Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 17 Julai 2010

Beli di pasar kena bawa beg plastik sendiri...kalau tak > kena bayar 20 sen

Ya...baru tadi mak ngoh mengalami perkara ini. Awal pagi tadi mak ngoh ke SJKC Chi Hwa untuk Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Sandakan, kemudian nak balik tadi...mak ngoh singgah di pasar Best Mart di Batu 5 untuk membeli barang dapur.

Bila di kaunter pembayaran tu, cashier yang bertugas kira-kira barang yang mak ngoh beli dan kemudian dia tanya "kakak ada bawa bahai ka?" *bahai = plastik beg

Pelik pulak mak ngoh bila dia tanya macam tu, terus mak ngoh geleng je.

"Kalau kakak tak bawa bahai, kakak kena bayar 20 sen untuk bahai"

"Kenapa?" soal mak ngoh.

"Musim recycle kan kak. Mula ari nih semua kedai wajib buat macam ni. Kami diarahkan"

"Oklah, bayar je lah bahai" jawab mak ngoh malas nak cakap banyak.

Erk, betul ke mulai hari nih, semua pasar tak kira kecik besar kenakan cas untuk beg plastik. Kalau pelanggan dia tak mo bayar, pelanggan tu kena bawa beg plastik sendiri?

Mak ngoh rasa supermarket tak buat macam nih kut.

Tapi, bukankah harga beg plastik tu dah dikira sekali dengan harga barang yang dibeli. Peniaga dah letakkan harga barang itu setelah dikira dengan semua kos termasuklah kos beg plastik. huhu. Betul ker?

5 ulasan:

  1. HARI TANPA BEG PLASTIK
    Keterangan : Mulai Januari 2010, Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" setiap hari Sabtu bagi mengurangkan penggunaan beg plastik. Sesiapa yang masih ingin memohon beg plastik akan dikenakan bayaran 20 sen sehelai.

    BalasPadam
  2. Kerajaan Selangor...tapi mak ngoh di Sabah...huhu

    BalasPadam
  3. sama2 kita sahut kempen tu makngoh,
    bawa bakul macam orang dulu2..
    :)

    BalasPadam
  4. terima kasih pada yg bagi info ni ye...mak ngoh terlepas pandang isu ni

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!