Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 4 Julai 2010

Bunyi ghairah dari bilik- Projek budak


KUALA LUMPUR: Umur baru mencecah empat dan lima tahun, tetapi dua kanak-kanak perempuan bersaudara sudah pandai melakukan aksi lucah sesama mereka sebelum perbuatan tidak senonoh itu disedari ibu seorang daripada budak terbabit.

Menurut sumber polis, kejadian memalukan itu berlaku Ahad lalu di sebuah pangsapuri di Ampang di sini, apabila kedua-dua kanak-kanak yang layak digelar budak tabika itu ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka.

Pada kira-kira jam 5 petang, ibu seorang daripada kanak-kanak terbabit yang baru pulang dari pasar raya diberitahu adik perempuannya anaknya sudah pandai melakukan aksi dan perbuatan lucah bersama sepupunya.

“Wanita itu terkejut dengan kata-kata adiknya dan pada masa sama, dia sendiri terdengar bunyi mengghairahkan dari dalam bilik sebelum bergegas membuka pintu,” katanya.

Menurut sumber itu, sejurus membuka pintu, ibu kanak-kanak terbabit terperanjat apabila mendapati anaknya yang baru berusia lima tahun sedang tidur sambil berpelukan dan bercium dengan sepupunya yang berusia empat tahun dalam keadaan mengghairahkan.

“Melihat aksi menjijikkan dua kanak-kanak terbabit, ibunya memarahi dan bertanyakan anaknya siapa mengajar kelakuan tidak bermoral itu. Anaknya memberitahu semua perlakuan itu dipelajarinya daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak jiran mereka,” katanya.

Sumber itu berkata, anak wanita terbabit turut memberitahu kanak-kanak lelaki berkenaan pernah memeluk dan memasukkan jari ke dalam kemaluannya.

“Mendengar jawapan itu, ibunya yang berusia lingkungan 20-an terus ke rumah jiran mereka dan bertanyakan kepada kanak-kanak lelaki terbabit sama ada benar atau tidak dia mengajar anaknya melakukan perbuatan tidak bermoral itu.


“Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berkenaan tidak mengaku. Wanita berkenaan kemudian membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan kejadian itu,” katanya.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu kerap berkunjung ke rumah jirannya untuk bermain dengan adik kanak-kanak lelaki berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan ibu kanak-kanak perempuan terbabit.

“Polis sudah mengambil keterangan daripada kanak-kanak perempuan berkenaan dan mereka sudah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, kes itu sewajarnya menjadi iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa supaya meningkatkan pemantauan terhadap anak termasuk yang di peringkat usia prapersekolahan kerana mereka amat mudah terdedah dengan pelbagai gejala negatif yang banyak berlaku di sekeliling mereka.

5 ulasan:

  1. MasyaALLAH.... kecik2 dah pandai....
    aritu bdk form 2... ni sampai bdk tabika pun dah advance...
    kita semakin dekat dengan hari kiamat

    BalasPadam
  2. mcm ni masih nk ajar pendidikan seks di sekolah ke???
    dh terang2 nmpk keburukan drpd kebaikan...
    hmmm, ntah laa...

    BalasPadam
  3. betul tu...mak ngoh memang tak setuju pasal pendidikan seks di sekolah. tak ada faedah pun.

    BalasPadam
  4. Ya Allah..
    Camana aku mau jaga anak perempuan ku?

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!