Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 2 November 2010

Guru tekap seterika berdepan hukuman setimpal

Jika betul guru tersebut bersalah, Makngoh sokong guru tersebut dikenakan tindakan seperti buang kerja atau gantung kerja selain memohon maaf secara terbuka. Makngoh tak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Guru sepatutnya dipandang mulia tetapi bagaimana masyarakat ingin pandang mulia jika guru bertindak kejam terhadap pelajar sendiri.

Sepatutnya ada rasa kasihan, kasih dan prihatin terhadap pelajar. Jika tidak ikhlas menjadi guru dan rasa sangat terbeban dengan tugas guru, berhenti sajalah menjadi guru. Kementerian tak perlu risau mengenai tenaga kerja kerana sekarang ramai sangat yang 'berminat' nak jadi guru. Lagipun, dalam kes ini, budak lelaki tersebut bukannya buat kesalahan disiplin. Dia tidur dan guru tersebut mengejutkannya dengan cara yang kejam.



KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan sekiranya dia terbukti melakukan penderaan menggunakan seterika panas terhadap beberapa pelajarnya.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, tindakan setimpal perlu dikenakan terhadap guru terbabit kerana penderaan tidak sepatutnya berlaku di sekolah yang merupakan tempat paling selamat buat pelajar.

“Pihak sekolah perlu ambil berat dan pandang serius hal seperti itu kerana kita ada peraturan disiplin yang ditetapkan. Pengetua, guru besar serta guru disiplin adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal itu.

“Kalau apa yang diperkatakan murid ini terbukti betul, maka kita tidak boleh biarkan dan tindakan yang setimpal perlu diambil terhadap sesiapa saja yang melakukan hal sebegitu,” katanya pada sidang akhbar majlis Pelancaran BioMalaysia 2010 di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan melampau seorang guru yang didakwa menggunakan seterika panas bagi mengejutkan pelajar-pelajar asrama SMK Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan supaya bangun menunaikan solat Subuh pada 12 Oktober lalu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, berdasarkan laporan awal kejadian itu, ia kelihatan benar-benar berlaku dan beliau telah meminta Pengarah Pelajaran Kelantan untuk menyiasat perkara itu dengan lebih terperinci.

p/s : guru hina kerjaya sendiri? teringat makngoh cerita dulu-dulu. Kawan makngoh (seorang guru wanita) bercinta dengan guru. Seorang kawan makngoh yang lain (pun guru wanita juga) pun kata "setakat kerja cikgu macam tu, kau nak? Carilah laki lain"

Isk isk... inilah guru hina kerjaya sendiri. Dia ingat dia tengah bekerja sebagai pramugari mungkin ! Oh, patutlah melaram sakan ke sekolah sampaikan digelar datin. wakaka

4 ulasan:

  1. ambo dulu warden jugak, tak sanggup rasanya buat lagu tu

    BalasPadam
  2. Kesian sungguh cikgu itu, nak rebut jawatan Guru Disiplin agaknyaaaaa... hahahahaha

    *Teringat beberapa orang guru di sekolah anak, sungguh bergaya, cantik selalu pakai sedondon sehingga anak murid teruja nak tengok dia hari2, tapi keputusan sekolah itu sentiasa tip top dan kini bergelar Sekolah Kluster...!

    BalasPadam
  3. cikgu ni ada masalah mental gknya...takutnya...

    BalasPadam
  4. Kekhilafan berlaku di mana2...
    Allah maha mengetahui...

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!