Rajah di atas adalah garis ukur jangka masa akhir zaman. Rajah ini dilukis tidak mengikut skala kerana sesungguhnya kita tidak tahu bilakah berlakunya kiamat bahkan kita perkara paling remeh dalam hidup pun kita tidak tahu dengan tepat. Contohnya, adakah kita tahu pukul berapakah kita akan bangun dari tidur esok hari? Adakah kita akan tahu pukul berapakah kita akan makan, mandi, solat dan sebagainya?
Perkara yang remeh seperti ini kita tidak tahu, apatah lagi perkara hebat yang bakal diturunkan, Hari Kiamat. Namun kita tahu bilakah masa yang agak-agak perkara itu berlaku? Kita agak-agak akan bangun esok hari pukul 6.00 pagi, kita akan agak akan selesai mandi dan solat pukul 6.30 pagi dan seterusnya. Semuanya kita agak-agak sahaja kerana kita bergantung kepada keizinan ALLAH. Tidak akan berlaku segalanya tanpa izin ALLAH. Kerana itulah apabila kita berjanji dan bercakap tentang sesuatu perkara yang tidak pasti kita letakkan INSYAALLAH di ucapan kita. Tujuannya supaya kita terfikir bahawa ‘dengan izin ALLAH’ urusan kita itu boleh berlaku.
Okay, tutup pengenalan yang panjang lebar itu. Jom bercerita tentang rajah di atas ni. Rajah ini menerangkan tentang 4 zaman utama menuju kepada Hari Kiamat. Empat zaman tersebut adalah zaman di mana wujudnya alamat-alamat kecil, zaman dajal, zaman berkat dan akhir sekali zaman terakhir mutlak.
1) Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, maka muncullah alamat-alamat kecil sebagai tanda kiamat bakal berlaku. Pada tahun ini 2010, boleh dikatakan 100% alamat-alamat kecil kiamat telah pun berlaku. Contoh alamat kecil yang paling utama adalah zina, derhaka dan sembahyang yang diabaikan. Masa kecil-kecil dulu di Kelas Fardu Ain, pernah tak anda mendengar cerita yang pada zaman Nabi Muhammad, bumi telah diibaratkan sebagai wanita yang sangat tua dan sudah sangat bongkok? Itu menandakan betapa lamanya bumi ini telah wujud.
2) Di mana kita berada? Kita berada berhampiran dengan kemunculan Iman Mahadi. Kemunculan Iman Mahadi ini adalah sebagai tanda akan muncullah tanda kiamat yang besar akhir zaman dengan kemunculan Dajjal dan peristiwa pembunuhan Dajjal oleh Nabi Isa a.s yang diturunkan dari langit.
3) Zaman Keberkatan atau era berkat pula akan berlaku. Di zaman ini hanya orang muslimin yang ada di muka bumi. Inilah zaman yang belum pernah dialami dalam sejarah manusia dan sejarah bumi.
4) Zaman atau era terakhir mutlak ialah zaman yang paling akhir di mana bumi telah sampai ke penghujung usianya. Sebahagian umat Islam telah menjadi kuffur dengan kemewahan yang dianugerahkan oleh ALLAH. Pada zaman inilah matahari muncul dari barat, keluar makhluk aneh Daabatul Ardh ( untuk menanda orang kafir dan Islam). Dan, akhir sekali, peristiwa kematian kesemua kaum muslimin yang menghuni bumi dengan angin yang sejuk, nyaman dan sepoi-sepoi. Waktu ini, bumi diperintah oleh pihak hitam kafir dari Habsyah selama beberapa tahun. Mereka akan menghancurkan Kaabah dan akhirnya nama ALLAH S.W.T tidak akan disebut oleh seorang manusia pun di bumi ini. Mereka tidak tahu dan tidak kenal siapa tuhan mereka. Akhirnya, mereka akan dikejutkan dengan tiupun sangkakala oleh malaikat Israfil menandakan usia bumi telah berakhir dan bermulalah Hari Kiamat.
Disebabkan alamat-alamat kecil telah lama muncul, jadi adakah kita sedar bahawa kita semua sedang menuju ke zaman yang kedua...ketiga dan seterusnya terakhir?
Paling akhir…..mak ngoh mahu bertanya kepada anda semua adakah kita telah bersedia dengan Hari Kiamat? Mak ngoh ada jawapan untuk diri sendiri dan mak ngoh simpan jawapan itu di dalam minda, hati dan otak.
Rujukan : Buku Ahlul- Bait Rasulullah s.a.w, Dinasti Melayu & Akhir Zaman
Terbitan Pustaka BSM Enterprise
Susunan Haji Muzaffar Dato’ Haji Mohammad dan Tun Suzana tun Haji Othman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)