Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 21 Julai 2010

Penggunaan telefon di sekolah dan antara guru-pelajar

Malam tadi, mak ngoh masuk FB dan terbaca status cikgu junior sekolah mak ngoh. Dalam status FB tu cikgu tu taip " dapat sms dari student kelas i...dia sms sori ckgu aku malas nak ke sek esok. Penatlah. Sori ye"

Ewah...ewah...sempoi betol budak sekarang nih yer. Dengan selamba sms cikgu beritahu yang dia malas nak ke sekolah. Mana silapnya tu? Silap cikgu bagi nombor telefon kepada pelajar kelasnya dan silap pelajar yang tiada batasan antara dia dan cikgu.

Mak ngoh tak bagi nombor mak ngoh kepada pelajar kelas mak ngoh secara terbuka. Kalau tak boleh hadir ke sekolah, kena ada MC atau surat dari ibubapa, sms tak main lah. Tapi, tak dinafikan memang ada beberapa orang pelajar yang ada nombor mak ngoh. Pelajar yang mak ngoh rasa boleh diharap dan boleh dipercayai je.

Bila difikir balik, memang betul arahan KPM mengharamkan penggunaan telefon di sekolah. Takut kang nanti ada pelajar sms guru subjek dia "sori cikgu, saya penatlah. Tak mahu masuk kelas cikgu. Mahu tidur di bilik kesihatan kejab. Sori ye"

Dan, bila becakap pasal sms ni, bukan pelajar je yang salahguna telefon nanti, takut kang nanti, guru kelasnya pun salahguna gak. Macam gambar kat bawah tu

Ops, sekolah mak ngoh, guru berhati-hati nak main telefon nak nak lagi dalam kelas. Sebab pelajarnya kaki report. Pandai tu dorang pergi report pengetua dan PK. Dalam mesyuarat, guru pernah ditegur oleh pengetua sebab menggunakan telefon sewaktu P&P. Saranan Pengetua, kalau boleh, jangan bawa telefon pun ke kelas, tinggalkan telefon di bilik guru dan kalau memang ada hal kecemasan je, boleh bawa telefon ke kelas.

Tapi, kami tak dengar pun saranan pengetua. Kami bawa jer telefon ke kelas tetapi cuba tidak menggunakan telefon sepanjang di kelas. Yang pasti kami takkan tinggalkan telefon di bilik guru. Kang ada lar yang hilang.

Pendirian mak ngoh pulak>>> mak ngoh tak suka cikgu yang bermain sms atau bergayut sewaktu P&P. Tidak nafikan, ada guru yang macam tu dan bagus juga pelajar yang report pengetua pasal guru main sms dalam kelas.

3 ulasan:

  1. Saya pun tidak suka guru yang bergayut sewaktu p@P

    Asas Kepada Kusyuk

    BalasPadam
  2. sy ada kawan perempuan, seorang guru di sebuah sek men...mula2 sekadar bersms2 ngn seorang muridnya pasal sekolah, homework semua tu...kemudia sms psl perseonal...last2 skrg ni diorg bercinta!

    BalasPadam
  3. cik panadol : cerita macam tu dah biasa berlaku sekarang ni:) takleh nak buat apa2 da

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!