Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 2 November 2010

Ameng Spring dipenjara dua bulan, denda RM4,000

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Lima tahun selepas didenda RM3,000 kerana mengambil dadah jenis methamphetamine, vokalis kumpulan Spring, Ameng hari ini dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 setelah didapati bersalah memasukkan dadah ke dalam badan pada April lalu.

Mahkamah Majistret di sini juga memerintahkan Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun, selain penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Hukuman penjara diperintahkan berkuat kuasa mulai tarikh sabitan.
Majistret Zaki Asyraf Zubir bagaimanapun membenarkan permohonan Ameng untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara dan pengawasan dengan syarat notis rayuan perlu difailkan pada hari ini serta jumlah jaminan asal RM3,500 dinaikkan kepada RM5,500.

Ameng pernah didenda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Terengganu pada 15 Disember 2005 setelah dia mengaku mengambil methamphetamine.

Pada prosiding hari ini, Zaki Asyraf menjatuhkan hukuman tersebut setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Menurutnya, keterangan tertuduh yang mendakwa pertuduhan terhadapnya merupakan suatu konspirasi, adalah satu dakwaan yang tidak berasas dan tidak berkaitan dengan pertuduhan tersebut.

1 ulasan:

  1. Minggu lepas akak g besut trengganu....rumah sedara....dekat dengan rumah ameng....

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!