SEGAMAT: Dengan alasan Masjid Putrajaya ditutup sempena sambutan Hari Wilayah 2008, seorang wanita ditipu suami sendiri apabila dia ‘dinikahkan’ oleh rakan karib suaminya di sebuah rumah flet di Shah Alam, Selangor.
Lebih malang, wanita berusia 26 tahun itu hanya mengetahui kisah benar di sebalik majlis pernikahannya dengan ‘suami’ berusia 55 tahun itu selepas anaknya yang berusia dua tahun didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai tidak berbapa kerana tiada sijil nikah.
Lebih membuatkan Siti Amira Mohamad kesal tidak sudah, majlis akad nikah dikendalikan jurunikah palsu itu turut disahkan secara lisan oleh dua saksi yang juga rakan suaminya. Ketika menceritakan semula majlis pernikahannya di Shah Alam, Siti Amira berkata, pada mulanya dia hairan kerana tempat asal majlis itu sepatutnya diadakan di Masjid Putrajaya, tetapi diubah lokasi ke rumah berkenaan pada saat akhir. “Saya datang bersama rombongan ahli keluarga.
Apabila ditanya kenapa tidak dilangsungkan di Masjid Putrajaya, wakil suami memberitahu tempat pernikahan terpaksa diubah berikutan sambutan Hari Wilayah. “Wakil pihak suami beritahu tiada kadi bertugas di situ (Masjid Putrajaya) selain masjid juga tidak dibuka untuk sebarangan aktiviti keagamaan pada masa itu. “Tanpa usul periksa, saya hanya mengikut saja rombongan pihak lelaki ke sebuah rumah pangsa dan setibanya kami di situ, kadi nikah kahwin sudah pun menunggu termasuklah bakal suami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Amira berkata, akibat terlalu teruja mahu dinikahkan segera, dia langsung tidak memeriksa kesahihan kadi yang bakal menikahkan mereka.
“Namun, selepas dua tahun melahirkan anak serta ditinggalkan suami ‘gantung tidak bertali’, barulah saya sedar kadi bertanggungjawab menikahkan saya adalah rakan karibnya (suami),” katanya. Penipuan itu hanya disedari mangsa apabila dia pergi mendaftarkan kelahiran anaknya itu di pejabat JPN, di sini.
Beliau terkejut apabila anaknya itu diberikan status tiada berbapa berikutan ketiadaan sijil perkahwinan diberikan ketika proses pendaftaran itu. “Saya musykil dan menghubungi suami, namun dia kata sijil perkahwinan masih tidak diperoleh.
“Saya pun percaya dan menunggu sehingga kini, kemudian barulah sedar rupanya majlis pernikahan yang berlaku dua tahun lalu adalah komplot dirancang secara teliti oleh suami,” katanya. Siti Amira berkata, suami sengaja mengubah tempat pernikahan dijadualkan di Masjid Putrajaya itu semata-mata untuk mengadakan majlis nikah palsu itu. Katanya, beberapa rakan suami gelap itu turut bersubahat dengan lelaki terbabit malah seorang daripada mereka turut bertindak menyamar sebagai kadi daerah.
“Saya pada masa itu langsung tidak mengesyaki apa-apa kerana ada dokumen yang ditandatangani sebagai syarat setuju untuk bernikah diambil oleh ‘kadi’ terbabit,” katanya.
Siti Amira berkata, perkahwinan itu juga diraikan dalan sebuah majlis yang diadakan selepas seminggu mereka dinikahkan dengan dihadiri lebih 1,000 jemputan.
Menurutnya, kegembiraan majlis perkahwinan juga tidak kekal lama kerana sebaik selesai kenduri itu, dia datangi dua lelaki yang menuntut hutang barangan yang digunakan pada majlis berkenaan.
Dia hairan kerana suami gelapnya itu memberitahu dia sudah melangsaikan segala hutang berkaitan sebelum kenduri diadakan.
Namun, katanya, akibat pembohongan itu, beliau dan keluarga terpaksa bergadai barang kemas bagi melangsaikan segala hutang yang dituntut terbabit.
Katanya, suami yang diharapkan membantu, tiba-tiba saja menghilangkan diri selepas sebulan majlis perkahwinan selesai.
“Sejak dari itu saya cuba menghubungi suami, namun semua usaha menemui jalan buntu dan apabila ditanya mengenai sijil perkahwinan dia (suami) memberikan alasan hilang dan sebagainya,” katanya.
Siti Amira melahirkan rasa terkilan kerana suami gelapnya tergamak mempermainkan soal agama semata-mata ingin memenuhi tuntutan nafsunya.
Difahamkan mangsa sudah membuat laporan polis mengenai perkara terbabit dan beliau juga kini dalam tindakan untuk melaporkan kepada pihak jabatan agama daerah berkenaan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil dalam masa terdekat ini.
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Sabtu, 26 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)