Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 28 September 2010

Persediaan Peperiksaan SPM Matematik

Apa yang makngoh kongsikan dengan pelajar, ingin makngoh kongsikan dalam blog ni. Semoga ada pelajar-pelajar SPM luar sana yang dapat manfaatnya. InsyaALLAH.

Skil untuk penyelesaian masalah matematik
1. memahami masalah yang diberi.
2. melakar pelan penyelesaian.
3. menjalankan pelan penyelesaian masalah.
4. melihat kembali kepada penyelesaian.

Strategi penyelesaian masalah matematik
1. mulakan dengan soalan yang mudah.
2. gunakan kaedah cuba jaya.
3. melukis rajah bantuan.
4. mengenalpasti corak soalan.
5. buat jadual, carta atau senarai yang sistematik.
6. buat simulasi
7. gunakan analogi
8. kerja ke belakang
9. guna penyataan logikal.
10. gunakan algebra.

Petua berjaya dalam matematik
1. Hadir kelas matematik. Jangan tertinggal walau satu kelas matematik @ 5 minit masa matematik. Anda mungkin tertinggal kaedah @ langkah yang diajar guru.

2. Ulangkaji nota-nota yang diajar guru.

3. Buat kerjarumah.

4. Praktis dan buat banyak latihan matematik

Teknik menjawab soalan peperiksaan matematik.
1. Baca semua arahan pada kertas soalan matematik.

2. Baca semua soalan dengan berhati-hati.

3. Baca dan ikut arahan soalan. Patuhi apa kehendak soalan. Gunakan kaedah yang diminta oleh soalan. Tiada markah untuk kaedah yang salah walaupun jawapan betul.

4. Gunakan masa dengan betul. Luangkan masa mengikut tahap senang @ susah bagi soalan.

5. Tuliskan langkah pengiraan dengan jelas. Walaupun anda anggap itu langkah pengiraan remeh, tulis juga langkah tersebut di ruangan jawapan.

6. Beri jawapan dalam bentuk termudah.

7. Beri nombor yang tepat sebagai jawapan. Bundarkan mana yang perlu.

8. Memahami kata kunci bagi setiap soalan.

Kata kunci bagi soalan matematik SPM
1. Hence = kebiasaannya anda perlu gunakan jawapan yang anda dapat dari bahagian sebelumnya dalam pengiraan.

2. Express = kebiasaanya tiada jawapan bernombor diperlukan. Jawapan diberi dalam bentuk pembolehubah.

3. Prove /show = jawapan telah diberikan. Anda hanya perlu menunjukkan kaedah pengiraan dengan jelas untuk mendapatkan jawapan yang telah diberi. Anda perlu biasa dengan formula matematik, peraturan dan hukum.

4. Write / state = jawapan boleh diperolehi secara mental. Jadi, anda boleh menjawab tanpa jalan kira. TAPI kena tengok juga berapa markah yang diperuntukkan.

5. Solve = selesaikan dan tunjukkan jalan kira. Soalan yang biasa disoal adalah untuk mencari punca-punca bagi persamaan.

6. Estimate = Contoh soalan adalah anggarkan median / mean bagi ogif. Jadi, sedikit perbezaan dalam jawapan diterima.

7. Calculate, find, determine = mendapatkan jawapan dengan menunjukkan kaedah pengiraan yang sempurna.

8. Draw = biasanya jadual dan nilai dalam jadual telah diberi. Jadi tugas anda plot titik dalam kertas graf dengan menggunakan skala yang sesuai dan sambungkan titik dengan licin.

9. Sketch = tidak perlu menggunakan kertas graph. Ketepatan graf diabaikan. Yang dipentingkan adalah bentuk graf dan kedudukan graf dari paksi.

Penggunaan kalkulator sainstifik.
Adalah amat-amat penting menggunakan kalkulator sainstifik dalam peperiksaan matematik. Kalkulator digunakan untuk mengurangkan masa pengiraan matematik yang kompleks dan membantu pelajar untuk mempercepatkan pengiraan.

1. Tajuk dalam tingkatan 4 yang memerlukan penggunaan kalkulator.
a) statistik b) Trigonometry c) angles of elevation and depression
d) lines and planes in 3-dimension.

2. Tajuk dalam tingkatan 5 yang memerlukan penggunaan kalkulator.
a) Number base b) Graphs of function II c) matrices.

3) semua tajuk yang melibatkan pengunaan operasi asas +- x /

2 ulasan:

  1. salam..
    mok ngoh ngajar m3 ek...detail persediaan tu..

    BalasPadam
  2. good sharing.
    Boleh saya share kepada pelajar-pelajar saya?

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!