Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual bermula pada 23 November ini tidak akan ditangguhkan meskipun banjir besar melanda Kedah, Perlis dan Kelantan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peperiksaan tersebut tetap dijalankan dengan memindahkan calon terbabit ke kawasan yang tidak terlibat dengan bencana tersebut.
Beliau berkata, keputusan tersebut diambil berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian supaya calon-calon dapat menduduki peperiksaan tersebut dalam keadaan selesa dan selamat.
"Sekiranya keadaan memaksa, kita akan memindahkan semua calon SPM ke sekolah lain yang tidak dilanda banjir," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Mohd. Puad diminta mengulas cadangan beberapa persatuan supaya Kementerian Pelajaran menangguhkan peperiksaan SPM pada 23 November ini berikutan banjir besar yang melanda tiga negeri.
Antara persatuan yang membuat cadangan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE) dan Pemuda Gerakan Kedah.
p/s : memang patut peperiksaan SPM diteruskan. Kalau ditangguhkan, banyak lagi perkara lain yang perlu ditangguhkan. Macam kami guru-guru di Sabah Sarawak ni tiket balik kampung dibeli setelah selesai tugas kami mengawas sekolah ketika SPM mengikut giliran masing-masing. Kalau ditangguhkan, mungkin kami akan tetap balik kampung, tetapi SIAPA yang akan mengawas sekolah ketika SPM nanti? Tentu pengawas SPM juga bermasalah seperti kami.
mengawas sekolah ketika SPM tidak sama dengan mengawas peperiksaan SPM.
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Jumaat, 5 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)