Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 26 September 2010

Buruk perangai di alam nyata, terbawa-bawa ke dalam alam blog

Sebelum main blog ni, makngoh tak tahu rupanya ada blogger yang bergaduh dan saling buat entri memerli dan menyerang. Tapi bila dah menceburi blog ni, baru makngoh tahu tentang kewujudan perangai macam tu.

Kemudian, makngoh terfikir 'alahai dalam blog pun boleh bergaduh ke?"

Wakaka...

Amboi, ketawa makngoh. Rupanya kehidupan dalam blog sama juga dengan kehidupan dalam realiti. Manusia ada 1000 ragam di realiti dan itulah juga manusia yang 1000 ragam dalam blog.

Dengan macam-macam ragam, macam-macam sikap, macam-macam pendirian itulah yang menjadi punca masalah. Masing-masing ada cara tersendiri dalam menulis. Jadi biarkan mereka dengan pendirian mereka. Biarkan dia dengan pendirian dia. Biarkan makngoh dengan pendirian makngoh. Kalau semua blogger ada satu pendirian, maka tak meriahlah dan tiada variasi blog. Idea tidak dapat berkembang!

Sayangnya orang kita lebih bersikap tertutup dan ada segelintir pula susah dibawa berbincang.

Apapun, kesimpulan yang makngoh dapat "buruk perangai di alam nyata, terbawa-bawa ke dalam alam blog"

Pandai bergaul di alam nyata, pandailah juga bergaul di alam blog.

3 ulasan:

  1. Saya pon pernah bergaduh dalam bog juga mak ngoh, terasa jap, hehe~~

    Same je, cuma alam maya lagi bebas, huhu~~

    BalasPadam
  2. terkena batang idung sendirik... eheh..amir mmg xpandai bergaul di alam realiti.. di blog? sama gak..huhu

    BalasPadam
  3. ala, sama gak dengan makngoh. memang batang idung makngoh pun terkena gak. yang penting kita akui kesilapan dan kesalahan kita. lagi 1, kadang-kadang, kita xmahu bgaduh pun, tapi ada segelintir orang yg suka mulakan pgaduhan dan suka cari pasal. jadi bukan salah kita gak :)

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!