Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 5 November 2010

Wahai penyokong Kelantan, adakah anda marah dengan artikel ini? | Apabila ditegur, dicari lagi salah orang lain

Anggaplah cerita begini,
seorang guru menegur pelajarnya kerana tidak siapkan kerjarumah, tetapi pelajar tersebut marah guru kembali. Dia kata, bukan dia seorang je yang tak siap kerjarumah, pelajar pun tak siap juga. Cikgu ini tak adil. Asyik-asyik aku saja yang dimarah. Asyik-asyik salah aku jer yang cikgu nampak.
Begitulah juga dengan perangai segelintir penyokong bola sepak Kelantan. Apabila ditegur jangan main mercun, jangan baling botol, jangan bawa bendera bas, jangan bawa bendera Thailand dan jangan bergaduh mereka akan marah.

Penyokong ini akan menjawab

bukan kami sahaja yang main mercun, yang baling botol dan yang bergaduh. Penyokong negeri lain pun baling mercun juga, baling botol juga dan bergaduh juga. Tetapi, media berat sebelah. Media tak adil buat laporan. FAM tidak adil. Kalau penyokong Kelantan buat salah, cepat je mereka bertindak. Salah penyokong Kelantan sahaja yang mereka nampak, salah penyokong lain tak nampak.
(tetapi tidak pula mereka kata bukan mereka sahaja yang bawa bendera PAS dan bendera Thailand sebab negeri lain memang tak bawa pun bendera macam tu)

Siapa yang menegur? Penyokong Kelantan juga yang menegur  penyokong Kelantan. Bukan penyokong negeri lain pun. Kalau penyokong negeri lain pun, mereka lebih kepada mengutuk dan mencaci dah.

SEPATUTNYA, perkara ini senang sahaja. Kalau tak mahu orang marah, janganlah buat salah. Kalau tak mahu FAM denda, janganlah bergaduh dan main mercun. FAM dah bagi teguran berkali-kali. KAFA pun merayu berkali-kali agar penyokong bertindak waras.

Sayangnya, apabila dimarah, mencari pula salah orang lain. Elokkah perangai sebegitu? Makngoh pun geleng kepala apabila tengok penyokong bola sepak Kelantan, kibar bendera Pas dan bendera Thailand semasa final lepas. Itu belum lagi dengan yang main mercun.  Memanglah ada penyokong N9 yang turut membaling mercun ke tempat penyokong Kelantan tetapi patutkah penyokong Kelantan turut baling mercun. Orang bijak tidak akan bertindak sebegitu.

Kepada yang bakar kerusi stadium tahun lepas, sedar tak anda berapa banyak dosa yang anda dapat kerana tindakan bodoh anda itu? Kerana tindakan anda itu, seluruh rakyat Kelantan dikutuk hingga ke hari ini.

p/s : Beberapa hari lepas terkelu lidah makngoh nak menjawab pertanyaan seorang kawan Sabah yang bertanya "Kenapa kalau ada penyokong Kelantan, mesti ada pergaduhan?" Kenapa penyokong Kelantan bakar trak polis, bakar kerusi?" Kenapa penyokong Kelantan bawa bendera pas? Kenapa penyokong Kelantan main mercun?"

Makngoh nak menidakkan tak boleh sebab perkara itu memang berlaku. Sebagai orang bijak (perasan) makngoh tak jawab pulak, "eleh penyokong negeri lain pun buat salah juga".

Terpaksalah makngoh jawab "nak buat macamana, bukan semua penyokong Kelantan tu cerdik! Kerna nila setitik, rosak susu sebelanga"

~~Wahai penyokong Kelantan, adakah anda marah dengan artikel ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!