Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 25 Jun 2010

Tak faham betul erti cinta dan sayang zaman sekarang...


Mungkin mak ngoh nih dah tua...jadi memang tidak memahami dan tak mahu memahami istilah sayang dan cinta anak muda zaman sekarang. Satu perkara lagi, mak ngoh pun tak faham istilah 'teman lelaki yang baik' yang disebut oleh gadis gadis zaman sekarang.

Mak ngoh terbaca kisah 2 orang remaja perempuan yang telah melahirkan anak manakala teman lelaki mereka ditahan polis akibat dilaporkan oleh doktor hospital.

Yang menyedihkan, remaja tersebut menyalahkan doktor kerana telah melaporkan teman lelaki mereka kepada polis.

Remaja A kata
“Selepas mendapati saya mengandung, saya berhenti sekolah. Keluarga juga sudah tahu tapi mereka bersetuju untuk mengahwinkan kami.

“Saya sayangkan teman lelaki dan dia sanggup bertanggungjawab...saya tak tahu doktor akan membuat laporan polis,” katanya.

Remaja B kata

"Saya dan teman lelaki belajar di sekolah sama dan dia kini sudah bekerja sebagai pelayan. Kami saling mengenali sejak tahun lalu dan kali pertama mengadakan hubungan seks, Mei tahun lalu.

“Kami memang saling mencintai dan teman lelaki saya seorang yang baik. Selepas kahwin saya akan berhenti sekolah dan menumpukan perhatian kepada keluarga.

“Saya harap polis dapat melepaskan teman lelaki yang ditahan kerana saya langsung tak membuat laporan, sebaliknya hanya doktor melaporkan kejadian itu,” katanya.


Apa istilah baik tu? Pada pandangan mak ngoh yang klasik dan yang dah ketinggalan zaman nih,


  • Lelaki yang baik, dia takkan sentuh perempuan yang bukan hak dia.

  • Lelaki yang baik takkan rosakkan anak dara orang.

  • Lelaki yang baik takkan membuntingkan anak orang.

  • Lelaki yang baik takkan buat dosa zina.


Tapi, zaman moden dan canggih nih, takrif lelaki yang baik macam dah ditukar ek? Bila yer tukar? Tak pasan la pulak!!! Istiilah lelaki baik sekarang nih bermaksud


  • lelaki tu sanggup bagi topup telefon walaupun RM 1

  • lelaki tu sanggup belanja makan walaupun di kaki lima apatah lagi KFC

  • lelaki itu sanggup mengambil anda di rumah walaupun pukul 12 malam. baiknya.

  • lelaki itu sanggup menyetubuhi anda walaupun dia tahu benda tu berdosa dan masuk neraka
Apa pula maksud sayang dan cinta zaman moden nih?
  • Demi cinta, kuserahkan jiwa dan raga dan body
  • Tak lengkap cinta kalau tiada persetubuhan
  • Buktikan cinta dan sayang dengan memberi body
  • Bangga melakukannya seks demi cinta

Cinta sekarang banyak bertuhan nafsu. Sedangkan cinta yang utama adalah ALLAH dan muslim yang menjalinkan cinta sepatutnya diniatkan kerana ALLAH. Bukan kerana nafsu.

mak ngoh memang marah betullah dengan keadaan ni sekarang. Zina sangat berleluasa.



Bagi menjawab kata-kata remaja tersebut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan dibuat doktor hospital terbabit berhubung kes remaja tu dan kata beliau

“Disebabkan dua remaja itu masih di bawah umur, kita menyiasat kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol dan setakat ini seorang teman lelaki remaja itu sudah ditahan untuk siasatan,” katanya.



Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang remaja berusia 15 tahun menjadi mangsa rogol teman lelakinya selepas dia diberikan minuman sebelum menjadi khayal.



Apa-apalah...



Akan tiba suatu masa menghampiri kiamat, zina berleluasa dan orang alim hanya boleh megeluh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!