Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 11 Ogos 2010

Sizuka : World Of Life > Blogger belajar di Auckland

Sekali lagi, entri mengenai rakan blog yang suka jalan dan suka tinggalkan komen di blog makngoh. Tapi sebelum tu, terima kasih banyak-banyak kepada eelobor, hari ni asyik sungguh beliau berada di blog makngoh. Hampir tiap entri ada komennya. Malam ni, belum kelihatan eelobor, mungkin kepenatan dan bertarawih.

Tengok bawah tu, header blog siapa? Iyer header kawan Nobita dan Doraemon iaitu Sizuka. ekeke...ekeke... Tengok baju kaler pink di ampaian sizuka. Ada poket merah kan? Poket klon Doraemon ker?

Makngoh tak ingat sejak bila makngoh mengenali blog Sizuka ini. Cuma yang pasti, makngoh sedar tentang Sizuka sebab beliau selalu ada meninggalkan komen di entri makngoh. Namun, mungkin sebab kekangan masa, ada waktunya Sizuka ini menyepi. Makngoh faham...makngoh pun pernah jadi pelajar.
Cuba baca welcome note Sizuka. Sopan je ayat dia kan? Nah, sebab tu lah makngoh suka. Ekekee...tiada istilah di blog dia, "blog aku...ikut suka hati aku...tak suka boleh blah."....Malah sempat lagi dia ucapkan terima kasih kepada yang berjalan ke blog dia. Macam tu lah orang Malaysia,,, budi bahasa budaya kita. Walaupun dia belajar di luar negara tapi dia tak sombong dan merendah diri.
Ini pulak gambar dia dan kawan-kawan dia mendaki Gunung Ledang. ERK!!! Ye ker??? Oh...rupanya begini Gunung Ledang. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Gunung Ledang ATAU nama betulnya Mount Eden ni, silalah ke blog beliau. Nanti beliau akan sertakan pakej-pakej pendakian ini. Biasalah, mat saleh kan terbelit lidah sebut Ledang....last-last keluar Eden. Tapi gunung ni berada di New Zealand, bukan di Melaka yer!

Baru makngoh perasan, selain persamaan kami yang memang comel (makngoh dah mula perasan dan angkat bakul), makngoh dan Sizuka ni sama-sama Sagittarius. Oh...patutlah berbudi bahasa. ekeke... Makngoh lahir tanggal 9hb Dec, Sizuka bila?

1 ulasan:

  1. ok sy sgt terharu.hehe.thanks makngoh sebab buat entri utk sy.oh sagittarius sama?baiklah sy tua tarikh sikit dri makngoh.3disember.heeee~nanti boleh buat entri hari lahir sama2:)

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!