Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 20 Julai 2010

Cinta 3 Segi di sekolah mak ngoh > syok sendiri

Alahai, cerita budak-budak jer nih. Sekadar nak isi masa lapang bolehlah ye. Hehehe...

Seorang pelajar perempuan tingkatan 3, cantik sangat budaknya. Kulit putih dan licin. Dia tinggi lampai. Namanya Hidayah. Hidayah nih diminati oleh 2 orang budak lelaki tingkatan 3 gak. Seorang budak lelaki tu gelarannya Otop dan seorang lagi gelaran Akai. Nama betul cantik tapi nama gelaran entah apa-apa.

Otop dan Akai ni pulak berkawan baik. Otop buat cerita dia bersms dengan Hidayah jadi Akai terliurlah nak sms dengan Hidayah gak. Akai pun mintalah nombor telefon Hidayah dari Otop. Otop pun bagilah.

Bukan main gembira si Akai nih, bila sms dia dibalas oleh Hidayah dengan kata-kata bersulam cinta. Dapat nombor Hidayah petang, malamnya dorang ber sms sampai ke pukul 2 pagi tak henti-henti.

Apabila nak menamatkan main sms tu, sebab dah nak tidur...esoknya sekolah,,,, sekali lagi telefon Akai leh sms dari Hidayah "akai...aku Otop lah. Ini nombor tepon aku. Bukan Hidayah...haha"

"Hidayah tu makwe aku. bodohlah aku kasi kat ko"

Membaralah hati Akai bila tahu dia telah ditipu oleh Otop. "siaplah ko Otop. Mati ko" balas Akai.
Maka, takutlah Otop bila dengar ugutan Akai.

Keesokkannya di sekolah, Otop dah ready dengan geng-geng dia seramai 7 orang dan pergi membelasah Akai. Kasihan Akai, habis luka-luka badan ditumbuk. Kalau tak silap mak ngoh, dorang bertumbuk waktu rehat. Geng 7 orang tu pulak budak tingkatan 5 kelas mak ngoh.

Budak 7 orang kelas mak ngoh tu dah pun dihukum gantung selama seminggu atas kesalahan bertumbuk. Termasuklah Akai dan Otop.

Yang best, Hidayah tak tahu menahu mengenai pergaduhan tersebut.
Sebab tulah mak ngoh kata cinta 3 segi syok sendiri...

4 ulasan:

  1. hahaha...lawak sungguh..siap bawak geng...budak2 sungguh

    BalasPadam
  2. bersegi2 budak2 nie makngoh wehhhh :P

    BalasPadam
  3. haha. bengong budok2 ni dih hahaha. hidayah nikoh doh ko loni?

    VDO lawak

    BalasPadam
  4. waakaakkakakakkakakkakakakaa budak xda akal,lawak2

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!