Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 20 Julai 2010

Resepi : Sira Pisang


Sepatutnya entri ni dipostkan petang tadi tapi sebab sibuk tidur jadi tak sempat lah nak post. Huhu. Kepenatan sangat sehari 2 nih.

Penah makan tak sira pisang? Risau mak ngoh kut kut ada orang yang tak pernah makan sira pisang. Saper yang tak pernah rasa sira pisang, nak tak cuba rasa? Jom ke rumah mak ngoh :) ewah...

Tapi bagi yang tak mo ke rumah mak ngoh, anda boleh buat sendiri. Sikit punya senang nak sira pisang nih.

Bahan-bahan-:
1) Pisang (nama pisang jangan tanya yer. tanya jurujual dia, pisang per sesuai buat sira) sebab mak ngoh pun tak tahu. Mak ngoh tahu pisang tunjuk jer. Rasanya macam semua jenis pisang boleh dibuat sira.
2) Gula melaka atau gula batu atau gula biasa
3) Daun pandan
4) beberapa kuntum bunga cengkih
5) sedikit madu (pilihan)
6) kapur makan
7) secubit garam
8) air

Cara menyediakannya - :
1) Pisang dibelah dua. Kemudian direndamkan dalam air kapur lebih kurang setengah jam.

2) Bersihkan pisang yang telah direndamkan air kapur tu dan toskan.

3) Masukkan air ke dalam periuk. Banyak air bergantung kepada citarasa anda.

4) Masukkan gula. Gula tu ikut suka anda nak pakai jenis gula yang mana. Lain negeri lain gula:)

5) Masukkan secubit garam. Tujuan garam bukan nak kasi masin ye. Sekadar nak bagi kelainan rasa. Pastikan masukkan sedikit garam jer.

6) Biarkan mendidih. Lepaskan tu masukkan pisang yang telah ditoskan tadi. Masukkan madu.

7) Masukkan bunga cengkih dan daun pandan yang telah diracik-racik.

8) Biarkan seketika dan angkat.

4 ulasan:

  1. ya Allah..mmg fav ni..tp sy suka letak gula merah..rasanya sama je..nyum2..=)

    BalasPadam
  2. selero nyoooo tgk kor gmbr tuh mok ngoh. ghumoh alik mano eh? nok gih make siro pise umoh dio. nati buak jeppuk pise sekali. goreng pise tok soh buat la sbb boring doh. utk pembasuh mulut buat banana split deh

    BalasPadam
  3. umah kg di tere, umah kijo d sabah...banana split xdop..banana cicoh budu ado :)

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!