Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 26 September 2010

Isu Amah Indonesia : Malaysia cari amah negara lain

Ramai dah yang sedia maklum mengenai amah dari Indonesia yang didera oleh majikan. Selain kes tersebut ada banyak lagi kes-kes amah dari Indonesia yang didera fizikal dan mental.

Ekoran kes-kes tersebut, Bendera semakin marah dengan Malaysia dan NGO negara terbabit turut tidak berpuas hati. 25 Jun 2010 Jakarta mengeluarkan arahan pembekuan penghantaran amah ke Malaysia.

Untuk rekod, sekarang ada 280 000 pembantu rumah asing di Malaysia dan 80% darinya adalah warga Indonesia.

Kerajaan Malaysia sudah membenarkan beberapa negara lain menghantar pembantu rumah bekerja di negara ini bagi mengurangkan kebergantungan pekerja dari Indonesia. Kemasukan pembantu rumah dari Myanmar, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, Vietnam dan India ke negara ini sudah pun bermula walaupun jumlahnya tidak begitu tinggi.

"Tetapi jumlah pembantu rumah dari Kemboja misalnya meningkat daripada 9,000 kepada lebih 30,000 dalam tempoh beberapa bulan lalu dan ini perkembangan yang positif kerana kita tidak perlu terlalu bergantung kepada Indonesia untuk mendapatkan pembantu rumah," ujar Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam .

Memang eloklah jika Malaysia membuka pintu untuk amah dari negara selain Indonesia. Mungkin selepas ini, Malaysia memberi peluang lebih luas kepada negara-negara lain untuk pekerja pembinaan pula.

Ramai rakyat kita mendesak supaya pengambilan pekerja dari Indonesia dihentikan dan pekerja yang sedia ada dihantar pulang ekoran sikap sesetengah rakyat Indonesia yang membuat rusuhan dan penghinaan kepada kita. Namun, makngoh faham dan mungkin orang lain juga faham, bukan mudah untuk menghantar mereka pulang dan bukan mudah untuk mencari penganti kerja mereka.

Rakyat Malaysia sendiri, sanggupkah jadi pekerja pembinaan dan hanya tinggal di bangsal @ bawah jambatan sahaja? Rakyat Malaysia, sanggupkah menjadi amah?

Makngoh berani kata, tidak ramai yang nak. Kebanyakkan rakyat Malaysia mahu jadi artis dan penyanyi. Ekekeke.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!