Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 27 Julai 2010

Bila mak ngoh bercerita pasal bola sepak > FAM

Jawatan untuk kepimpinan baru (Majlis Persatuan Bola Sepak Malaysia) FAM panas macam jawatan wakil rakyat juga rupanya. Mana tidaknya, asyik-asyik surat khabar bercerita pasal FAM ni. Jadi mak ngoh pun tertariklah nak bagi komen sikit, sebab melihat seorang nama tokoh yang sangat berbudi kepada mak ngoh dan rakyat Kelantan iaitu Tan Sri Annuar Musa.

Sejak mak ngoh kecil lagi, nama Tan Sri Annuar Musa ni sudah naik. Kalau ada majlis PIBG sekolah, memang Tan Sri Annuar Musa akan pergi dan kami akan buat majlis besar-besaran menyambut beliau. Lagipun waktu tu, Tan Sri Annuar sedang menceburi bidang politik sehinggalah sekarang beliau bersara dari politik (kalau tak silap mak ngoh). Masa mak ngoh darjah 6,...mak ngoh pernah ke rumah Tan Sri Annuar Musa bersama kawan-kawan sebab waktu tu Tan Sri buat majlis meraikan pelajar-pelajar semua sekolah rendah kawasan beliau. Banyak bantuan dan budi beliau.

Sebelum cerita banyak-banyak, sebagai info pendahuluan untuk mereka yang tak ambil tahu pun pasal FAM ini, FAM akan mengadakan Kongres kali ke-47 pada 31 Julai nanti. Tujuannya bagi memilih kepimpinan baru untuk penggal 2010/2014, iaitu seorang presiden, dua timbalan presiden, empat naib presiden dan lapan anggota eksekutif.


Sekarang ni, jawatan Presiden telah pun terisi apabila Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berjaya mengekalkan jawatan presiden apabila menang tanpa bertanding.

Jawatan hangat sekarang adalah timbalan presiden yang sekarang ni sudah ada 2 calon yang sesuai iaitu Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pendapat mak ngoh, elok dan padan sangat dah 2 calon ini sebab masing-masing sudah ada pengalaman dan sudah beri sumbangan besar. Tan Sri Annuar Musa contohnya, telah menghidupkan KAFA dan memantapkan Red Warriors. Sekarang Red Warriors di antara pasukan terbilang dan duduk di carta kedua liga mengejar Selangor. Iya ndak?

Namun, insiden lama seolah menghantuai KAFA yang diterajui oleh Tan Sri Annuar Musa. Ingat tak kisah penyokong Red Warriors yang membakar kerusi dan stadium sehinggakan KAFA perlu membayar denda atas kesalahan tersebut. Itu tidak masuk lagi beberapa insiden lain dan beberapa denda lain yang FAM kenakan. Tindakan FAM itu menyebabkan sehingga ada penyokong Red Warrior mengatakan bahawa FAM berat sebelah dan menganaktirikan pasukan Kelantan.

Walaubagaimanapun, tindak-tanduk Tan Sri Annuar dan sikap tenang beliau, tidak mudah melatah itu sedikit sebanyak memberi motivasi kepada penyokong Kelantan. Yang didenda biarlah, kita bayar! Kita buat yang terbaik lagi. Sayangnya, tindakan FAM menyalahkan KAFA untuk kesalahan penyokong Kelantan, macam tak kena!

Okay, itu cerita lama. Tutup buku dah. Cerita baru, Tan Sri Annuar bertanding untuk jawatan timbalan presiden. Mak ngoh sokong lebih 100%. Namun, mesti ada hati-hati yang tidak senang hati...Presiden Kafa memegang jawatan ini, bukankah nanti pasukan Kelatan akan dijadikan anak emas? Maklumlah, pasukan Kelantan kan banyak cerita tak sedap di dengar telinga terutamanya berkaitan penyokong. Hati orang, mesti selalu fikir yang buruk dari yang baik. Penyokong ramai pun, orang cemburu, tak ada penyokong orang ketawakan. Memang tak habis.

Okay, itu jer persoalan mak ngoh, dan mak ngoh doakan Tan Sri Annuar Musa berjaya mendapatkan jawatan Timbalam Presiden FAM.

2 ulasan:

  1. salam..saya pun berharap mace makngoh..hehe

    BalasPadam
  2. sokong~!! tapi harapan disini jagnagn anuar musa mengabaikan kelantan plak.. mubkin karier politik beliau x panjang, mungkin dunia bola boleh membawa beliau jauh kehadapan.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!