Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 14 Jun 2010

Adab Guru Dengan Pelajar Menurut Islam

Seringkali kita terbaca adab-adab pelajar dengan gurunya tapi jarang ada artikel mengenai adab-adab guru dengan pelajarnya. Ini adalah perkognsian mak ngoh dari rujukan JAHEAIK

  1. Ihtimal (banyak bersabar menanggung kesusahan)
  2. Lambat marah
  3. Duduk dengan haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
  4. Meninggalkan takbur atas sekalian hamba ALLAH taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.
  5. Memilih tawadhu' yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.
  6. Meninggalkan bergurau dan main-main.
  7. Kasih-sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.
  8. Membimbing murid yang bebal.
  9. Tidak memarahi murid yang bodoh.
  10. Tidak malu dengan berkata "cikgu tidak tahu" (bagi masalah yang tidak diketahuinya.)
  11. Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.
  12. Menerima hujjah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.
  13. Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.
  14. Melarang murid daripada ilmu yang memudaratkan.
  15. Melarang murid daripada menghendaki yang lain dari ALLAH dengan ilmunya.
  16. Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardu Ain. Dan ilmu yang fardu Ain itu ialah yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batin dengan takwa.
  17. Memperbaiki diri sendiri dengan takwa sebelum ia menyuruh orang lain supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat dari percakapannya. (ilmunya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!