Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 24 September 2010

Caiyok Sweeping Floor Berani Tulis Isu Ganyang Malaysia

Makngoh nak tepuk tangan kepada seorang rakyat Malaysia yang beraninya menulis cerita mengenai isu Ganyang Malaysia dan mendedahkan faktor kebanjiran rakyat asing (Indonesia + Bangladesh) adalah berpunca dari rasuah yang berlaku di bahagian imigresen.

Tujuan tulisan beliau adalah mahu menjawab mengenai sikap ntah apa-apa rakyat Indonesia yang dilihat sudah melampaui batas hingga kita sudah muak mendengar ugutan-ugutan dari mereka.

Makngoh dah penat ulas mengenai sikap tak matang, sikap bodoh-pandai dan sikap ego segelintir rakyat Indonesia. Anda bacalah tulisan Sweeping Floor ni yer -:


BERITA di Utusan Malaysia semalam bukan sahaja menaikkan api kemarahan saya namun ia sangat menjengkelkan hati. Saya pasti, ramai warga Malaysia yang membacanya juga akan merasa berang dengan sikap penunjuk-penunjuk perasaan yang berlagak seperti samseng-samseng jalanan ini. Saya merayu kepada pihak kerajaan, bekukan dan berhentikan terus pengambilan pekerja warga asing ke Malaysia dan hantar pulang rakyat mereka mulai dari sekarang!

Benar, ada segelintir dari rakyat Malaysia termasuklah yang terbaharu iaitu pasangan suami isteri rakyat Malaysia yang mendera pembantu rumahnya dengan secara kejam. Ramai daripada mereka ini sudah ditangkap, dijatuhkan hukuman atau sedang menunggu kes mereka dibawa kemuka pengadilan dan saya pasti mereka ini akan dijatuhkan hukuman setimpalnya.

Tetapi adakah hanya kerana segelintir rakyat Malaysia yang 'kurang ajar' ini, maka kesalahan dijatuhkan kepada seluruh warga Malaysia?

Sebagai rakyat Malaysia yang tidak melakukan kesalahan apa-apa kepada rakyat Indonesia (walaupun pernah dirompak sendiri oleh pembantu rumah dan teman lelakinya 10 tahun lalu) saya sudah muak dengan perangai pekerja asing dari negara ini.

Di setiap ceruk di Malaysia, penuh dengan rakyat mereka dan walaupun mereka ini mencari rezeki secara halal, saya tidak anggap yang mereka ini mempunyai hasrat untuk pulang selagi mereka tidak menjadi orang kaya.

Apa yang saya lihat, semakin ramai warga Indonesia yang 'kesedapan' dengan kemakmuran dan kepesatan ekonomi kita, dengan mengambil kesempatan tidak mahu pulang selepas tamat tempoh permit kerja mereka.

Saya kesal dengan pihak polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sendiri yang memandang remeh setiap luahan hati rakyat mengenai kebanjiran warga Indonesia ini.

Kerajaan kita tidak mempunyai ketegasan dalam melakukan sesuatu, oleh yang demikian mereka beraja dan bermaharajalelalah pekerja-pekerja asing ini di negara kita! Kita pula terlalu berlembut dengan warga Indonesia di Jakarta yang sentiasa mencari pasal untuk menganyang Malaysia.

Pesanan ikhlas saya kepada Duta Malaysia dan kakitangan di bahagian Imigresen (termasuklah kedutaan di Bangladesh), hentikanlah rasuah yang berlaku di kalangan kakitangan kedutaan dahulu, kemudian barulah kita boleh menghentikan kemasukan mereka dengan secara total.

Saya tidak gentar menyatakan perkara ini di media, kerana saya pernah tinggal di kedua-dua negara ini dan ada sesetengah kakitangan kedutaan dengan bangganya menceritakan atau terlepas cakap, berapa banyak habuan yang mereka boleh perolehi setiap bulan jika meluluskan permit pekerja asing ke Malaysia.

Jika sebulan mereka boleh meluluskan dua hingga lima ribu pekerja asing, anda fikirlah sendiri betapa kaya rayanya mereka ini. Siapa makan cili, terasalah pedasnya!

Kepada rakyat Malaysia, hentikan sikap perkauman, daripada anda cuba 'mengganyang' warga Malaysia sendiri lebih baik kita berganding bahu 'mengganyang' rakyat pekerja asing dari Indonesia ini supaya mereka pulang dan mencari makan di negara mereka sendiri!

Kepada Mustar Bonaventura, lihat sendiri nanti, dapatkah pekerja rakyat kamu ini menikmati nasi tiga kali sehari di Indonesia seperti yang dinikmati di Malaysia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!