Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 27 Jun 2010

Oh cikgu..jagalah perangai demi maruah kerjaya anda yang mulia

Erk...mak ngoh nih pun cikgu gak dan bukan nak buka pekong di dada. Kalau dah memang busuk buat apa nak disorokkan. Betul tak? Lagipun memang ada cikgu yang tak betul jalan. Kenapa mak ngoh kata macam tu?

Mak ngoh ada tengok Buletin Utama yang bercerita tentang cikgu yang ponteng kerja di pendalaman Sarawak. Sebabnya tiada kemudahan asas di sana. Tapi, untuk pengetahuan cikgu-cikgu tu dan orang lain, bukan pendalaman Sarawak jer yang tak ada kemudahan asas, pendalaman Sabah pun ada dan pendalaman Pahang pun ada.

Kalau ada cikgu lain yang sanggup bergelap di malam hari, sanggup tiada coverage telefon kenapa cikgu-cikgu yang dah ditakdirkan ke sana tu tak sanggup bertahan? Memang diakui, ada kedengaran cikgu-cikgu baru yang tidak melapor diri setelah mengetahui nama sekolah masing-masing yang kononnya amat pendalaman.

Namun, mereka yang tidak melapor diri itu lebih baik dari guru yang melapor, tidak pergi ke sekolah tetapi gaji masuk tiap-tiap bulan. Betul tak? Kalau memang tak nak, janganlah pergi. Jangan makan duit gaji yang bukan hasil titik peluk anda. Lagipun, sekolah yang tiada kemudahan asas, gurunya diberi elaun RM1500 sebulan, ditambah pula dengan gaji...ai banyak lah juga duit gaji yang bukan hasil titik peluh.

Pastu...kisah guru yang perasan betul dan perasan garang entah apa-apa. Biasanya kes macam nih berlaku kat sekolah kampung ataupun pelajarnya seorang miskin, anak pak tani jer. Ada guru disiplin yang kononnya garang la tu, jumpa jer tampar budak...jumpar jer tampar budak walaupun kesalahan budak tu kecik. Hebatlah tu konon bila dah tampar budak. Tak ada cara lain ker nak menegur selain menampar dan merotan.

Kes betul di sekolah rendah di kampung mak ngoh, guru wanita yang kononnya garang. Seorang pelajar lelaki bising, darjah 2 kalau tak silap. Disebabkan dia begang, dia baling pembaris kayu warna kuning tu ke arah pelajar lelaki tu tapi sayangnya terkena pelajar perempuan. Luka kening pelajar perempuan tersebut. Tapi sebab budak kampung, mak ayah budak tu pun miskin dan tidak alert maka dibiarkan saja. Esoknya, cikgu tu bagi duit RM 1 kepada budak tu, sebagai bayaran kerana dibaling pembaris. Itu kisah 7 tahun lalu.

Mak ngoh ada terdengar cerita dari seorang yang amat kecewa dengan guru. Dia bercerita tentang kawannya yang ketika itu mereka di sekolah rendah. Kawannya orang miskin dan mak kawannya buat nasi lemak dan minta anaknya jual di sekolah. Kemudian, guru buat sportchek dan merampas nasi lemak-nasi lemak yang ingin dijual tu dengan alasan tak boleh berniaga di sekolah. Di waktu rehat, kelihatan guru-guru tersebut sedang makan nasi lemak yang dirampas. Oh no!

Paling teruk lagi, kisah budak lelaki darjah 2 yang nakal dan bising. Cikgunya telah memulas telinga budak tu hingga budak tu pengsan dan masuk spital. Akibat dipulas itu dan ada urat yang terkehel, muka dan mata budak tersebut telah jadi senget sebelah. Budak yang normal tu jadi mudah stress dan tak boleh buat kerja kalau dipaksa. Namun, disebabkan cikgu tersebut adalah saudara terdekat emak budak tu, jadi tiada tindakan dikenakan. Yang penting, budak tu yang kini telah berumur 32 telah membenci insan bernama cikgu. Mana tak nya, dia yang tak cacat dah jadi cacat sebab cikgu tu.


Cikgu main game di bilik guru. Ini yang paling mak ngoh bengang. Time dia main game budak plak penuh di belakang dia memerhati game-game dia. Kalau diberi tugas can jawatanbanyak , dia bising..siap pergi minta dengan pengetua gugurkan tugas dia. Tapi kalau tak ada tugas dia main game jer. Sekolah mak ngoh pun ada cikgu macam tu. Nak jer mak ngoh snap gambar dorang main game tu kasi masuk FB dan laman web sekolah, baru tau. TAPI mak ngoh tak berani...HAHA


Pastu, time mengajar, ada pula spesies guru yang ajar guna kaedah remote kontrol. Pengetua sekolah mak ngoh pernah tegur cikgu yang macam nih. Cikgu hantar budak pergi ke library, makmal ICT , bawah pokok mana-mana or kantin, pastu cikgu duk tempat lain berbual dan minum-minum. Budak memanglah suka kalau cikgu tak mengajar. Boleh dorang enjoy dan main, tapi cikgunya tolonglah sedar. Tak baik buat macam tu. Kita dibayar untuk mengajar bukan untuk memantau dari jauh jer.


Kemudian...guru wanita yang menggunakan budi bicara kalahkan budak bohsia. Eh, ingat tak ada ker. Secara real mak ngoh tak jumpa lagi sebab kawan-kawan mak ngoh nih sopan santun jer tapi dalam YM mak ngoh ada jumpa. YM pun bukan kawan yang kenal maya jer, memang dah disahkan si fulan binti fulan tu adalah cikgu. Yang sedih, duk chatting guna ayat lucah,,,guna ayat macam minah rempit. Wat malu cikgu jer. Itu tidak abih lagi dengan cikgu-cikgu perempuan yang terang-terangan bercinta maya dan tak abih-abih dengan status YM dan FB yang jiwang karat. Dalam FB pula diaddkan student2 nya. Aduh, wat malu.

Kemudian kes skandal guru dengan pelajar. Adeh!!! Yang cikgu lelaki dengan pelajar perempuan dan yang cikgu perempuan dengan pelajar lelaki. Okay, yang cikgu lelaki tu tak apalah...lelaki kan boleh kahwin 4, itu memang dibenarkan agama. Jadi mak ngoh pun tak heran sangat selagi dorang tak buat benda berdosa.

Tapi yang mak ngoh heran, cikgu perempuan bercinta bagai nak rak dengan pelajar sendiri. Yang ini memang secara realnya berlaku di depan mata mak ngoh. Beberapa cerita mak ngoh dengar. Ada, pelajar diberi kereta dan diberikan penginapan lagi. Adeh cikgu oiii. Janganlah rosakkan nama cikgu. Nak bercinta dengan lelaki muda tak salah. Tapi biarlah dengan cara yang betul. Kalau sampai dibawa pulang ke rumah,,,itu dah lain. Sekarang dengar cerita, guru perempuan berumur 28 tahun bercinta dengan budak laki umo 16 tahun.Tapi bukan cikgu sekolah mak ngoh yer.

Last but not least,,, cerita tentang cikgu yang suruh budak kerja dia. Guru kelas suruh ketua kelas isi buku kedatangan harian pelajar. Guru kelas suruh pelajar, isi buku rekod markah dan macam-macam lagi. Guru suruh pelajar tulis nota di papan hitam dan pelajar lain salin. Guru tu duduk jer. Tak salah kalau nak minta tolong pelajar tapi janganlah, gurunya duk goyang kaki berbual, studentnya duk buat kerja cikgu tu. Orang kata biarlah berpada-pada dan tahu tugas sendiri. Sendiri mau ingat lah apa tugas anda sebagai guru. Kalau dah tugas anda tapi budak yang buat bukan ker gaji tu dah jadi gaji budak tu. Ahakss.

fuh, letih membebel. Yang penting...mak ngoh tak suka kerna nila setitik rosak susu sebelanga. Betul tak? Jangan kerana ada segelintir cikgu macam cerita-cerita kat atas, masyarakat akan bagi mark dan label tersendiri untuk cikgu. Mak ngoh sayang kerjaya nih dan memang pantang orang mengutuk cikgu tak bertempat. Tapi macamana kalau yang dikutuk itu betul? Terlopong jer lah mak ngoh dengar sambil angguk pelan-pelan.

Kesimpulan yang biasa didengar untuk menutup kesilapan adalah - " Guru pun manusia gak, bukan sempurna"

2 ulasan:

  1. setuju ngn mak ngoh...
    bila da add student dkt fb tuh,ayat kena jaga,pastu jgn letak gambar skandal.xseswai u...

    lebih baek tak yah add lah students.heheh

    BalasPadam
  2. saye pun ade pengalaman ngan cikgu yang perangainye tak berapa nak best nih. . .

    azab ohh. sampai nangis2 pergi jumpe pengetua.
    naseb baek pengetua pun paham. rupenya satu sekolah tau perangai die camne. haih.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!