Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 26 September 2010

3 penyakit jahil yang tidak boleh diubati

Sebelum bincangkan penyakit jahil tersebut, makngoh mahu buat introduction mengenai penyakit zahir. Jika sakit, kita pergi ke hospital. Doktor akan cuba sedaya upaya untuk penyakit kita. Tetapi, apabila penyakit itu sudah sampai tahap kritikal hinggakan sudah tidak boleh diubati, maka dengan kepandaian doktor itu, dia akan berkata "orang ini sudah tidak boleh diubati lagi'.

Begitulah juga dengan penyakit jahil yang makngoh nak terangkan. Menurut buku karangan Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali, jahil (bodoh) terbahagia kepada 4 perkara. Satu perkara boleh diubati tetapi 3 perkara lagi adalah jahil yang tidak boleh diubati.

3 kejahilan tersebut yang tidak boleh diubati dalah
1) Orang jahil yang bertanya dan menimbulkan masalah kerana didorang oleh sifat hasad atau marah.

~ orang seperti ini jikalau engkau berikan kepadanya jawapan yang paling baik dan paling fasih dan paling nyata. maka sebenarnya jawapan itu hanya menimbulkan kemarahan dan permusuhan serta kedengkian sahaja. Maka yang paling baik bagi orang seperti ini bahawa engkau tidak perlu menjawabnya. Ada syair menyebut "segala permusuhan itu adalah diharapkan akan hilangnya, kecuali permusuhan yang ditimbulkan daripada orang yang hasad akan engkau".

~ maka sayugia bahawa engkau berpaling daripadanya dan tidak perlu membuat jawapan pada pertanyaannya dan engkau biarkan dia dengan penyakitnya.
Firman ALLAH "...maka berpalinglah engkau daripada mereka yang telah memalingkan mukanya dariapda mengingati kami, dan dia sebenarnya tidak menghendaki kecuali hanya kesenangan hidup dalam dunia ini"

~ Dan orang yang hasad pula pada setiap perkataannnya dan perbuatannya selalu dinyalakan api yang menghanguskan amalan pahalanya kerana hasad itu memakan ia akan pahala segala kebaikan seperti mana halnya api memakan kayu.

2 ) Bahawa adalah kejahilan itu berasal daripada kedunguannya (Al-Hamaqah). Sifat dungu ini juga tidak dapat diubati. Seperti perkataan Nabi Isa a.s "aku tidak lemah dariapda menghidupkan orang yang telah mati tetapi aku tidak akan berjya mengubati orang yang dungu"

~ Contoh pertanyaan orang yang dungu ini seperti ada seorang yang baru sahaja menuntu ilmu,. Ia baru sedikit belajar ilmu akal dan ilmu syarak lalu ia bertanya dan mengi'tiradh (mengkomplen) terhadap seorang alim yang dalam ilmunya yang telah lama menghabiskan umurnya dalam mencari ilmu akal dan ilmu syarak. Si dungu ini sebenarnya tidak mengetahui (huraian masalah) dan ia menyangka bahawa masalah yang musykil baginya juga musykil terhadap si alim yang dalam ilmunya itu. Maka persoalan sebegitu tidak perlu dijawab. Pertanyaan dari jahil seperti ini hanya pertanyaan dek kerana dengki, keras kepala dan sekadar mahu menguji orang yang ditanya. Di samping dia mahu menunjuk bahawa dia lebih hebat.

3) Kejahilan orang yang memang menghendaki petunjuk dan hidayah tetapi apa yang ditanya adalah perkataan ulama ahli sufi yang besar-besar. Maka pertanyaan itu timbul dari kedengkelan kefahamannya. Pertanyaan orang seperti ini tidak perlu dijawab kerana Rasullullah bersabda " kami para nabi disuruh mempercakapai sekalian manusia mengikut kadar akal mereka"

Kejahilan yang boleh diubati adalah-:
kejahilan yang ada pada manusia yang benar-benar mencari petunjuk dan ia mempunyai akal yang biak dan cepat memahami sesuatu masalah. Ia bukan dipengaruhi oleh sifat hasad dengki, marah, cintakan syahwat kedudukan dan harta benda. Dia adala orang yang benar-benar mencari jalan lurus dan pertanyaan dia bukan sebab dengki, keras kepala atau sekadar menguji kebolehan orang yang ditanya. Jika orang sebegini bertanya kepada anda, maka wajib anda menjawab pertanyaannya.

1 ulasan:

  1. Terimakasih berpesan-pesan.

    Memang letih melayan orang yang berhasad dengki nih...

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!