Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 19 September 2010

AL -Fatihah Sosilawati dan rakan-rakan yang menjadi mangsa bunuh kejam

Tak dinafikan, kisah pembunuhan Sosilawati adalah kisah paling panas di muka-muka depan akhbar dan juga menjadi topik perbualan hangat di serata tempat.

Makngoh sebenarnya, tidak dapat mengikuti sepenuhnya kisah beliau sebab sibuk dengan urusan peribadi di kampung. Cuma seingat makngoh, sehari sebelum raya, makngoh terbaca akhbar mengenai kehilangan beliau namun ketika itu polis memberi jaminan bahawa beliau cuma disembunyikan dan masih hidup.

Kemudian, pada 13 September,tarikh kenduri makngoh, mak-mak sedara dan orang kampung bercakap mengenai pembunuhan beliau. Memang mengejutkan dan sungguh tidak sangka ada juga orang begitu kejam.

Masa sudah tidak boleh diputar, yang pergi sudah pergi, cuma kita hanya mampu sedekah al-fatihah untuk beliau dan rakan-rakan lain agar roh mereka aman dan tenteram.

Semoga mereka semua mendapat pembelaan sewajarnya di dunia dan di akhirat.

Hari ini pula, kita dikejutkan dengan kematian rakan baik Sosilawati yang ditemui tergantung di dalam biliknya.

Misteri dan mendukacitakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!