Disebabkan Mak Ngoh ada tulis entri pasal Hari Kiamat dan mengatakan 100% alamat kecil telah pun berlaku jadi di sini, mak ngoh nak paparkan beberapa alamat kecil Hari Kiamat untuk renungan semua.
1. Sembahyang diabaikan, diringan-ringan dan ditinggalkan.
2. Tidak ramai umat Islam yang mahu mengamal dan menyebarkan agama Islam.
3. Keinginana nafsu syahwat digalakkan. Iklan-iklan, gambar-gambar dan filem-filem lucah berleluasa dan amat mudah didapati.
4. Penjenayah menjadi pemimpin, kebanyakkannya jahil tentang agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
5. Perkara-perkara yang halal dianggap haram dan sebaliknya.
6. Berbohong menjadi satu keperluan, dianggap sukar untuk hidup tanpa berbohong.
7. Zakat dianggap beban.
8. Hujan tidak turun pada musimnya.
9. Wanita menguasai lelaki dengan amalan syaitan. Wanita lebih ramai dari lelaki.
10. Kawan dan lawan sukar dibezakan.
11. Dosa dianggap remeh
12. Masjid-masjid dihiasi tetapi banyak yang kosong dan berkunci.
13. Riba berleluasa, orang yang beramal dengan agama pun tidak terlepas dari fitnahnya(loan rumah…loan kenderaan…loan belajar)
14. Darah manusia menjadi murah, peperangan, pembunuhan dan jenayah menjadi mainan hidup. Pergaduhan dan perang sesama umat Islam menjadi-jadi.
15. Manusia dari barat mempengaruhi umat Islam supaya mengikut cara mereka.
16. Ilmu agama tidak diberi kedudukan yang sepatutnya dalam masyarakat ( tengoklah sekolah pondok, dan tengoklah jurusan-jurusan agama di universiti, ramai ker yang berminat ?)
17. Kebodohan dan kejahilan agama menjadi semakin jelas dan nyata.
18. Perbuatan zina berleluasa.
19. Arak menjadi minuman biasa yang diminum tanpa segan silu oleh umat Islam.
20. Banyak berlaku gempa bumi.
21. Banyak berlaku fitnah.
22. Masa dirasakan begitu cepat berlalu.
23. Orang-orang yang miskin bermegah-megah dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang tinggi.
24. Muzik dan penyanyi wanita bermaharajalela. (fikir sendiri)
25. Ramai manusia mati secara mendadak ( Aids, H1N1)
26. Kebanyakkan berita berupa pembohongan.
27. Ramai pengawai mejadi pengampu kepada pemerintah yang zalim . Orang yang jahil dan hina menjadi pemerintah.
28. Umat Islam yang beriman merintih melihat maksiat berlaku tetapi tidak mampu mencegah kerana sudah terlalu umum. Tengok jer kes buang bayi… apa tindakan drastik oleh kita semua? Adakah perintah berkurung untuk anak gadis dikenakan? Tidak….
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Rabu, 9 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
paling tertarik dgn point terakhir.. ye ibu bapa sekalian,, lakukan perintah berkurung untuk anak gadis anda semua.. xkn nk tunggu kerajaan wat akta berkurung baru nk sruh anak gadis berkurung kot.. celik2 la mata tu.. jgn la jd ibu bapa yg pentingkan duniawi je..
BalasPadam