankan mak ngoh Perfume Alaisyah. Harum la jugak. Idaman. Jadi mak ngoh belilah perfume nih. Pandai promoter dia cakap -:
Doa Penenang Jiwa
di tempat kedukaan dengan kegembiraan
Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dengan air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yang tidak mahu lelap
dgn kejayan yg sudah hampir
Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU
Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dalam keadaan terhina...
Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku..
dan halaulah keresahan dari jiwaku...
Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tidak meminta tolong melainkan kpd-Mu
p/s :doa ni bukan milik makngoh. jadi sesiapa nak copy-paste dipersilakan tanpa perlu keizinan. Hanya milik ALLAH.
Luahan mak ngoh....hati terluka
Mak ngoh terasa hati sangat-sangat dengan seorang guru junior sekolah mak ngoh. Senang cite namanya Mas. Masa guru ni mula-mula posting dulu, mak ngoh la yang jadi driver dia ke hulu ke hilir. Nak bayar bil rumah bapa dia pun, mak ngoh yang tolong hantar dia pejabat pos dan tunggu dia setelkan kerja dia.
Kemudian, dia nak beli kereta tapi dia cuma ada lesen L itupun lesen dia dah mati dan lesen tu bukan dalam simpanan dia. Dalam simpanan sekolah memandu dia. Mak ngoh hantar dia ke sekolah memandu dan tolong berunding dengan cikgu sekolah tu. Cikgu sekolah tu minta dia bayarkan RM100 kalau nak ambil lesen L tu. Mak ngoh cakap kalau di semenanjung tak ada pun kena bayar lesen L nih. Kemudian, cikgu sekolah tu pun setuju bagi lesen L tu. Kemudian, kami pergi pula ke JPJ,sebab dia kena hidupkan lesen tu.
Urusan dia beli kereta tu pun, tak selesai-selesai gak. Berkali-kali ke ulang alik ke showroom untuk setelkan. Itupun mak ngoh yang tolong rundingkan seban dia tak tahu apa-apa pun pasal beli kereta. Pernah sampai kereta mak ngoh kena saman traffik sebab double parking semata-mata dah ada parking untuk berjumpa dengan salesman kereta tu.
Macam-macam urusan kereta dan akhirnya kereta dia pun dapatlah. Tapi dia nak drive bawa balik kereta tu tak pandai sebab dia belum ada lesen pun dan kereta manual. Time tu jer mak ngoh tak dapat tolong dia sebab mak ngoh bercuti di kampung.
Tidak lama lepas tu, Mas bagi mak ngoh satu borang loan. Minta mak ngoh sign tanpa tanda setuju ke tidak. Sekadar menjadi saksi loan peribadi dia. Memanglah sekadar saksi. Tapi sekurangnya tanyalah setuju ke tidak dulu. Dia cakap, alah tak ada pun. Saksi jer...kalau penjamin dia minta tolong pak sedara. Sebab kasihankan dia, mak ngoh pun sign je lah.
Sejak dia dah ada kenderaan, Mas tu dah mula berlagak. Tapi mak ngoh biarkan je. Sekurangnya lepas dah kerja mak ngoh jadi driver dia ke hulu ke hilir.
Bulan 5 lepas, Mas minta dengan mak ngoh softcopy minit meeting yang dibuat oleh mak ngoh. Mak ngoh tak tahu apa tujuan dia minta softcopy tu tapi dengar kata diarahkan oleh seorang guru senior sekolah tu. Mak ngoh su PBS PMR, guru senior tu su PBS SPM dan Mas tu su PMR sekolah.
Yang mak ngoh faham, tujuan su PBS SPM tu minta softcopy minit sebab dia nak pinda ayat 'disediakan oleh' . Mak ngoh buat disediakan oleh mak ngoh sebab memang mak ngoh yang buat minit tu. Ini dia nak tukar letak nama dia. Sebab bila meeting, minit tu akan ditayang dengan LCD.
Makin mak ngoh meradang, Mas tu lebih-lebih. Dia tinggalkan pendrive dia, tinggalkan memo minta softcopy tu. Tapi mula-mula mak ngoh cakap elok-elok lagi. Mak ngoh kata tak apalah, itu tugas mak ngoh. Lagipun minit tu sudah dicetak dan diedarkan.
Tapi pada satu pagi lebih kurang pukul 5.30 pagi, Mas sms mak ngoh bagitau nak juga minit tu. Mak ngoh naik minyak. Dia su PMR. bukan tugas dia pun pasal PBS nih (sekolah mak ngoh asingkan PBS dan su exam). Time tu, mak ngoh tak guna ayat lembut. Mak ngoh pun reply sms dia -:
“Nak tanya, apa jawatan awak menyibuk dengan PBS tu”
“Pengetua lantik sy jadi su PBS sebelum sy dilantik jadi penolong PMR awk lagi. Tolong jangan masuk campur kerja sy. Buat kerja sendiri dah la”
“Sy dah bagitau SU PBS SPM tu yang sy akan bagi sendiri softcopy tu sendiri kepada pengetua”
Baru dia reply kembali, “Ok tac”
Mak ngoh sms dia lagi
“ Tak sangkalah awk menyibuk kerja orang. Kecewa sy”
“Ker awk nak jawatan pbs pmr tu? Boleh je sy bagi awk. Tp biar guna cara betul. Pegi bgtau pengetua nak jawatan su PBS PMR”
“Cek balik tugas buku panduan guru. Ada ker nama awk dlm pbs?”
“Tolonglah sedar tindakan awk nih salah.Awk xleh masuk campur keje sy.
Semata-mata nak dengar arahan setiausaha PBS SPM. Tp klu pengetua yang arahkan, sy tak kisah”
“Rosak hubungan kita sbb perangai pelik awk. Jgn salahkan sy”
Nah, itulah ayat-ayat sms mak ngoh. Terus pening kepala mak ngoh pagi tu. Sebab mak ngoh geram sangat dah. Selama ni mak ngoh bersabar dan buat ayat baik-baik jer sebab dia memang terkenal dengan sifat sensitif dia tu.
Namun, lepas kejadian tu, mak ngoh tetap tegur dia tapi dia langsung dah tak balas teguran mak ngoh dan tindakan tu buat hati mak ngoh makin sakit dan makin terluka.
Tiba pada hari meeting PBS, rupanya Mas telah mencetak salinan minit tersebut dan mengedarkannya kepada guru-guru. Mak ngoh diamkan diri je. Tapi pelik juga apa sebenarnya dia nak. Sedangkan minit tu mak ngoh dah cetak dan telah lama diedarkan kepada guru sebelum meeting lagi. Lagipun itu bukan tugas dia. Tugas mak ngoh.
Adakah mak ngoh yang salah sebenarnya ni? Tolong kutuk mak ngoh supaya mak ngoh sedar kesalahan ni.
Jenis jenis hati dalam tubuh yang bernama manusia...(bukan ayam)
Hati bagaikan raja. Sabda Rasullullah saw : "ingatlah dalam jasad itu ada seketul darah, apabila elok darah tersebut eloklah jasad seluruhnya dan apabila rosak, rosaklah jasab seluruhnya. ingatlah itulah dia hati"
Hati manusia ada 3 jenis
1) hati yang sihat
2) hati yang mati
3) hati yang berpenyakit
1) Hati yang sihat
~ selamat dari syahwat yang menyalahi larangan ALLAh
~selamat dari syubhat yang bertentangan dengan kebaikan
~sejahtera dari mengabdi diri kepada selain ALLAH
~ sejahtera dari berhukum kepada selain ALLAH
~ beramal kepada ALLAH dengan ikhlas tanpa riya' dan ujub
~ takut kerana ALLAH
~berani kerana ALLAH
2) Hati yang mati
~ hati yang tidak kenal tuhannya
~ tidak tunduk kepada tuhannya
~ tertawan kepada nafsu dan syahwat
~ takut kerana nafsu
~berani kerana nafsu
3) Hati yang berpenyakit
~ hati yang kadang mati dan kadang hidup
~ penyakit hati ini mudah merebak lebih-lebih lagi ditambah dengan sikap bohong dan menolak perintah ALLAH
~Firman ALLAH s.w.t dalam surah Baqarah ayat 10 "Dalam hati mereka ada penyakit lalu ALLAH tambahkan kepada mereka berpenyakit. Dan buat mereka azab yang pedih dengan apa yang mereka dustakan"
Faktor yang menjadi hati berpenyakit
1. lebih berkata-kata
2. lebih melihat
3. lebih makan
4. lebih bergaul
Faktor-faktor yang menghidupkan hati
1. zikrullah
2. tilawah al-quran
3. istighfar
4. Doa
5. selawat
6. Qiamullail
Puasa Wajib, puasa sunat, puasa makruh dan puasa haram
1) Wajib dan disyariatkan di bulan Ramadhan untuk mereka yang telah akil baligh kecuali mereka-mereka yang mengalami keuzuran atau masalah yang dibolehkan tidak berpuasa.
2) Puasa yang telah diniatkan atau nazar. Contohnya anda bernazar akan berpuasa selama sehari jika mendapat kerja atau jika lulus peperiksaan.
Puasa Sunat
1) 9 Zulhijjah (untuk mereka yang tidak mengerjakan haji)
2) 9 dan 10 Muharram ataupun puasa 10 dan 11 Muharram.
3) Hari Isnin dan hari Khamis
4) Puasa 3 hari pada setiap bulan
5) Puasa pada hari putih iatu 13hb,14hb dan 15hb setiap bulan.
6) Puasa 6 hari pada bulan Syawal. Afdalnya berturut-turut
Puasa Makruh
1) apabila berpuasa pada hari Jumaat sahaja
2) apabila berpuasa pada hari Sabtu sahaja
Ini kerana ulamak berpendapat makruh kerana orang Yahudi agungkan hari Sabtu dan orang Nasoro agungkan hari ahad. Oleh itu kalau mahu berpuasa, biarlah 2 hari berturut samaada Jumaat dan Sabtu, Khamis dan Jumaat, atau Sabtu dan Ahad.
3) Puasa ad- Dahr (berterusan) kerana dibimbangi puasa tersebut boleh mudaratkan orang lain seperti bayi yang menyusu.
Puasa Haram
1) Hari Aidil Fitri dan Hari Aidil Adha
2) Hari Tasyrik yang tiga iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah.Pada tiga hari itu umat Islam masih dalam suasana perayaan hari Raya Idul Adha sehingga masih diharamkan untuk berpuasa
3) Hari Syak ialah 30 Sya'ban di mana bila orang-orang ragu tentang awal bulan Ramadhan karena hilal (bulan) tidak terlihat. Saat itu tidak ada kejelasan apakah sudah masuk bulan Ramadhan atau belum. Ketidak-jelasan ini disebut syak. Dan secara syar‘i umat Islam dilarang berpuasa pada hari itu. Namun ada juga yang berpendapat tidak mengharamkan tapi hanya memakruhkannya saja.
4) Haram puasa wanita haid dan nifas
5) Haram puasa bagi wanita yang berpuasa sunat tanpa izin suami
6) Puasa selamanya walaupun tubuh orang itu mampu untuk berpuasa. Bagi mereka yang ingin berpuasa banyak hari, Rasulullah SAW menyarankan untuk berpuasa seperti puasa Nabi Daud as iaitu sehari puasa dan sehari berbuka.
Gempar, blackberry Fasha Sadha dicuri
Sumber polis berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan hanya telefon pintar Blackberry milik Fasha Sandha dilarikan pencuri.
“Fasha menginap di hotel berkenaan kerana sedang menjalani penggambaran di pulau peranginan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
“Saya bersedih atas kehilangan itu, namun pihak pengurusan hotel memaklumkan bahawa mereka akan memberikan ganti rugi yang setimpal,” kata Fasha menerusi laman itu pagi semalam.
Menurut sumber, ketika kejadian, Fasha dan seorang lagi pelakon Fadzilah Mansor sedang tidur ketika pencuri berkenaan menceroboh bilik mereka.
Demi Ayim, sanggup kelar tangan
Inilah trend terbaru pelajar perempuan sekarang samaada sekolah rendah ataupun sekolah menengah.
Mereka sanggup mengelar lengan masing-masing dengan jarum atau pisau hingga berdarah supaya meninggalkan kesan parut seolah-olah tatu yang bertulis nama kekasih. Inilah cara mereka menunjukkan cinta mereka terhadap kekasih masing-masing. SESAT!!!
Pakar Motivasi dan Kaunseling , Ahmadi Din berkata
“Perbuatan itu juga tidak ubah seperti pertandingan bagi membuktikan siapa paling hebat dan berani di kalangan gadis sebaya. Mereka langsung tidak ragu-ragu melakukannya hanya untuk bermegah. Siapa yang mempunyai parut nama paling panjang dianggap paling berani"
“Berdasarkan maklumat dikumpulkan, perbuatan gila mencederakan diri sendiri itu menjadi ‘trend’ baru yang tersebar meluas di kalangan remaja sekolah rendah dan menengah. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat aktiviti anak masing-masing,” katanya.
Ahmadi berkata, kegilaan terbaru itu mungkin diakibatkan kaedah lama menoreh nama pada batang pokok atau kerusi batu di taman rekreasi sebagai bukti cinta dianggap ketinggalan zaman.
“Lebih menyedihkan perbuatan menoreh nama teman lelaki pada lengan hingga berdarah ini sebahagian besarnya dilakukan gadis Melayu yang masih mentah untuk mengenal erti cinta,” katanya.
Menurutnya, perbuatan mencederakan tangan untuk menghasilkan parut tertera tulisan nama seseorang sama seperti membuat tatu dan Islam melarang keras amalan ini.
“Dalam Islam, apa saja perbuatan memudarat dan membahayakan diri adalah haram. Malah, terdapat hadis Rasulullah yang maksudnya Allah melaknat perempuan membuat tatu, perempuan yang meminta dirinya ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya,” katanya.
Selain itu, kata Ahmadi, daripada sudut kesihatan perbuatan menoreh kulit menyerupai tatu itu boleh menyebabkan gejala bengkak dan gatal pada bahagian ditoreh yang mengundang jangkitan penyakit Hepatitis B atau C jika jarum digunakan tercemar.
Namun seingat mak ngoh, sewaktu mak ngoh muda-muda dulu pun, dah ada pelajar perempuan yang gatal dan terlebih hormon nih mengelar tangan dan paha mereka dengan nama kekasih mereka. Ada juga pelajar yang menoreh dagu dengan duit syiling supaya dagu mereka kelihatan berlekuk dan belah.
Kemalangan Ngeri di Kuala Lipis
Mangsa :
Halimah Hamat, 57 - parah dan meninggal dunia
Yusuf Che Hamid, 60 - cedera ringan
Nuraiman Azhar, 7 - cedera
Punca :
Mangsa bersama suaminya dikatakan dalam perjalanan menghala ke Seremban, Negeri Sembilan dari Gua Musang, dipercayai untuk menziarahi saudaranya. kereta Proton Persona dipandu Yusuf dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan mengakibatkan besi itu menembusi kereta mangsa.
Maria Tunku Sabri gagal tuntut penyelesaian perjanjian pampasan RM5.5j
2 kes mahkamah didapati tak bersalah dan fakta nombor 7
Kes pertama tu, memang mengemparkan negara, seorang ibu sanggup membunuh 2 orang anaknya dengan cara menjerut. Walaupun begitu, wanita tersebut perlu menjalani rawatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama perkenan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.
Hakim Datuk Mohd. Zaki Mohd. Yassin membuat keputusan itu pada akhir perbicaraan kes setelah mendapati tertuduh Rosniza Ibrahim, 32, menghidap penyakit kemurungan serius dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika melakukan perbuatan itu.
"Memang tertuduh yang melakukan perbuatan itu (jerut leher anak hingga mati) tetapi mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah atas alasan ketidakupayaan mental"
"Tertuduh juga telah berada dalam keadaan kemurungan serius untuk tempoh 2000 hingga 2007 kerana masalah rumah tangga dan suami yang mahu berkahwin lain," katanya ketika membacakan penghakiman
Mak ngoh setuju juga macam tu. Wanita tersebut tersiksa selama 7 tahun dan menjeruk perasaan dengan perangai suaminya. Orang yang menjadi punca dia menjerut leher anaknya adalah SUAMInya.
Kes kedua pula melibatkan sepasang suami isteri yang bebas dari tuduhan bunuh seorang lelaki.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Dr. Hassan Ab. Rahman memerintahkan Mohd. Khoharuddin Ismail, 48, dan isterinya, Siti Sabariah Ahamad, 44, dibebaskan daripada tuduhan membunuh Mohd. Yusof Ismail, 32, setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Keputusan itu dibuat setelah beliau mendapati keterangan ikut keadaan dan keterangan saksi utama Nordin Yusof, 54, yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan bahawa si mati telah dibunuh oleh kedua-dua tertuduh.
Kalau tak silap mak ngoh, suami isteri ini telah ditahan selama 7 tahun di penjara dan baru ini dibebaskan setelah mereka didapati tak bersalah. Si isteri berkata beliau akan bayar balik hutang masa 7 tahun tu untuk bersama anak-anak yang telah ditinggalkan. Sekarang anak bongsu mereka berumur 10 tahun dan dijaga oleh isteri kedua dan isteri ketiga suaminya.
Percayalah ALLAH sentiasa membantu mereka yang teraniaya. Yang penting kena yakin dan berdoa. Insyaallah.
Nak kawin dgn anak aku paling2 standard IMAN MUDA ASTRO
Tahniah kepada Juara Iman Muda Musim Pertama Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan.
Asyraf menang -:
1) insentif berbentuk tawaran Imam Ratib secara kontrak di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan, trofi Imam Muda
2) sijil penyertaan
3) kad pentauliahan diiktiraf oleh Jawi
4)bhadiah melanjutkan pengajian tanpa had di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Mesir.
5) sebuah Proton Exora
6) pakej mengerjakan haji dan umrah
7) percutian ke Bandung, Indonesia
8) wang tunai berjumlah RM20,000
9) iPhone 3G
10) komputer riba Apple MacBook Pro.
Mahalnya : Gigi palsu dilelong RM75,249
LONDON - Satu set gigi palsu yang pernah dipakai oleh bekas Perdana Menteri paling popular Britain, Sir Winston Churchill (gambar) dilelong kelmarin pada harga £15,200 (RM75,249) tiga kali lebih tinggi daripada nilai tawaran bidaan asal.
Bahagian atas gigi tiruan yang dianggap telah menyelamatkan dunia daripada bencana Perang Dunia Kedua itu dibeli oleh seorang pengumpul barangan peribadi pemimpin-pemimpin era Perang Dunia Kedua itu yang identitinya tidak didedahkan dalam satu majlis lelongan.
Churchill menjadi ketua kerajaan Britain dari 1940 hingga 1945 dan 1951 hingga 1955 dan beliau terkenal kerana kemahirannya berpidato sehingga mampu menaikkan semangat askar-askar menentang tentera Nazi Jerman.
"Sejak zaman kanak-kanak, Churchill terkenal dengan sebutan pelat huruf S namun gigi palsu yang dipakainya tidak pula dipasang dengan sempurna," kata Ketua Pembelajaran Muzium Hunterian, Kolej Perubatan Diraja, Jane Hughes.
Tiga set gigi palsu itu dihasilkan juruteknik pergigian, Derek Cudlipp menjelang perang semasa Churchill berusia 65 tahun dengan satu set daripadanya dikebumikan bersama pemimpin itu setelah negarawan tersebut meninggal dunia pada 1965.
Satu set gigi itu dilelong oleh seorang anak juruteknik itu.
Menurut anak Cudlipp, bapanya membuat tiga set gigi kerana Churchill kerap merosakkannya.
Churchill amat menghargai gigi tiruan itu sehingga sering meminta Cudlipp datang ke pejabat beliau di Downing Street untuk membetulkan giginya. - AP
KOsmo
Jumaat, 30 Julai 2010
blackberry malaysia yang canggih
walaupun bersaiz besar tetapi masih boleh berfungsi seperti blackberry dengan bantuan komputer. (la pulak dah!)
Khamis, 29 Julai 2010
tak percaya hanya 21 orang pelajar hamil luar nikah...
KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang dikesan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.
“Siasatan kementerian menunjukkan 20 kes berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes membabitkan kes rogol,” katanya.
Ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini, semalam, beliau berkata, semua kes berlaku dalam kawasan perumahan masing-masing.
Menurut beliau, maklumat itu diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Sebagai usaha menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan,” katanya.
Beliau berkata, kebanyakan kes berlaku kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga.
“Selain usaha pihak sekolah, kementerian juga menasihati ibu bapa atau penjaga supaya lebih prihatin dan mengambil tahu perhubungan anak-anak mereka dengan memantau perubahan tingkah laku harian mereka,” katanya. - Bernama
~~~~ anda percaya...hanya 21 orang jer sepanjang 4 tahun keblakangan ini?
~~~~adakah sekolah tidak buat laporan kepada KPM tentang kes pelajar mengandung?
~~~~adakah KPM mahu menutp angka sebenar?
tolong baca yang ini pulak > 4 dah beranak, 16 tengah mengandung
Hajarul Aswad : Asal Usul dan Petua Supaya dapat Ciumnya
Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah. Secara kasar batu itu berukuran diameter 30 sentimeter dan 1.5 meter dari paras bawah.
Kalau berkaitan dengan Kaabah maka ia terletak di salah satu bucu Kaabah di mana apabila orang yang ingin mengerjakan haji ingin memulakan tawaf mereka maka mereka hendaklah memulai tawaf itu dengan membetulkan bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad berpusing sebanyak tujuh kali dan akhir sekali dengan akhir di Hajarul Aswad juga. Pada awal tawaf bermula dari Hajarul Aswad dan mengakhirkannya di Hajarul Aswad juga.
Asal Hajarul Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan .
Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga. Riwayat oleh Sa’id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka’b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia. Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini.
Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.Tidak ditemukan informasi yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat ataukah Nabi Adam a.s.
Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang cemerlang.Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan bahawa perubahan warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).
Dikatakannya bahawa sesungguhnya Hajar Aswad adalah salah satu batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang-orang musyrik.
Namun, kelak batu ini akan berwarna putih kembali seperti sedia kala. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah s.w.t tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”
Batu Hajarul Aswad akan dibangkitkan pada hari kiamat, dengan mempunyai 2 lidah dan 2 mata dan boleh berkata-kata serta memberitahu ” Ya tuhanku dia kucup (cium) aku, dia betul-betul ikhlas“
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah! Allah akan membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Walapun ia adalah batu, ia hidup. Siapa yang menciumnya, ia akan menjadi saksi. Kalau tidak dapat mengucupnya, cukuplah sekadar istilam (mencium dari jauh secara isyarat). Quran juga tahu siapa yang membaca dan mengucupnya. Quran juga menjadi saksi dan lawyer di hari kiamat. Begitu juga kulit dan bumi menjadi saksi bercakap di sana:
Fussilat Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)
Pada tahun 606 M, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 35 tahun, Kaabah mengalami kebakaran besar sehingga perlu dibina kembali oleh Nabi Muhammad s.a.w dan kabilah-kabilah terdapat di Mekah ketika itu. Ketika pembangunan semula itu selesai, dan Hajar Aswad hendak diletakkan kembali ke tempatnya, terjadilah perselisihan di antara kabilah-kabilah itu tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu itu di tempatnya. Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak untuk meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.
Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya, Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu. Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada. Hajar Aswad lalu diletakkannya di tengah-tengah serban itu. Baginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar Aswad. Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di tempatnya. Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.
Awalnya, Hajar Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), seorang ahli sejarah kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad, setelah terjadi kebakaran pada Kaabah. Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajar Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah.
Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 189 H, ketika Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 786-809 M), melakukan umrah di Masjidil Haram. Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu, untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.
Usaha berikutnya dilakukan oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah Uthmaniah (1225-1277 H/1839-1861 M). Pada tahun 1268 H, baginda menghadiahkan sebuah lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajar Aswad, sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang. Lingkaran emas itu kemudian diganti semula dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah (1861-1876 M). Pada 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad (Muhammad V, memerintah pada tahun 1909-1918), lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baru. Untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya, Hajar Aswad sering dililit dan dilingkari dengan lingkaran pita perak.
Ciuman sebagai sunnah semata-mata
Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."
Petua supaya dipermudahkan mencium Hajarul Aswad
1) Buat solat Sunat Taubat dan solat sunat Hajat
2) istighfar dan kenang kembali dosa-dosa sebelum ini
3) zikir laiilahaillah
4) selawat
5) Betulkan niat kita nak cium batu tu.
Rasulullah s.a.w berpesan kepada Sayyidina Umar yang pergi bersama rombongan 124,000 sahabat pergi membuat haji bersamanya ” Ya Umar, jangan kamu menyusahkan orang lain dengan sebab kamu ghairah hendak mengucup hajaraul aswad.
Kalau ada peluang kucuplah, tapi jangan berebut hingga menyusahkan orang lain. Menyusahkan dan menyakitkan orang islam yang lain besar dosanya.
Rabu, 28 Julai 2010
Pelajar sekarang > sangat kurang ajar
Mak ngoh merujuk kepada berita di Metro yang melaporkan pelajar samseng seramai 4 orang bertindak memukul 2 orang rakan mereka bersenjatakan kayu : semasa guru sedang mengajar.
Lebih biadab lagi, kumpulan pelajar terbabit memaki-hamun guru berusia 50-an itu yang menegur tindakan mereka.
Akibat insiden itu, mangsa, Tan Wei Long, retak tulang tangan kanan manakala rakannya, B Alagendran, cedera di kepala serta badan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan mengenai kejadian itu dan lima pelajar ditahan untuk membantu siasatan. Pelajar samseng tersebut direman empat hari bermula semalam dan disiasat mengikut Seksyen 324Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.
Mak ngoh terfikir, bagaimana kalau mak ngoh adalah guru tersebut? Kalau mak ngoh salah bertindak, nanti tak pasal-pasal mak ngoh kena saman pulak. Kang masuk tv dan suratkhabar terus naik trafik blog nih...ERK!
Mak ngoh sebenarnya memendam dan menjeruk perasaan menangani kes pelajar kurang ajar ni. Mak ngoh ada banyak pengalaman berdepan dengan pelajar kurang ajar. Sangat menyakitkan hati hingga kadang-kadang menangis zahir dan kadang-kadang menangis dalam hati.
Hari selasa lepas, mak ngoh mengajar math kelas 5C. Kelas SPM. Dalam 5 orang pelajar (girls + boys) langsung tidak memberikan perhatian. Mereka berkumpul di tengah-tengah kelas dan berbual rancak dengan suara yang tinggi. Sesekali mereka menganggu dan mengusik pelajar lain yang nak belajar. Bukan sekali dua mereka buat perangai macam tu. Sampaikan mak ngoh fikir, biarlah mereka. Malas dah nak menegur manusia yang sudah buta hati macam tu. Kalau ditegur, mak ngoh pula dikata guru garang, guru tak sporting dan guru sangat tegas. Tapi dalam hati ni, rasa terguris dengan perangai pelajar macam tu. Sangat terguris.
pelajar yang buta hati tegurlah macamana pun, takkan berubah. Keras batu, kalau dicurah air boleh juga berlekuk dan hati hitam manusia kalau disiram dengan ajaran agama boleh jadi putih. Tapi kalau mengucap 2 kalimah syahadah pun tak pandai, sembahyang pun tidak, macamana tu...
Nasib baik ada Aduan Rakyat TV3
Dulu, bila penduduk ke JBA, macam-macam alasan yang diberikan. Ada staf JBA yang tidak melayan dan tak pedulikan penduduk tersebut. Ada staf yang endah tak endah, Ada staf kurang ajar berkata "nak air, pergi tv3!".
Sekarang, penduduk dah panggil Aduan Rakyat dan memang betul tv3 masuk felda tersebut. Baru tahu, siapa yang buat kerja, siapa yang tak buat kerja. Eloknya, berhentikan saja staf JBA yang tak buat kerja tu. Makan gaji buta kalau macam tu.
Timbalan Pengarah (Jabatan Bekalan Air) JBA Pahang yang turun padang memohon maaf di atas masalah tersebut.
"Bila tv3 datang, barulah datang buat kerja"kata seorang penduduk tersebut.
Mak ngoh puji sangat rancangan tv3 yang berguna macam ni. Barulah ada gunanya media, menolong mereka yang bermasalah.
Ini tidak asyik-asyik musik, asyik-asyik hiburan yang tiada manfaat.
p/s : Nasib baik di negeri Pahang, kalau di negeri Kelantan, habislah!
Jangan hebohkan amalan baik kita...
Namun yang tidak manis sangat, sejak moden ini...setiap kali berpuasa,,,setiap itu juga status di facebook, twitter, friendster, myspace dan blog diupdate dengan istilah-istilah untuk memberitahu kawan-kawan bahawasanya dia puasa sunat atau dia puasa ganti.
Begitu juga dengan amalan-amalan baik yang lain. Ada orang yang terlalu gembira untuk menwar-warkan amalan tersebut di laman sosial. Amalan memberi sedekah, amalan bangun malam untuk solat sunat, amalan menolong orang di tepi jalan, amalan belanja makan dan macam-macam amalan.
Apa gunanya dikongsi perkara itu di laman sosial? Bukannya kawan-kawan di laman sosial yang memberikan pahala untuk setiap amalan tersebut. Silap-silap, amalan yang telah dibuat itu termasuk kategori amalan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Nak ke macam tu?
Eloknya, diam-diam saja. Tak perlu dihebohkan pun. Biarlah ALLAH saja yang mengetahui kerana ALLAH itu Maha Mengetahui.
Pernah dengar tak, kalau sedekah tu, bila tangan kanan memberi ibaratnya tangan kiri tak tahu pun.
Kenapa mak ngoh buat entri ni? Sebab mak ngoh selalu terbaca status di laman sosial kawan dan ada blog yang memberitahu amalan baiknya.
Yang baik itu dari ALLAH, yang kurang itu dari makngoh.
Sekian. :)
Tidak selalunya mudah
TETAPI -:
TIDAK SELALUNYA MUDAH -:
- untuk meminta maaf dan melupakan
- untuk memulakan semula perhubungan berkonflik
- untuk mengakui kesilapan
- untuk mendapatkan nasihat
- untuk tidak pentingkan diri sendiri
- untuk terus mencuba
- untuk berfikir dulu sebelum bertindak
- untuk menerima kritikan
- untuk merasai apa yang orang lain rasa
- untuk melihat kesalahan diri sendiri
- untuk bersabar dengan kerenah manusia
- untuk memilih antara 2 jalan
- untuk berfikir secara positif
- untuk tidak bertindak di luar kawalan
- untuk menjauhi sesuatu terlarang
Selasa, 27 Julai 2010
Fakta menumpang kereta orang dan fakta ditumpang kereta
Kalau anda bekerja, anda seharusnya pandai memandu. Tak kiralah motorsikal atau kereta.
Bukan apa, bagi memudahkan pergerakan anda tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Yang mak ngoh nak kongsi nih, kisah kawan-kawan mak ngoh sendiri. Mendengar luahan orang yang menumpang dan orang yang ditumpang.
Memang betul kerajaan mengalakkan kongsi kereta dengan tujuan berjimat dan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tapi ada baik dan buruknya kongsi kereta ini. Di tempat kerja mak ngoh nih, kiranya ramai juga yang menumpang kawan sekerja untuk datang dan balik. Di hujung bulan, biasanya mereka ini memberikan duit minyak dalam lingkugan RM80- RM 100 sebulan.(jarak perjalanan ke tempat kerja kami nih dalam 40km pergi balik)
Fakta-fakta yang makngoh tulis di bawah nih, adalah berdasarkan kisah benar, dari luahan mereka yang berpengalaman ditumpang dan menumpang.
FAKTA 1 : HULURLAH DUIT MINYAK
Bagi yang beri duit minyak tu baguslah, tapi ada juga jenis tak fikir macam tu. Tumpang orang bertahun-tahun, tak pernah hulur duit minyak pun. Kononnya, sama tempat dituju juga, buat apa nak beri duit minyak. Kalau tak tumpang pun, minyak dia habis juga sebab ke tempat kerja. Jadi, nasihat mak ngoh kepada yang menumpang kereta atau motorsikal kawan tu, bermurah hatilah sedikit untuk menghulurkan duit minyak. Sekurang-kurang ringan sikit beban kawan anda tu dan sebagai tanda berterima kasih. Bukan minta anda menanggung kos perjalanan tapi kongsi separh-separuh okay dah tu.
Kena ingat juga ye, liter minyak digunakan bergantung kepada jisim kenderaan dan beban kenderaan itu juga. Kalau tidak banyak beban, kenderaan menggunakan sedikit minyak, berbanding dengan kenderaan yang bebannya berat. Seorang bawa kereta , tidak habis minyak yang sama dengan 5 orang di kereta.
FAKTA 2 : ANDA YANG PATUT TUNGGU, BUKAN ANDA YANG DITUNGGU.
FAKTA 3 : JAGA BAU KERETA YANG DITUMPANG
Macam juga point di atas, ini melibatkan makan-minum di dalam kenderaan yang ditumpang. Kalau kawan yang anda tumpang tu jenis serabai jugak tak mengapa. Tapi kalau kawan yang jenis cerewet dan pembersih, tentunya dia tak suka makan dan minum dalam kereta. Buatnya pula tumpah air ker jatuh sisa-sisa makanan ker…anda nak tolong vacuum ker? Ingat senang ke nak mencuci kusyen kereta yang tumpah air?
FAKTA 6 : ANDA TUMPANG DIA KE ATAU DIA DRIVER ANDA?
KESIMPULAN
Bagi yang tak suka fakta-fakta dalam artikel ni, boleh tinggalkan komen. Sila betulkan mana yang salah. Bagi yang suka, sila tepuk tangan.
Bila mak ngoh bercerita pasal bola sepak > FAM
Sejak mak ngoh kecil lagi, nama Tan Sri Annuar Musa ni sudah naik. Kalau ada majlis PIBG sekolah, memang Tan Sri Annuar Musa akan pergi dan kami akan buat majlis besar-besaran menyambut beliau. Lagipun waktu tu, Tan Sri Annuar sedang menceburi bidang politik sehinggalah sekarang beliau bersara dari politik (kalau tak silap mak ngoh). Masa mak ngoh darjah 6,...mak ngoh pernah ke rumah Tan Sri Annuar Musa bersama kawan-kawan sebab waktu tu Tan Sri buat majlis meraikan pelajar-pelajar semua sekolah rendah kawasan beliau. Banyak bantuan dan budi beliau.
Sebelum cerita banyak-banyak, sebagai info pendahuluan untuk mereka yang tak ambil tahu pun pasal FAM ini, FAM akan mengadakan Kongres kali ke-47 pada 31 Julai nanti. Tujuannya bagi memilih kepimpinan baru untuk penggal 2010/2014, iaitu seorang presiden, dua timbalan presiden, empat naib presiden dan lapan anggota eksekutif.
Sekarang ni, jawatan Presiden telah pun terisi apabila Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berjaya mengekalkan jawatan presiden apabila menang tanpa bertanding.
Jawatan hangat sekarang adalah timbalan presiden yang sekarang ni sudah ada 2 calon yang sesuai iaitu Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Pendapat mak ngoh, elok dan padan sangat dah 2 calon ini sebab masing-masing sudah ada pengalaman dan sudah beri sumbangan besar. Tan Sri Annuar Musa contohnya, telah menghidupkan KAFA dan memantapkan Red Warriors. Sekarang Red Warriors di antara pasukan terbilang dan duduk di carta kedua liga mengejar Selangor. Iya ndak?
Namun, insiden lama seolah menghantuai KAFA yang diterajui oleh Tan Sri Annuar Musa. Ingat tak kisah penyokong Red Warriors yang membakar kerusi dan stadium sehinggakan KAFA perlu membayar denda atas kesalahan tersebut. Itu tidak masuk lagi beberapa insiden lain dan beberapa denda lain yang FAM kenakan. Tindakan FAM itu menyebabkan sehingga ada penyokong Red Warrior mengatakan bahawa FAM berat sebelah dan menganaktirikan pasukan Kelantan.
Walaubagaimanapun, tindak-tanduk Tan Sri Annuar dan sikap tenang beliau, tidak mudah melatah itu sedikit sebanyak memberi motivasi kepada penyokong Kelantan. Yang didenda biarlah, kita bayar! Kita buat yang terbaik lagi. Sayangnya, tindakan FAM menyalahkan KAFA untuk kesalahan penyokong Kelantan, macam tak kena!
Okay, itu cerita lama. Tutup buku dah. Cerita baru, Tan Sri Annuar bertanding untuk jawatan timbalan presiden. Mak ngoh sokong lebih 100%. Namun, mesti ada hati-hati yang tidak senang hati...Presiden Kafa memegang jawatan ini, bukankah nanti pasukan Kelatan akan dijadikan anak emas? Maklumlah, pasukan Kelantan kan banyak cerita tak sedap di dengar telinga terutamanya berkaitan penyokong. Hati orang, mesti selalu fikir yang buruk dari yang baik. Penyokong ramai pun, orang cemburu, tak ada penyokong orang ketawakan. Memang tak habis.
Okay, itu jer persoalan mak ngoh, dan mak ngoh doakan Tan Sri Annuar Musa berjaya mendapatkan jawatan Timbalam Presiden FAM.
Isnin, 26 Julai 2010
Apakah ini?
Tukar aliran akaun, sebab tak minat ker sebab malas?
Masalahnya, pertukaran aliran pelajar tersebut, tidak pun minta pandangan dari guru subjek. Kelas tu, mak ngoh ajar 2 subjek. Fizik dan Math. Jadi mak ngoh dah kenal gaya dan cara belajar budak-budak tu. Lagipun, mak ngoh ajar dorang nih sains dan matematik sejak dorang Form 1 lagi.
Alasan yang dorang bagi, susah la belajar subjek sains tulen. Tak faham...banyak kena belajar.. bla bla bla..... tup tup keluar isu tak minat belajar sains tulen. Seingat mak ngoh, result test dan midsem dorang tu okay je. Lulus, bukannya gagal pun.
Lagi satu, sekarang nih dah bulan 7. Dah masuk penggal ke 2. Bukankah itu satu kerugian dorang tukar aliran. Dah terlewat. Masuk aliran akaun pun, dorang tertinggal subjek akaun jugak. Orang lain dah belajar 7 bulan dah, dorang nak mula semula dari ZERO. Akhir sekali, mak ngoh takut jadilah macam pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran"
Jadi tadi, mak ngoh membebellah dengan budak-budak 4A yang tidak tukar aliran. (orang lain tukar aliran, orang lain yang kena bebel) . Sebenarnya, ada untung pelajar ambil subjek Fizik, Kimia dan Biologi nih. Kenapa? Sebab subjek-subjek ini ada PEKA dan markah PEKA ini sedikit sebanyak membantu pelajar untuk markah SPM nanti.
Sedangkan Prinsip Perakaunan, tak ada apa-apa amali atau kerjakursus untuk membantu menaikkan markah dalam SPM. Jadi 100% markah hanya bergantung kepada jawapan dalam dewan peperiksaan sahaja. DAN kalau pelajar itu memang dari awal tahun lagi belajar prinsip akaun,bagi mak ngoh tak ada masalah. Tapi pelajar-pelajar yang tukar aliran ni, dah tertinggal 7 bulan dari pelajar akaun yang lain. Risau pulak makngoh.
Selain tu, kepada pelajar-pelajar > dengarlah nasihat dari orang yang lebih berpengalaman dan orang-orang tua. Janganlah bertindak mengikut akal fikiran sendiri. Kalau anda memang layak berada di aliran sains tulen, maknanya otak anda memang boleh je belajar sains tulen kecualilah anda malas menggunakan otak anda untuk memahami fakta-fakta sains tulen.
Belajar mana-mana aliran pun semuanya susah, yang penting kena rajin pakai otak dan tangan 4 kerat. Itu jer!
Belajar mana-mana aliran pun semuanya senang asalkan rajin menggunakan otak dan tangan 4 kerat.
Ini tidak, suruh buat nota pun malas, suruh buat kerjarumah pun tidak, suruh hafal pun malas, suruh baca pun malas, time mengajar otak melayang-layang jer...kemudian terus buat kesimpulan..."susahlah belajar!!!"
Tak suka betul mak ngoh dengan budak malas!
Orang malas...pergilah ke mana-mana pun takkan bahagia dan berjaya selagi tak buang perangai malas tu.
Ulat dalam batu boleh hidup sebab ulat tu yang berusaha bukan sebab batu tu yang melompat masuk ke mulut ulat.
Time balik tadi, mak ngoh terjumpa dengan seorang pelajar yang tukar aliran tu. Kononnya gembiralah dia tukar aliran. Mahu tak mahu terpaksa juga mak ngoh ingat dia "nanti kamu akan menyesal jugak tu"
Terus muka dia masam mencuka dan marah-marah "cikgu nih, macam doakan pulak!"
Aduh, bagi nasihat pun tak boleh. Suka hatilah wahai budak...! Just wait and see.
Fakta aliran sekolah mak ngoh-:
aliran sains tulen > belajar semua subjek teras + fizik kimia biologi est add math
aliran akaun > belajar semua subjek teras + prinsip akaun , geografi
Bilangan subjek aliran akaun tidak banyak macam bilangan subjek aliran sains tulen. Itulah daya penarik yang sebenar
Tengah syok mengajar, kena kacau la pulak!
Ops, bukan bermaksud budak-budak mak ngoh tak kenal bumi yer. Of course la semua orang tahu bumi itu sfera, kan kan kan... budak darjah 1 pun dah tahu, bumi tu tak bulat tapi sfera. Bulat dan sfera tak sama. Okies?
Tapi tujuan mak ngoh guna globe tu supaya budak-budak ni nampak, longitude tu macamana? Latitude tu macamana. Kenapa latitude cuma arah North dan South jer, kenapa longitude cuma arah West dan East jer?
Mak ngoh bagi je dorang main globe tu, pusing la suka hati dorang sehigga dorang faham tentang longitude, latitude dan satu lagi location.
Kemudian, saja mak ngoh keluar tajuk Math sikit, mak ngoh tanya dorang, globe ni kena pusing ke arah kiri ker ke arah kanan supaya jadi macam bumi kita, matahari terbit dari timur. Erk! keliru lagi rupanya dorang kalau ditanya macamana nak pusing globe sama macam kedudukan bumi berpusing.
Lepas pastikan dorang faham longitude dan latitude tu, mak ngoh masuklah topik baru pasal location. Bagi-bagi nota, kemudian datang seorang guru disiplin mengetuk pintu kelas tu. Katanya mahu panggil seorang pelajar perempuan ke bilik disiplin. Mahu tak mahu, terpaksalah mak ngoh lepaskan budak perempuan tu, padahal hati ni berat. Mana tak beratnya, mak ngoh nak mengajar, tapi budak tu diminta tinggalkan kelas untuk ke bilik disiplin pulak! Time tu, mak ngoh pelik jugak, kenapa budak tu dipanggil? Ada masalah disiplin ke? Mustahil sebab budak tu macam baik je.
Mak ngoh pun sambunglah mengajar, sampai habis masa, budak perempuan tu tak masuk-masuk. Waktu rehat, budak perempuan tu ada di bilik guru, jadi mak ngoh pun panggil dia dan tanya kenapa dia ke bilik disiplin tu (erk, mak ngoh bz body ker?)
.,
Rupanya... guru disiplin tu mahu minta budak tu tolong taipkan surat amaran pelajar-pelajar yang ada masalah disiplin. Aduh! Tak berbaloi sangat-sangat. Seorang pelajar tinggalkan kelas untuk buat kerja seorang guru. Tapi memanglah, budak tu tak kisah pun. Budak kan...mana dorang tahu hak sebenar dorang tu. Kalau diarah...buat jer. Tapi dorang tak sedar, rugi tinggalkan kelas semata-mata untuk buat kerja yang sepatutnya dibuat oleh guru.
Ini bukan kali pertama mak ngoh berdepan dengan situasi pelajar mak ngoh dipanggil untuk tinggalkan kelas terutamanya dipanggil ke bilik disiplin. Sebolehnya memang mak ngoh tak izinkan dan pernah mak ngoh tak izinkan. Tapi dipaksa juga lepaskan budak jumpa guru disiplin.
Macamana yer, kaedah yang sepatutnya? Mak ngoh pun tak faham dan tak reti nak bagi cadangan supaya pelajar tidak diganggu sewaktu mereka belajar oleh guru lain.
Hakikat hiburan zaman sekarang > terutamanya lagu
Dalam Islam, kita dianjurkan supaya mengisi masa dengan berzikir dan mengingati Allah. Sedangkan Nabi Muhammad, kekasih Allah dan manusia agung yang sudah memang dijanjikan syurga sentiasa berzikir dan beristigfar.Apatah kita ini. Hamba kepada Allah. Kita ini belum tentu lagi syurga neraka. Semuanya bergantung amalan seharian kita.
Sayangnya, masa lapang yang ada dihabiskan dengan mendengar lagu dan menyanyi(walaupun sekadar menyanyi kecil)
Masalah kita, teknologi terlalu canggih dan kita tak guna kecanggihan itu ke arah agama. Telefon tangan yang canggih manggih dipenuhi dengan lagu yang langsung tiada manfaat pun. Kan lagi bagus diisi dengan surah, zikir dan rakaman ceramah agama. Yang parah lagi, telefon canggih untuk simpan video lucah.
Celik mata, pagi-pagi...ada radio. Sudah dihidang dengan musik yang merosak hati Pergi kerja dalam kereta pun bermusik juga. Di tempat kerja, pasang winamp pun musik juga.
Alangkah baik kalau teknologi sekarang digunakan ke arah kebaikan. Dengarlah radio yang banyak putarkan zikir, doa dan ayat quran. IKIM.fm. Begitu juga di kereta terutamanya kereta yang mainkan pendrive, cd atau kaset.
Kan bagus, sambil-sambil dengar...boleh kita turut berzikir dan mendapat manfaatnya.
Hiburan zaman sekarang hanya banyak yang melalaikan!
Kita terlalu banyak disuap dengan hiburan...terutamanya lagu.
Tengoklah di tv, hampir setiap saat di tv ada lagu dan musik. Iklan sekarang pun banyak musik. Iklan air tapi kena menari dan menyanyi. Iklan banci penduduk pun ada lagu jugak!
Kenali Nifsu Sya'ban
ARTIKEL PERTAMA :
Kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty memberi maksud “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.
Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).
Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari].
Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – penat)”.
Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).
Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban iaitu 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah di dalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail di setiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).
Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam.
“Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).
Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.
Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:
Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih
Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.
Petikan tulisan asal oleh Ustaz Halim INIJALANKU http://www.inijalanku.wordpress.com/
ARTIKEL KEDUA:
Apa keistimewaan malam Nisfu Syaaban?
Malam Nisfu Sya’aban adalah malam dimana buku atau file tentang umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. (pada waktu Maghrib malam itu dibuka buku baru, tutup buku lama iaitu buku tahun lepas)
Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”
Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.
Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….
“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)“
Apakah amalan pada malam Nisfu Syaaban? Bidaahkah membaca Yasin 3 kali? Bolehkah berpuasa pada hari Nisfu Syaaban? Apa kelebihannya?
Rasulullah s.a.w. ada melakukan solat-solat sunat pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siangnya. Antara fadhilat puasa pada hari 15hb Syaaban ialah dihapuskan dosa setahun. Tentang amalan membaca Yasin pula ada ulama buat, ada kata bidaah (perkara baru), namun orang yang melakukannya kira ulama yang teratas jugalah yang boleh diikuti.
Abdullah bin Masud ada meriwayatkan doa pada malam ini dari firman Allah, “yam hullah huma yasa’:
Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.
Bolehkah berpuasa dalam Bulan Syaaban? Ada yang mengatakan kalau nak puasa pada bulan Syaaban kena puasa sebelum 15hb Syaaban? Apakah Nabi puasa sebulan pada bulan Syaaban?
Dalam Islam cuma 5 hari (4 hari raya haji, 1 hari raya puasa) yang diharamkan berpuasa setahun, selain dari itu dibenarkan.
Dipetik dari sini Pondok Khabib
Nifsu Sya'ban sekali setahun...marilah kita berusaha beramal.
Ahad, 25 Julai 2010
Blogger paling suka jalan ke blog mak ngoh :) > SYERAGH..
Ada lagi beberapa blogger yang selalu bertandang ke blog ni.
Nanti mak ngoh buat entri untuk anda pulak!
Bukan soal halal, haram atau syubhah
Mayat bangun dari kubur
"Cuba hidupkan Sam dan Nuh," kata mereka.
Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal it bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan rambutnya sudah memutih.
Begitu melihat keduanya hidup kembali, Isa bertanya, "Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu,". Keduanya lalu menjawab bahawa mendengar panggilan Isa, ia mengira hari kiamat sudah tiba. "Berapa lama kau sudah meninggal?" tanya Isa. "Empat ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku." Jawabnya.
Fuh, Kelate Berpesta Gol 9- 0 ...
Indra Putra Mahayuddin (m-12,27)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-32)
Ramzul Zahini Adenan (m-35)
Muhammad Zamri Ramli (m-45)
Muhammad Izwan Salahuddin (m49,66)
Mohd Nizab Ayub (m-74)
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (pen m-89)
PRACHINBURI FC 0
KOTA BHARU – Kelantan berpesta gol setelah mengalahkan pasukan divisyen satu Liga Thailand, Prachinburi FC 9-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.
Tanda-tanda The Red Warriors bakal berpesta gol bermula dengan gerakan menarik seawal minit ke-4 perlawanan, menerusi larian overlapping Mohd Farisham tetapi percubaan beliau terus ke dakapan penjaga gol lawan.
Sementara pasukan pelawat dilihat tidak bermaya mengekang kehebatan pemain Kelantan yang jauh bersedia menghadapi perlawanan persahabatan ini sebagai aksi pemanas badan sebelum menentang KL Plus pada hari Rabu ini.
Minit ke-12, ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin membuka tirai pesta gol Kelantan apabila rembatan kencang berjaya menghasil gol pertama Kelantan setelah menerima hantaran lintang oleh Muhd Badhri Radzi.
Selang seminit kemudian, Prachinburi FC turut melakukan percubaan ke pintu gol Kelantan tetapi rembatan Nik Wan sekadar tersasar jauh.
Indra Putra menjaringkan gol kedua peribadinya pada malam tadi pada minit ke-27, juga melalui rembatan kencang menewaskan Zaheit Kariya dipintu golnya setelah menerima hantaran lintang Akmal Rizal
Gol ketiga Kelantan menyusul lima minit kemudian apabila Akmal Rizal memanfaatkan hantaran Hairuddin Omar dengan mengelecek penjaga gol lawan seterusnya merembat kencang ke gawang gol yang disifatkan gol paling mudah pada perlawanan malam tadi.
Hairuddin Omar sekali lagi menjadi perancang utama kepada sumbangan gol malam tadi setelah hantaran lintangnya pada minit ke-35, mudah disempurnakan oleh pemain gantian, Ramzul Zahini Adenan menghasilkan gol keempat Kelantan.
Minit-minit akhir separuh masa pertama, Kelantan menutup tirai aksi cemerlangnya dengan memperolehi gol kelima menerusi Muhammad Zamri Ramli yang mudah melepasi penjaga gol lawan setelah menyambut baik hantaran Wan Zaman Wan Mustapha.
Bersambung babak kedua, Kelantan tidak perlu menunggu lama untuk menambahkan jaringan keenam. Minit ke-49, Muhammad Izwan Salahuddin merembat kencang menewaskan penjaga gantian, Zulkifri didalam kotak penalti.
Muhammad Izwan Salahuddin menambah koleksi gol peribadinya pada minit ke-66 menerusi rembatan setelah menerima hantaran daripada Mohd Nizab Ayub.
Gol lapan The Red Warriors terhasil pada minit ke-74, kali ini menerusi Mohd Nizab Ayub sendiri yang melakukan rembatan kencang menewaskan Zulkifri sekali lagi setelah menerima umpanan daripada Muhammad Izwan Salahuddin.
Sementara itu, pasukan pelawat yang sekali sekala menyerang hanya mempunyai satu-satunya peluang terbaik pada minit ke-77, tetapi rembatan pemain gantian, Azfar terus ke dakapan Syed Adney.
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid menutup tirai pesta gol Kelantan ke atas pasukan pelawat pada minit-minit akhir perlawanan menerusi sepakan penalti. Tindakan penjaga gol pasukan pelawat menjatuhkan Mohd Nizab Ayub didalam kotak penalti membolehkan Kelantan dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN – Syed Adney Syed Hussien, Azizi Matt Rose (Zairul Fitree Ishak), Mohd Daudsu Jamaluddin (Nik Mohd Shahrul Azim), S Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid), Mohd Farisham Ismail(Mohd Shawalruddin), Muhd Badhri Radzi (Wan Zaman Wan Mustapha), Indra Putra Mahayuddin (KP) (Muhammad Zamri Ramli)(Mohd Aris Zaidi), Khairan Eroza Razali (Muhammad Izwan Salahuddin), Mohd Norfarhan Muhammad (Mohd Nizab Ayub), S Chanturu (Hairuddin Omar), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Ramzul Zahini Adenan)(Sharudy Aziz).
FORMASI : 4-4-2
PRACHINBURI FC – Zahiei Kariya (Zulkifri),Nik Azmi (Asmin)(Azfar), Tirayut, Sukrinai, Meedee (Ismail), Mhd Amree, Sofie (Nik Wan), Unainan, Samail, Yamal (Wane Sakree), dan Suhaimi.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (8) Prachinburi FC (1)
Percubaan tersasar : Kelantan (5) Prachinburi FC (7)
Sepakan sudut : Kelantan (3) Prachinburi FC (1)
Sepakan percuma : Kelantan (10) Prachinburi FC (19)
Offsaid : Kelantan (7) Prachinburi FC (0)
Kekasaran : Kelantan (12) Prachinburi FC (10)
Kad kuning : Prachinburi FC (Sukrinai,Samail dan Tirayut)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tiga minit
Penguasaan bola : Kelantan (60%) Prachinburi FC( 40%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil :Mat Suburi Mohd Isa
Penolong Pengadil 1: Mohd Ezanee Mohd Said
Penolong Pengadil 2: Harun Ismail
Pegawai Keempat : Ahmad Farees Mat Suburi
General Koordinator: Arif Hassan
Komissioner Perlawanan : Abd Ghani Omar