Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 2 Jun 2010

Anak Derhaka Hentak Kepala Bapa Dengan Topi Keledar

Aduh...sakitnya. Mak ngoh pula yang rasa sakit bila baca kisah anak derhaka yang berusia 19 tahun nih. Dia telah membelasah bapa kandung sendiri dengan topi keledar. Kalau difikirkan balik, eloknya time budak nih masih bayi, seelok-eloknya...bapanya membuang budak ni ke longgokan sampah sahaja. Nah, sekarang tengok... bila dah besar panjang, dah boleh berjalan, bapa sendiri pun dipukul.

Kisahnya, bermula apabila si bapa yang berumur 40 tahun menonton tv dengan kuat dan tidak mengendahkan permintaan anaknya supaya memperlahankan bunyi tv tersebut. Difahamkan juga bapanya sentiasanya menonton tv dengan volume yang tinggi. Untuk berfikir secara positif, mak ngoh faham, ayahnya mengalami masalah pendengaran. Maklumlah orang tua.

Oleh kerana bunyi bising yang kuat tu, si anak telah meminta bapanya merendahkan volume tapi tidak diendahkan oleh bapanya. LAgi...si anak menegur dengan nada tinggi menyebabkan mereka bergaduh tapi anaknya telah membelasah ayah. Hati tengah panas dan iblis pula meresap penuh dalam darah, bapa sendiri pun dipukul. Satu faktor lagi, bunyi bising dari tv itu juga penyebab kepada anaknya bertindak luar kawalan. Betul ke tidak? Bunyi yang bising boleh menyebabkan stress.

Selepas memukul bapanya, budak lelaki tersebut telah meninggalkan rumah dan bapanya pergi mendapatkan rawatan di hospital dan membuat laporan polis.

Wajarkah tindakan sedemikian? Sebab bagi mak ngoh, bukan si anak jer yang salah, si bapa pun salah juga. Mungkin anaknya mahu membaca dan mengulangkaji pelajaran tapi si bapa pula membuka volume tv dengan kuat. Mestilah anak naik berang. Tapi itu tak bermakna mak ngoh menyokong anak derhaka.

Cuma, kita kena terima kenyataan, anak bertindak mengikut asuhan dan didikan ibubapa sejak kecil. Kalau dididik tidak menghormati orang, maka anaknya pun tidak menghormati orang bila dah dewasa. Maksud mak ngoh di sini, apa yang disemai itulah yang ditunai. Kadang-kadang, punca permasalahan anak-anak adalah disebabkan oleh ibubapa. Kena terima kenyataan, bukan semua ibubapa atas dunia nih bertindak dengan betul, bukan semua yang mampu mendidik anak dengan betul.

Kes macam ni senang aje. Kalaulah si bapa memperlahankan bunyi tv tersebut tentu saja kejadian ini tidak berlaku. Betul tak? Nampak tak siapa yang tidak mahu bertolak ansur. Budak tu pula berdarah muda yang mudah naik angin. Sebab itulah kejadian memalukan institusi keluarga ini berlaku.

2 ulasan:

  1. dua2 pon salah sebenarnya...tak nak bertolak ansur..bapaknya pulak keras kepala.anak pon keras kepala la jugak..ikot perangai sape nih? ermm...

    BalasPadam
  2. sebab keras sangat, tu yg pakai helmet utk kasi lembut. eh? apelah

    ala, kalo budak tu amek remote lalu slowkan volume pon xper kan? huhuh

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!