Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 23 Julai 2010

15 Tips Cegah Obesiti


  1. Seimbangkan diet makanan. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran , roti, buah dan bijirin.


  2. Elakkan makan ketika tertekan. Makanan tidak boleh menghiburkan diri anda ketika anda rasa stress. Buatlah aktiviti lain yang berfaedah.


  3. Hindari makanan ringan. Jangan beli makanan ringan dan simpan dalam peti sejuk atau kabinet dapur.

  4. Pilih pencuci mulut yang lebih sihat. Pilih yang rendah lemak dan kalori seperti buah.


  5. Senaman dan rehat teratur.


  6. Pastikan perut anda yang lapar, bukan emosi yang lapar. Makan tim perut lapar. Jangan makan sebab teringin atau saja2 mengidam.


  7. Makan ikut waktu yang tetap.


  8. Hanya makan di meja makan. Jangan makan depan tv, time dengar radio atau time membaca.


  9. Jangan makan dengan gelojoh. Kunyah dengan tenang.


  10. Lebihkan sayur-sayuran pada waktu makan tengahari dan makan malam. Jangan pilih kek atau manisan sebagai pencuci mulut.

  11. Pastikan anda sentiasa sibuk supaya anda tidak terlalu fikir mengenai makanan dan makan.


  12. Minum segelas air kosong sebaik-baiknya air suam atau sup sebelum makan. Ini boleh mengurangkan selera makan.


  13. Amalkan pemakanan yang bijak. Set di minda anda. Anda perlu sihat. Cara sihat berpunca dari makanan anda.

  14. Gaya hidup sihat. Hiduplah dengan tenang, gembira, dan nikmati hidup seadaanya.


  15. Ingat kepada sabda Rasululllah yang bermaksud " Bencana yang pertama menimpa umat ini selepas peninggalan Nabi adalah penyakit berpunca daripada kekenyagan. Apabila perut kenyang, maka tubuh akan jadi gemuk, lalu lemahlah hati dan jantungnya dan bergeloralah nafsunya" (Riwayat Bukhari)

2 ulasan:

  1. thanks for the good tips.. :) dah sumbat dalam facebook jabatan penerangan malaysia. :D

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!