Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 2 Jun 2010

Gadis curi barang kemas ibu utk beli motosikal kasi pakwe

Hampeh,,,, lagi kisah anak derhaka yang tidak kenang budi. Geram betul mak ngoh baca kisah ni. Berbanding dengan kisah anak belasah bapa dengan topi keledar, gi mak ngoh kisah ini yang ini lagi mak ngoh benci dan sedih

Demi menurutkan kata pakwe dan membuktikan kesetiaan kepada pakwe...gadis berumur 17 tahun telah mencuri barang kemas ibunya bernilai RM 13 ribu. Kalaulah itu anak mak ngoh, mak ngoh nak belasah jer budak macam nih. Belasah dengan topi keledar. Huhu...

Kisah yang berlaku di Mentakab Pahang ni berlaku pada 12.30 malam apabila gadis tersebut mencuri barang kemas ibunya ketika ibunya sedang tidur. Berani betul. Mak ngoh nih ambil duit emak RM 1 pun tak pernah kalau emak tak izinkan. Kecuali emak kata, ambillah dalam beg tu. Barulah mak ngoh berani buka beg duit emak. Sampailah sekarang dah besar panjang, dah tua ni, mak ngoh tak terniat pun nak belek-belek beg duit emak.

Isk..isk...memang tabiklah gadis nih berani curi dan berani gadai barang kemas ibu dia semata-mata untuk menghadiahkan sebuah motosikal untuk pakwenya yang berusia 16 tahun. Sayang betul dia dengan pakwe dia tu yer...sampai sanggup menjadi pencuri. Mencuri barang ibu sendiri. Moto nak buat merempit ke dik? Kalau diminta mencuri pun sudi dan sanggup, rasa-rasanya lah... minta body pun sudi beri tu...Eiiiiii geramnya...

Disebabkan kecewa dengan tindakan anak sendiri, ibu kepada gadis tersebut telah membuat laporan polis dan anaknya telah ditahan reman di Temerloh bersama 2 orang rakannya. Motosikal yang dibeli hasil gadaian barang kemas itu pula telah dirampas. Gadis macam nih, kena diberi air solat hajat supaya lembut hati dan insaf. Betul nih...Lepas tu, jangan bagi dia keluar rumah dan jangan bagi dia berkawan dengan orang yang tidak tentu arah. Ramai gadis sekarang rosak sebab kawan. Sebab pergaulan yang tidak berlandaskan agama.

Betullah kata orang tua, jaga anak perempuan nih susah. Lagi senang jaga lembu sekandang dari jaga seorang anak gadis. Kenapa? Kenapa dibandingkan dengan lembu pulak? Lembu kan tidak berakal...lembu kan makan rumput jer... lembu kan boleh disembelih dan dimakan dagingnya.Lembu kalau dijual mahal tu... Adakah kita kena anggap kekurangan lembu itu adalah persamaan di antara lembu dan gadis.
1) Gadis tidak berakal.
2) Gadis makan rumput ...
3) Gadis boleh disembelih dan dimakan daging

Mahu tidak mahu, dengan gejala sosial yang amat meruncing sekarang, mak ngoh rasa memang betullah....gadis ada persamaan dengan lembu... Adusss. Kenapa pulak macam tu? Mak ngoh nih pun anak perempuan jugak. Adik-adik mak ngoh pun ramai perempuan juga.

Cuba buat refleksi. nombor 1, 2 dan 3 di atas tu cuma perumpaan sahaja. Seperti juga orang kata dajal bermata satu. Tapi ada orang kata, bermata satu tidak bermakna matanya satu, mungkin juga dia adalah pemimpin yang tidak adil dan tidak nampak kepayahan rakyat.

Okay, apa pula perumpaan untuk kisah ini,
1) Gadis tidak berakal ~~~ kalau berakal, tak adalah yang telah rosak sebelum berkahwin, tak adalah yang telah mengandung anak luar nikah, tak adalah yang buang anak dan macam-macam yang tak ada. Tapi disebabkan tidak berakal inilah, gadis bertindak macam tu.

2) Gadis makan rumput ... ~~~ eh eh... betul ke apa? haha... rumput berwarna hijau... Kalau nak hilang tekanan, pandanglah benda yang berwarna hijau seperti hutan dan rumput nih lah. Dalam kontek gadis, rumput itu adalah cinta. Ewah... Rumput adalah makan ruji untuk lembu dan cinta adalah makanan ruji untuk gadis remaja. Tanpa cinta hidup tak bermakna, dan demi cinta lautan api direnangi. Tidak salah...sebab gadis belasan tahun memanglah hormonnya sangat tinggi...Hormon gatal kalau istilah mak ngoh...istilah sains hormon enstrogen...hahahahaha... Semua gadis ada hormon nih bergantung kepada merekalah untuk mengurus dan mengawal hormonnya. Orang kata masa umur 15 tahun, hormon gatal gadis sangat tinggi. Adus.

3 ) Gadis boleh disembelih dan dimakan dagingnya ~~ matilah kalau dah disembelih. Siapa yang nak makan daging manusia? Tapi daging gadis nih manis oooo... Disebelih adalah perumpamaan ditipu. Dimakan dagingnya adalah perumpamaan kerosakkan pada diri dan maruah diri termasuklah menyerahkan badan kepada lelaki bukan muhrim. Disebabkan rumput adalah makanan ruji untuk gadis jadi gadis dengan mudahnya boleh disembelih. Cubalah... wahai jejaka. Berilah rumput kepada gadis, nescaya dengan mudahnya anda boleh menyembelih gadis tersebut. Gadis sangat agungkan cinta dan sangat suka bermain dengan perasaan. I knowlah. Kalau demi cinta, gadis rela aja walaupun semua itu tipu dan nafsu sahaja. Hanya mereka yang teguh iman dan yang berakal sahaja tidak mudah disembelih dan tidak muda dimakan dagingnya.

Adus...penat dah membebel pasal nih. Harap-harap gadis yang baca penulisan nih jangan marah. Bukan semua gadis macam tu. Cuma mak ngoh harap ambillah pengajaran dari apa yang telah berlaku. Janganlah rosakkan diri sendiri. Jaga maruah diri, keluarga dan agama. Sekarang nih, malu juga bila orang cina selalu bertanya kenapa yer...ramai orang islam buang anak? Kenapa yer ramai orang melayu suka buat video lucah? Kenapa yer ramai orang melayu suka buat atas tangga? Jangan ingat pertanyaan itu tak wujud. Memang wujud...sebab mak ngoh bergaul dengan orang Cina time tinggal di Sandakan. Cina pun mengeluh dan membebel dengan kerosakkan orang Islam dan Melayu. Dalam hati mereka, Allah saja yang tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!