Petang tadi, makngoh ke kedai untuk comb binding modul math dan fizik. Masa sampai di kedai tu, sebelah pintunya dah tutup. Makngoh tengok waktu operasi sampai pukul 6 petang sahaja. Tapi makngoh masuk dan tanya jika masih buka kedai.
Pemilik kedai tu, cina jawab dengan mesra dan layan dengan bagus walaupun sepatutnya kedai tu dah ditutup. Makngoh teringat pernah makngoh ke kedai bumiputera (kaum apa makngoh tak nak bagitau), tuan punya kedai tu tak mahu melayan dan minta datang esok pagi sebab dia dah nak tutup kedai.
Disebabkan modul tu tebal (lebih 500 ms), makngoh menunggu hampir sejam, baru lah siap comb binding. Sebelum siap, ada lagi pelanggan lain datang minta fotostat dibesarkan sehingga 400%, pemilik kedai tu layan dan beri khidmat tanpa bebel walaupun dia terpaksa try and error beberapa kali sehingga dapat fotostat seperti yang dikehendaki.
Sambil-sambil buat kerja, pemilik kedai tu berbual dan bercerita tentang taman perumahan kami. Kebetulan taman perumahan kami sama. Percakapannya memang ada telo cina, tetapi dia fasih berbahasa Melayu.
Untungnya orang cina, mereka boleh berbahasa Melayu, berbahasa Inggeris dan juga berbahasa ibunda mereka. Malah, ada sesetengah pelajar Cina boleh mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan bahasa Melayu berbanding dengan sesetengah pelajar Melayu sendiri yang gagal matapelajaran ibunda.
Dan sekarang,ada orang Melayu yang sudah mula ada kesedaran betapa pentingnya perlu menguasai banyak bahasa, menghantar anak-anak mereka ke sekolah cina sejak tadika lagi. Di sini, makngoh perhatikan... sudah ramai ibubapa Melayu menghantar anak ke sekolah cina.
Bagi masa depan anak dan menghadapi cabaran Wawasan 2020, makngoh fikir persaingan mendapat kerja yang sengit mungkin akan lebih memberi peluang kepada mereka yang ada kemahiran banyak bahasa. Sekarang ini pun sudah ada majikan yang memilih ke arah itu. Antara bahasa yang mungkin senang untuk dipelajari dan sedang dipelajari oleh pelajar melayu adalah bahasa inggeris dan bahasa arab. Bahasa lain?
Bila mengenang kembali 1 Malaysia, makngoh fikir mungkin kementerian pendidikan perlu buat sesuatu supaya semua kaum boleh bertutur dalam semua bahasa utama di Malaysia iaitu bahasa melayu, bahasa mandarin dan bahasa Tamil.
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Selasa, 28 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
salam..orang cina memang mesra..hari2 pergi kedai runcit cina.. mesra alam.
BalasPadamhurm..nak suruh blaja bhasa lain? B. Malaysia aka Melayu pun ramai yg tak tahu..bercakapl betul..bahasa daerah@negeri masing-masing pun masih ada yg tak faham.susah2..
wsalam.yer amir..betul jugak tu nak nak lagi klu di sabah sarawak...orang kelantan pun sama gak. tp kita tetap kena usaha kuasai bahasa lain selain bhasa melayu utk 5 or 10 or 20 tahun akan datang
BalasPadam