Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 13 Jun 2010

Sudah-sudah la cerita kisah PeterPorn di blog anda tu

Hanya nak mengingatkan adik-adik atau pun senior2 yang ghairah menceritakan kisah video lucah artis indonesia di blog masing-masing. Ada tu yang bangga menceritakan dia dah tengok video tu dan mereka bercerita tentang betapa hebatnya aksi ranjang kalahkan pelakon lucah yang real.



TAPI APA KES NYA anda mengaku melihat video itu? Dan apa tujuan anda menulis di blog anda? Semata-mata nak tarik traffik blog anda ker? Ada tu siap bagi link untuk download video lucah tersebut. Baguslah, mereka buat dosa berzina dan anda pula buat dosa menyebarkan video lucah. Kongsi saham ker? MLM ker



Di blog pula diletakkan iklan-iklan dan masuk payment untuk visitors yang klik atau masuk blog. Apa hukum duit tersebut jika visitors masuk untuk download cerita video lucah itu? APA HUKUM DUIT ITU?



Tak salah menulis cerita tentang kisah mereka itu tapi dengan niat untuk menegur dan sebagai pedoman atau sempadan kepada kita orang Islam semua supaya jangan libatkan diri dengan benda durjana tersebut. Tetapi janganlah over-over. Sendiri fahamlah over tu macamana. Kalau sekadar nak memberitahu macam dalam surat khabar tu okay jer.

Ingat dosa dan pahala. Itu ajer... Sesungguhnya yang lemah itu datang dari manusia lemah macam mak ngoh dan yang sempurna itu hanyalah ALLAH s.w.t

Penafian : Tiada paksaan untuk anda mengikuti nasihat ini.

1 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!