Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 23 November 2010

Sejadah Corak Kepala Babi

Sejadah corak kepala babi > memang isu yang mengejutkan tetapi bagi makngoh bukan mengemparkan umat Islam Malaysia pun.

Kenapa sejadah yang bercorak kepala babi kita bising sedangkan anak-anak kita sudah biasa melihat kartun-kartun yang direka dengan macam-macam bentu binatang. Bukan setakat anak kecil malah yang dewasa pun gila membeli patung-patung dengan macam-macam bentuk binatang. 

Mungkin sedikit pelik kerana sejadah adalah tempat sujud. Itu sahaja. Benda-benda lain tak apa lah kut? Kan?

Sebenarnya, isu keagamaan sangat sensitif di Malaysia. Sejadah dengan corak babi, menandakan ada pihak cuba menghina Islam kerana mereka tahu Islam mengharamkan babi.

Teringat pula makngoh pada Kasita Bohong , satu id dalam facebook yang mempermainkan agama Islam. Id tersebut, macam tidak puas hati dengan cara Islam di sini. Dia kata orang Islam makan daging lembu depan orang Hindu boleh tetapi kenapa orang Islam marah kalau bukan Islam makan daging babi depan mereka?  Sekarang, id tersebut sudah tidak aktif. Mungkin baru beberapa hari ini id tersebut tidak aktif.

KERANA ITULAH, hidup dalam kelompok berbilang agama ini, kita harus bertolak ansur dan saling memahami. Bukan agama lain sahaja perlu faham agama Islam, tetapi orang Islam juga perlu ambil tahu mengenai agama lain. Barulah kita tahu apa pantang larang mereka juga. Kita kena saling jaga keharmonian yang ada ini.




SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!