Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 23 September 2010

Segelintir penyokong Kelantan tidak matang ; asal kalah je, terus desak B Sathianathan letak jawatan

Lama dah makngoh perhatikan sikap segelintar penyokong Kelantan yang seolah-olah lebih profesional dari jurulatih dan pemain itu sendiri. Komen-komen dan terus komen...mengajar itu dan ini seakan-akan mereka ada pengalaman bermain bola berpuluh-puluh tahun.

Kalaulah B Sathianathan dan pemain-pemain Kelantan itu buruk perangai tentu lama dah mereka jawab "kalau dah pandai sangat main bola tu, main sendiri lah!" ......"kalau dah pandai sangat melatih orang, you latih sendirilah"

Huhu, tapi bagusnya jurulatih bola Kelantan dan pemain bola sepak Kelantan ambil sikap diam dan menjawab dengan berlapik apabila diajukan soalan.

Tentu anda juga perasan, setiap kali Kelantan kalah...maka penyokong Kelantan akan menuntut jurulatih bola sepak supaya letak jawatan. Namun, isu tersebut akan tertutup automatik jika pasukan bola sepak menang dan isu tersebut kembali panas jika Kelantan kalah.

Perlawanan Kelantan dengan N9 baru-baru kalah, kemudian dengan PKNS Kelantan menang tipis 1-0 dan terbaru Kelantan seri dengan KL-Plus 3-3. Maka, wujudlah golongan penyokong mendesak B Sathianathan letak jawatan.

Makngoh list kan petikan kata-kata B Sathianathan mengenai isu letak jawatan ini
1) Saya bersedia meletak jawatan sekiranya pemain saya gagal memberikan komitmen seratus peratus ketika menentang Negeri Sembilan, 3 Oktober ini.

2) Saya tidak berhasrat meletak jawatan. Itu desakan daripada segelintir peminat sahaja. Kecuali Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa tidak memerlukan khidmat saya, maka baru saya akan meletak jawatan.

3) Ini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan perkara ini (peletakan jawatan). Membawa masuk jurulatih baru sekali pun, adakah itu dapat menyelesaikan masalah pasukan Kelantan. Sebagai jurulatih profesional, saya bertanggungjawab terhadap jatuh bangun pasukan ini.

4) Sepanjang membimbing Kelantan sejak tahun lalu, saya telah membawa Kelantan mengharungi sebanyak 40 perlawanan. Saya menyimpan semua rekod perlawanan sepanjang membimbing Kelantan. Daripada jumlah itu, kita hanya tewas empat kali sahaja. Anda boleh memeriksa pasukan mana yang kita tewas bermula kempen Piala Malaysia musim lalu sehingga sekarang.

5) Saya telah berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu dan menjadi naib juara Liga Super musim ini. Tugas saya belum selesai selagi kita tidak menjulang Piala Malaysia, musim ini.

6) Saya tetap optimis kita mampu melangkah ke pusingan berikutnya. Walaupun dua perlawanan berlangsung di luar Kota Bharu, tetapi rekod kita agak cemerlang setiap kali bermain di gelanggang luar.

7) Saya mengambil risiko yang tinggi membimbing Kelantan ketika pasukan ini terkontang-kanting ditinggalkan oleh jurulatih, Peter James Butler seminggu sebelum sepak mula Piala Malaysia musim lalu.

8) Tidak ada sesiapa yang sanggup datang ke Kelantan ketika itu. Saya datang ke sini semata-mata hendak membantu Kelantan. Jadi sebagai jurulatih profesional, adalah tugas saya membimbing pasukan ini malahan saya mendapat sokongan penuh daripada Kafa.

9) Tetapi sekiranya ada orang lain (jurulatih) yang boleh menggantikan tempat saya sekarang, maka saya bersedia meninggalkan pasukan Kelantan. Sekiranya pemain gagal memberikan komitmen ketika perlawanan dengan Negeri Sembilan nanti, saya akan meletak jawatan dan berharap pengganti saya dapat meneruskan kecemerlangan dalam dua baki perlawanan itu

10) Saya bukan ahli silap mata yang tahu mana pemain yang bagus dan pemain yang tidak bagus dalam satu-satu perlawanan. Prestasi semua pemain dinilai berdasarkan perlawanan terdahulu serta dalam sesi latihan harian.

Selain B Sathianathan, penjaga gol Kelantan turut dikecam hebat dek kerana 'membenarkan' gol Kelantan dibolosi. NAMUN pemain manakah yang mahu gol dibolosi dan pemain manakah yang memberi izin @ membenarkan bola masuk ke gol sendiri.


Ada sesetengah peminat mendakwa kononnya B Sathianathan silap apabila menurunkan Syed Adney Syed Hussien sebagai penjaga gol. Namun jurulatih tersebut tetap mempertahankan pendirianya dan mengatakan

“Beliau dijulang sebagai wira setelah berjaya menyelamatkan sepakan penalti ketika perlawanan menentang Selangor PKNS FC baru-baru ini. Jadi berdasarkan prestasi semasa beliau, tidak ada sebab mengapa saya tidak boleh memilih beliau sementara Khairul Fahmi (Che Mat) baru pulih daripada kecederaan sebelum itu,” katanya.

Diolah dari sini


SEHARUSNYA, PENYOKONG YANG CEPAT PANAS ITU
IKUT NASIHAT ORANG DULU-DULU

'ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA'
P/S BOLA ITU BULAT MACAM RODA UNTUK MENGINGATKAN KITA
BAHAWA ADA MASANYA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH
ADA MASANYA KALAH DAN ADA MASANYA MENANG
TERIMA KASIH B SATHIANATHAN YANG TELAH MENGILAP KEMBALI RED WARRIORS HINGGA MENJADI
NAIB JUARA LIGA SUPER 2010 DAN PIALA MALAYSIA 2009.
SEMOGA KELANTAN JUARA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!