Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 12 Jun 2010

Kaedah Selamat Untuk Cover Malu Jika Anda Terjatuh



1) Kalau anda terjatuh akibat tersepak batu dan anda berasa malu maka jangan terus bangun. Sebaliknya cubalah anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian orang ramai. Apabila anda yakin tiada lagi orang yang melihat kelakuan anda, maka bangunlah dengan selamba.


2) Kalau anda terjatuh basikal dan anda berasa malu maka cepat-cepat anda naik kembali basikal itu. Kemudian buat-buat jatuh lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sengaja buat latihan persembahan sarkas.


3) Kalau anda terjatuh tangga hingga tergolek-golek dan anda berasa malu maka teruslah anda bersilat seolah-olah anda dirasuk ataupun seolah-olah anda berlawan dengan makhluk halus.


4) Kalau anda terjatuh dalam longkang dan anda berasa malu maka pungutlah sampah-sampah di dalam longkang sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang akan menyangka anda seorang yang prihatin dengan kebersihan


5) Kalau anda terjatuh ketika naik bas dan anda berasa malu maka jeritlah dengan wajah tidak bersalah " Oii saperlah yang tolak-tolak orang nih" walaupun tiada orang pun di belakanga anda.


Kaedah-kaedah itu bukan idea mak ngoh yer... mak ngoh terjumpa dalam satu majalah sekolah dan mak ngoh saja nak berkongsinya untuk dipraktikkan oleh mereka-mereka yang menjadi mangsa jatuh.


tambahan
6) Kalau anda terjatuh cinta dan anda berasa malu maka kutiplah balik cinta-cinta yang telah jatuh itu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!