Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 5 November 2010

Keputusan Pilihanraya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi

Sebenarnya makngoh terkejut juga apabia BN menang di Dun Galas tetapi memang tidak mengejutkan BN menang di Parlimen Batu Sapi.


Di Gua Musang, calon BN bagi DUN Galas, Ab. Aziz Yusoff menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad dalam pertembungan sengit dengan majoriti yang agak besar iaitu 1,190 undi pada pilihan raya kecil DUN itu semalam.
Ab. Aziz, 49, diumumkan sebagai pemenang selepas memperoleh 5,324 undi menewaskan pencabarnya, Dr. Zulkefli, 44, yang mendapat 4,134 undi.
Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Galas, Wan Mustafa Wan Abdul Hamid di Dewan Sivik di Gua Musang pada pukul 8.55 malam tadi.
Seramai 9,555 atau 82.71 peratus pengundi keluar mengundi semalam dengan undi rosak 132.
DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar termasuk 127 pengundi pos.
Pengundian dijalankan di 13 pusat mengundi yang melibatkan 25 saluran bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan tersebut, Chek Hashim Sulaima pada 27 September lalu kerana barah usus.
Pada pilihan raya umum 2008, calon Pas, Chek Hashim mengalahkan calon BN, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Batu Sapi, Sandakan, calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin berjaya mengekalkan kekuatan BN di kawasan Parlimen itu selepas memperoleh kemenangan besar dengan 9,773 undi.

TAHNIAH BARISAN NASIONAL

p/s : sedih apabila peminat fanatik N9 mendakwa kemenangan Kelantan dalam Piala Malaysia telah dirancang dan dikaitkan dengan Pilihanraya Kecil Dun Galas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!