Antara point-point yang dikemukakan oleh budak tersebut adalah kerana -:
1) pelajar UPSI lambat posting tidak seperti pelajar maktab cepat posting
Peluang pekerjaan pelajar maktab adalah lebih cerah. Tiada masa nak tanam buah anggur jauh sekali buah durian. Tapi kalau lepasan UPSI, anda mungkin masih berpeluang menanam buah-buahan tempatan selepas tamat pengajian dan hasil tanaman boleh dituai tiga empat lima kali.
Makngoh grade bulan Ogos dan dapat surat posting bulan November. Kemudian posting Januari tahun berikutnya. Bagi makngoh, bukannya lama menunggu posting. Lagipun kita kena faham proses-proses yang perlu UPSI lakukan dan juga KPM lakukan. Bukan main sumbat-sumbat je cikgu ke sekolah ikut suka hati. Takkanlah grade hari ni, esok dah nak posting. Bersabarlah dik.
2) pelajar UPSI kurang duit tidak seperti pelajar maktab banyak dapat elaun
Masuk maktab memang heaven siap dapat elaun tapi pelajar UPSI kebanyakannya kena mintak loan PAMA atau PTPTN. Scholar sangat sedikit okayh. Terhad. Scholar KPM cepat posting??? Dusta semata. Maktab lagi bagus, sudahla dapat elaun yang banyak nasib terjamin pula tu memang berbaloi-baloi.
Amboi, puji meninggi terhadap maktab. Peliknya kenapa budak ni tak berhenti je UPSI dah apply maktab. Selain PTPTN dan KPM, pelajar UPSI boleh mohon biasiswa ikut suka hati sendiri. Contohnya MARA. Kena usaha sendiri lah cari penaja, jangan goyang kaki tunggu orang sembah. Zaman makngoh, makngoh amik PTPTN dan ramai juga kawan makngoh ambil KPM. Kami sama-sama posting. Kebanyakkan penerima KPM yang bagus diserap ke kolej matrikulasi. Yang bagusnya, kalau biasiswa KPM dah tak perlu bayar balik. Senang hati. Masalah sesetengah mahasiswa negara kita adalah nak melaram dan bergaya dengan duit biasiswa @ pinjaman. Itu yang menyebabkan duit tak cukup dan tak pernah cukup. Dapat duit biasiswa @ pinjamann, guna buat beli telefon mahal, buat beli baju ala-ala model. Yang perempuan sibuk dengan makeup dan barang-barang kecantikan. Itu belum lagi yang melancong @ makan angin dengan duit belajar. Jadi, manalah nak cukup.
3) Course di UPSI banyak yang merepek
Di UPSI menawarkan beberapa subjek merepek mengalahkan cerita niyang rapik macam teknologi apa entah notes busuk gila! Ada yang okay. Sepatutnya subjek macam Dr Nurul ajar tu patut dilebih-lebihkan supaya jadi part I, part II, part III untuk setiap semester baru input cikgu mantap. Poyojek cikgu-cikgu kena belajar Quantum Physics. Tak salah nak tambah pengetahuan tapi lebih afdal kalau mantapkan ilmu untuk pengajaran dan pembelajaran kelak.
Nak jadi guru kenalah banyak ilmu. Bukan sekadar ilmu yang terkandung dalam silibus sekolah menengah @ sekolah rendah sahaja tetapi guru kena tahu lebih lagi dari pelajar. Memanglah di UPSI ajar bab yang lebih tinggi dari bab di sekolah. Takkanlah di UPSI, pensyarah kena ajar tajuk remeh seperti tambah tolak, pengenalan kepada fizik dan yang simple-simple. Lagipun, sebenarnya semua itu secara langsung dan tak langsung bakal guru ada belajar dalam course macroteaching. Makngoh sendiri belajar mengenai bab matematik yang langsung tiada di sekolah. Tapi, semua itu adalah ilmu dan apa yang diajar UPSI itulah yang membezakan guru dan pelajar. Kami juga belajar teknologi dan perisian tertentu, contohnya Geometer Sketchpad, belajar buat animasi dengan Macromedia Flash dan macam-macam lagi. Tujuannya supaya guru boleh aplikasikan dalam P&P bila dah mengajar kelak. Makngoh syukur UPSI ajar semua ini.
4) Pakaian di UPSI sangat skema
Dari segi pemakaian harus skema juga yer, harus bersopan jeans tak boleh pakai masa pergi kuliah, kalau pergi test kena pakai smart-smart nanti orang cop macam nak pergi pasar.
Dah namanya guru, mestilah guru berpakaian kemas. Tujuan UPSI buat macam tu untuk melatih bakal guru supaya tidak kekok apabila masuk ke sekolah nanti. Mana boleh guru pakai jeans mengajar di sekolah. Lagipun, peraturan pemakaian guru di sekolah adalah atas arahan kementerian pelajaran dan UPSI hanya melatih guru berpakaian mengikut arahan dari KPM. Kalau nak pakai jeans pergi kuliah, pilihlah course-course lain.
5) Pelajar UPSI (bakal guru banyak yang mulut puaka)
Bakal-bakal guru banyak mulut puaka juga okayh. Muka jernih tapi bila berebut bus boleh mengucap panjang pemenang imam muda.
Alahai, kenapa dicop bakal guru UPSI sahaja yang mulut puaka. Tergelak pula membaca komen budak ni. Bukankah sikap dan perangai seseorang itu lahir dari dalam diri orang itu sendiri bukan lahir dari tempat dia menuntut. Mulut puaka seseorang bakal guru, bukan lahir UPSI. Janganlah salahkan UPSI atas benda remeh sebegini. Sangat tidak matang.
Habis point-pointnya, budak itu dengan tanpa bersalah menasihatkan pelajar-pelajar lepas SPM supaya tidak memilih UPSI untuk menyambung pelajaran.
Kalaulah dia masih lagi pelajar UPSI, dah memang patut dikenakan tindakan tatatertib tetapi sayangnya dia dah tamat belajar. Habis madu sepah dibuang ke dik?
Makngoh ada buat printscreen entri budak tu untuk rujukan masa akan datang. Tetapi rasanya tidak perlu makngoh upload printscreen tu dalam entri ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)