Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 15 November 2010

Makngoh frust nuging nyor | kena belajar terima kekalahan dan kegagalan

Keputusan pada hari ini, keputusan kedua terbesar dalam hidup makngoh di mana makngoh telah merasakan diri telah KALAH.

Namun KALAH makngoh bukan bermakna makngoh dah berputus asa. Hanya ibarat membuka satu helai kertas di mana kita mengharapkan ianya positif tetapi sayangnya dia negatif dan terlalu sukar untuk dibetulkan.

Permohonan makngoh berpindah ke Kelantan TIDAK DILULUSKAN.

Kecewa sangat-sangat memandang ini adalah permohonan makngoh yang kedua, makngoh sudah menetap di Sabah 4 tahun dan alasan makngoh mengikut suami.

Mungkin ada hikmah disebaliknya. Makngoh akan terus berusaha dan mencuba lagi. Makngoh datang ke Sabah, dengan permohonan sendiri tetapi permohonan sendiri untuk pulang dari Sabah, AMATLAH sukar dan memberi tekanan sedikit sebanyak. 

Makngoh akan cuba buat rayuan pula. Tetapi, kalau tidak boleh juga. terpaksalah berkhidmatlah lagi di bumi Sabah dan cuba ikhlaskan hati yang telah jauh dari angin Sabah ini.

p/s : keputusan pertama yang makngoh rasa telah KALAH adalah apabila cek result PTK. Sangat mendukacitakan hinggakan makngoh tak daftar untuk PTK seterusnya. Mujur sekarang PTK mansuh, tetapi tak tahu lagi saudara-saudara PTK yang lain pula bakal muncul.

4 ulasan:

  1. mak ngoh mace saing sayo..kalah jugak..tapi dia akn terus berusaha utk itu..biasolah mokngoh..nok msuk negeri kito tu..1000 mohon 5 je lepas..contohlah..nasib baik hubby sayo xkeno tukar keje di negeri kito..kalu dok..se'eh jugok nok masuk..huhu

    sabar mokngoh..anak2 sabah memerlukan mokngoh lagi...

    BalasPadam
  2. Banyok bersabar la makngoh weh. Lagi banyok dugaae, lagi manih kejayaae nanti.
    Adik ambo pun ado jugak mintak balik Kelate (loni dok ngaja Sarawak), tok tahulah lagu mano...

    BalasPadam
  3. terima kasih semua yg bagi kata nasihat... makngoh tgok meme payah benar nok masuk kelate tp ramai saim2 hok minta negeri lain boleh jah pindah. ada saim 2 3 orang dari sarawak, buje lagi boleh jah tukar pahang, melaka n negeri 9.

    BalasPadam
  4. sabar ye mok ngoh..
    mgkn ade hikmah nye tuh...lame2 nanti dapat laa tukar..=))

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!