Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 3 November 2010

Bunuh dengan cara memaksa minum racun ; lima orang didakwa

Sebelum ini, makngoh tertarik dan terkejut dengan berita dari Terengganu apabila seorang penoreh getah Muda  Mohd. yang tersiksa 9 hari selepas dipaksa minum racun dan meninggal pada hari ke 10.

Puncanya apabila arwah bermain cinta dengan anak gadis berusia 16 tahun dan akibatnya, keluarga gadis tersebut memberikannya 'hukuman. baca di sini jika nak tahu cerita lanjut.

Hari ini pula, pula polis telah bertindak pantas dan lima orang dihadapkan di mahkamah atas kesalahan memaksa arwah minum racun tersebut.  Dengar cerita dari Metro
Menurut sumber, semua mereka dikatakan mempunyai peranan tersendiri kerana ada antaranya memegang kaki serta tangan manakala seorang lagi menyumbat botol racun ke mulut mangsa.
Sungguh kejam kan? Islam kah mereka yang buat perkara itu? Sedangkan kalau buat terhadap binatang pun tak sanggup, inikan pula manusia yang setaraf.

Beritanya di bawah ini-:

MARANG, 2 Nov — Lima lelaki termasuk seorang warga negara Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh membunuh seorang penoreh getah bulan lepas.

Mat Ubidi Osman, 39, Kamarulzaman Mamat, 25, Mas Anuar Fauzi, 27, seorang juvana berumur 17 tahun dan  Roslan Ariffin, 24, warga negara Thailand, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Mereka, bersama seorang lagi yang masih bebas, dituduh membunuh Muda Mohd, 27, di kawasan  kebun getah Kampung Lubuk Batu di sini, antara 10 pagi dan 11 pagi 19 Okt lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Majistret Nor Azizah Yusoff menetapkan 28 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya  Hazeelia Muhammad.

1 ulasan:

  1. Begitulah kalu terlalu berani membuat undang2 sendiri. Macam handal sangat...!

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!