HULU KLANG: Seorang saksi tegas mengatakan bahawa dia hanya mahu menegakkan kebenaran dan bukan mahu mengaibkan pelakon Norman Hakim dan Memey apabila membuat aduan mengenai pasangan itu berkhalwat kepada pejabat agama serta media.
Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, dalam prosiding khalwat membabitkan Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21.
Menjawab soalan Pendakwa Syarie, Mohamad Nazri Basrawi, Mohd Yusri berkata, tujuan sebenar dia berinteraksi dan memberitahu media berhubung pasangan itu didakwa selalu kelihatan bersama di premis pejabat Norman ialah untuk mengelakkan mereka diaibkan sebelum Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat sebarang tindakan.
“Apabila saya berinteraksi dengan media selepas mereka ditangkap adalah untuk menegakkan kebenaran. Saya tidak tahu perbuatan saya memberitahu media selepas prosiding bermula di mahkamah adalah salah. Tanggungjawab saya besar dan berat dalam menegakkan kebenaran. “Mereka (Norman dan Memey) tidak serik dan masih ulang perbuatan sama dan jiran marah kepada saya. Saya hubungi media, saya tidak tahu ia salah dan saya minta maaf. Apabila mereka masih ulang perbuatan sama, saya buat apa yang saya rasa sepatutnya sebagai umat Islam,” katanya.
Menurutnya, selepas melihat pasangan itu masih mengulangi perbuatan sama, dia membuat aduan kepada pejabat agama bagaimanapun kecewa apabila tidak mendapat tindak balas sepatutnya.
“Saya ada membuat tujuh hingga lapan aduan pada hari berbeza di pejabat penguat kuasa, bagaimanapun sedih kerana mereka mengatakan sibuk dengan operasi lain dan pelbagai alasan lain. Saya tidak boleh berbuat apa kerana mereka mengabaikan aduan saya.
“Saya berani mengatakan pasangan itu dan abang Norman menipu ketika memberi keterangan di mahkamah kerana saya lihat dengan mata sendiri perbuatan mereka selama setahun lapan bulan sebelum mereka ditangkap. Saya bukan ada sikap ‘busybody’ (menjaga tepi kain orang) tetapi saya perlu menjalankan tanggungjawab saya,” katanya. Menjawab soalan Mohamad Nazri, Mohd Yusri yang pejabatnya bersebelahan dengan pejabat Norman mendakwa Memey bukan pekerja di syarikat itu.
Norman Hakim dan Memey dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008. Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama dan berhadapan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Hakim Salehan Yatim bersambung 8 Oktober ini.
dicedok tanpa edit dari Harian Metro
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Sabtu, 25 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
Itulah yang selalu buatkan kita orang awam jadi serba salah dan lama-lama malas nak ambik pot. Report salah, tak report pun salah.
BalasPadamTak pasal-pasal kita balik yang kena. Adehhh