amboi, tajuk entri macamlah makngoh ni bukan cikgu...
ekeke
Sekarang ni kan musim exam UPSR dan musim trial PMR dan SPM. Bagi paper yang sudah tu, cikgu-cikgunya mula menanda kertas pelajar masing-masing.
Tak sedap jugak telinga makngoh bila ada cikgu asyik membebel dan mengutuk mengenai kelemahan pelajar sendiri sambil-sambil menanda kertas.
Namun bukan ramai guru yang macam tu. Hanya guru yang perasan perfect sahaja, mulutnya tak henti-henti bercerita tentang kelemahan pelajarnya dalam menjawab, kesilapan pelajarnya dalam mengira dan ketakmampuan pelajar memberikan 100% seperti yang dia mahu.
Kepada guru yang sebegitu, ingatlah "bukan semua pelajar kita dilahirkan bijak dan genius. Kita kena terima juga keadaan pelajar yang memang lemah dan tak mampu belajar. Janganlah dikutuk kebodohan pelajar tersebut. Mungkin kita di usia mereka dulu, kita pun macam mereka juga. Kita pun pernah tidak faham apa yang guru ajar, kita pun pernah silap dalam mengira dan kita pun pernah tidak boleh buat kerjarumah yang diberikan guru"
DAN harus diingat juga "bukan semua guru math itu dapat A Math dalam UPSR, PMR dan SPM sendiri...bukan semua guru sains dapat A dalam sains waktu dia belajar dulu-dulu dan juga guru-guru lain"
JADI, terimalah pelajar kita seadanya juga terutamanya pelajar yang lemah. Usahalah selagi kita mampu untuk mendidik mereka.
Kepada rakan guru juga, cerminlah diri kita sendiri sebelum kita mengeluh, membebel dan memarahi pelajar.
Janganlah sampai ada pelajar berkata "siapa cikgu nak kutuk saya?cikgu pun bukan hebat dan pandai sangat. Kalau pandai, tentu dulu cikgu dah terpilih jadi doktor@lawyer@jurutera"
ANDA MAHU BEGITU?
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Khamis, 23 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
salam..
BalasPadambegitulah cabaran guru sekarang mak ngoh..
"bukan semua guru sains dapat A dalam sains waktu dia belajar dulu-dulu dan juga guru-guru lain"
BalasPadamadeh, terasa dengan ayat ni..hehe
tu laa , skrg ni tgh rushing nk siapkan calon2 PMR>.walaupun xngjr PMR tahun ni, tapi membantu selagi terdaya
dahlia, mungkin dulu muda-muda kita sama dgn pelajar kita tetapi sekarang...dgn latihan yg kita terima...kita sepatutnya lagi hebat dari pelajar. makngoh guna ayat tu sebab nak letakkan kita di tempat pelajar. supaya kita dan pelajar saling faham. semoga pmr dahlia berjaya :) sekolah makngoh baru buat solat hajat pmr semalam
BalasPadam