Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 26 September 2010

Siapa Mas Selamat? Gambar dan sejarah hidup

Nama : Mat Selamat bin Kasturi
Lahir : 23 Januari 1961
Umur : 49 tahun
Pekerjaan : Mekanik bus dan dipercayai menjadi Ketua Jemaah Islamiah Singapura
Status : Bapa kepada 5 anak
Tempat Lahir : Kendal, Central Java Indonesia tetapi membesar di Singapura

Penglibatan dalam Jemaah Islamiah
Mas Selamat dipercayai mula terlibat dengan JI pada tahun 1990-an apabila dia menyertai Darul Islam. Pada 1992, dia menyertai JI Singapura dan dihantar ke Afghanistan untuk latihan setahun kemudian. Pada 1998, dia mempelajari sistem pemerintahan Taliban dan kembali ke Singapura.

Mennurut Singapura, Mas Selamat telah bertemu dengan Hambali (Ketua JI) dan berbincang mengenai rampasan kapal terbang dari Bangkok dan berakhir di Singapore Changi Airport. Namun dia melepaskan diri dari Singapura pada 2001 sebelum pihak berkuasa menjalankan operasi besar menangkap 13 suspek ahli JI pada Disember 2001.

Tangkapan Mas Selamat
1) Februari 2003 - ditangkap di Pulau Bintan Indonesia (untuk membantu siasatan polis Indonesia mengenai pengeboman di Indonesia pada tahun 2001 dan 2002.) Dia dipenjara 18 bulan atas tuduhan menukar identity kepada Edi Heriyanto

2) 20 Januari 2006 - ditangkap atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu semasa dia melawat anaknya yang belajar di sekolah agama di Java Indonesia. Dia bagaimanapun dihantar ke Singapura atas permintaan Singapura dan ditahan bawah akta keselamatan dalam negeri. Ketika itu, Malaysia turut berminat terhadap Mas Selamat kerana dia sering berulang-alik dari Indonesia-Johor. Malaysia risau jika Mas Selamat ada muslihat lain.

Mas Selamat Lari dari Tahanan Singapura
Peristiwa mengejutkan dan dikatakan memalukan bagi kerajaan Singapura apabila Mas Selamat berjaya melarikan diri dari tahanan. Pelbagai usaha dibuat oleh kerajaan Singapura bagi menangkap Mas Selamat namun gagal. Indonesia dan Malaysia turut memperketatkan sempadan masing-masing bagi memastikan keselamatan negara masing-masing. Beribu poster wajah Mas Selamat diedarkan di seluruh Singapura dan khidmat MMS turut digunakan bagi memberitahu orang ramai mengenai Mas Selamat. 21 Julai 2008, Singapura menawarkan 1 juta dolar kepada orang awam yang memberi maklumat mengenai Mas Selamat.

Tersilap tangkap orang?
Pada 7 Ogos 2008, seorang lelaki seperti Mas Selamat ditahan di Indonesia. Lelaki tersebut bagaimanapun mendakwa dia seorang jurujual buku pelajaran dan bukan Mas Selamat. Lelaki tersebut dibebaskan.

Mas Selamat ditangkap oleh Malaysia
Pagi 1 April 2009, Mas Selamat ditangkap di Kampung Tawakal di Skudai Johor. Beberapa orang yang membantu Mas Selamat bersembunyi di Malaysia turut ditangkap. Salah seorangnya bernama Johar. Bagaimanapun penangkapan Mas Selamat didiamkan beberapa minggu bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan penyiasatan menyeluruh kepada rangkaian JI di Malaysia.

Singapura minta Mas Selamat
Hari ini, Utusan memaparkan tajuk 'Mas Selamat diusir selepas tidak ancam negara- Hishamuddin' .

Laporan penuh di bawah-:

KLUANG 25 Sept. - Pengusiran Ketua Wakalah Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari ke negara asalnya, Singapura diambil setelah kerajaan mendapati pemimpin JI itu tidak menjadi ancaman kepada negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu dibuat selepas perundingan dijalankan antara kedua-dua negara.

Katanya, kerajaan juga membuat keputusan itu setelah mendapat maklum balas daripada pelbagai agensi termasuk pasukan khas menentang keganasan serta agensi keselamatan dan risikan negara.

"Saya diberi maklumat Mas Selamat tidak jadi ancaman kepada negara kita lagi.

"Kebetulan Mas Selamat dari Singapura dan saya telah nyatakan dari dulu lagi, mereka yang datang dari negara lain, kalau tak bawa ancaman kepada kita, saya nak mereka diusir kembali ke negara asal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Sembrong di Taman Seri Lambak di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim serta kira-kira 15,000 pengunjung pelbagai kaum.

Ditanya kemungkinan pengusiran Mas Selamat dibuat hasil kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara jiran tersebut baru-baru ini, Hishammuddin berkata, republik itu telah membuat permintaan itu sebelum lawatan tersebut.

"Permintaan telah dibuat lama dulu kerana Mas Selamat adalah warganegara sana, tetapi selagi kita tak puas hati Mas Selamat tak jadi ancaman ataupun jejaskan negara kita, kita perlu buat apa jua pertimbangan dalam konteks penahanan beliau.

"Tetapi hari ini dengan siasatan kita sendiri, saya rasa masa sudah sampai untuk kembalikan beliau di bawah tahanan negara sendiri," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan Mas Selamat Kastari telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi tindakan pengusiran ke negara asalnya, Singapura, semalam.

Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Polis Diraja Malaysia, Datuk Mohammad Fuzi Harun dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat oleh Hishammuddin pada pukul 10.30 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!