Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 2 Oktober 2010

Pengalaman tempah kad kahwin : Cara melayu berniaga

Untuk perkahwinan makngoh hari tu, makngoh tempah kad kahwin online yang terletak di Rantau Panjang. Nama kedainya biarlah makngoh rahsia.

Walaupun urusan online, tetapi tunang makngoh tetap pergi berjumpa dengan tuan punya kedai tersebut dan bayar deposit untuk kad berharga RM 2.00 sekeping. Tuan punya kedai tu, berjanji akan design kad dan emel kepada makngoh untuk makngoh cek dan luluskan print.

Dua minggu berlalu, makngoh tunggu emel tak sampai-sampai. Tunang makngoh pun telefon bertanya khabar, tuan punya kedai cakap tak boleh buat sebab harga kad tu tak boleh bagi RM 2.00. Dia kata kami kena tambah 10 sen untuk satu kad, baru boleh dia buat kad tu. Dia jemput tunang makngoh ke kedainya lagi untuk berunding. 10 sen satu kad, tapi kalau tempah 1000 keping, berapa dah duit yang kami tambah? Tapi, tunang makngoh setuju dan pergi ke kedai lagi untuk berunding jenis kad.

Janjinya, kad akan siap sebelum puasa. Dah akan diemelkan kepada makngoh. Tapi lebih seminggu makngoh tunggu, design kad masih belum diemelkan. Last-last makngoh sendiri telefon dan bercakap dengannya. Rupanya, dia minta tukar kad lain. Kalau nak harga RM 2.10 boleh tapi kad yang nipis tak boleh kad tebal. Masa tu dekat 2 nak puasa.

Mak ayah kami pula dah bising minta kad sebab nak menjemput. Bincang punya bincang, last-last harga RM 2.00 untuk kad yang biasa sahaja. Makngoh tegur tuan kedai tu, sepatutnya sebelum orang bayar deposit, dia dah jelaskan harga yang sebenarnya. Lagi satu, kalau tak boleh bagi harga tu, telefonlah cakap awal-awal, tapi tidak. Diam sampai berminggu-minggu.

Esoknya, dia emel kepada makngoh design kad. Banyak ejaan salah. Gambar kami pulak dah bertukar warna. Sampaikan tunang makngoh kata, kita batalkan je lah. Biarlah burn duit deposit. Masa dah suntuk. Kita beli kad tulis tangan je lah.

Tapi, makngoh tetap nak teruskan. Duit deposit dah bayar. Makngoh minta dia betulkan ejaan yang salah dan minta dia print. Tapi...nak boleh print pun sikit punya lama. 2 minggu di bulan puasa barulah siap. Itu pun dengan macam-macam alasan dengan tarikh siap yang bertunda-tunda. Telefon hari Khamis, katanya Ahad siap. Telefon Ahad katanya kata dah siap print tapi kilang belum hantar. Bila tunang makngoh kata, nak pergi ambil sendiri di kilang, dia jawab kilang print tu di Kuala Lumpur. Sanggup ke nak pergi ke sana?

Hebat sungguh Melayu berniaga kan? Masa pergi ambil kad, pandai pula dia minta maaf sebab kad lambat siap.

Kemudian, sepupu makngoh pulak buat kad dengan dia. Janji, kad sepatutnya siap 1/10 sebab majlis kahwinnya 15/10. Tetapi, kad belum-belum siap lagi.

Nasihat makngoh kepada bakal pengantin, pilihlah kedai kad yang boleh dipercayai dan diharapkan. Makngoh bukan nak merendahkan kaum sendiri berniaga. Tujuan makngoh berurusan dengan dia pun sebab nak tolong kaum sendiri. Tapi, apa kan daya, banyak dah pengalaman yang tak memuaskan bila berurus niaga dengan kaum sendiri. Pilihlah kedai Melayu yang memang nak maju. Jangan pilih kedai Melayu yang hidup segan, mati tak mahu.

4 ulasan:

  1. nama gapo kedai tu? kan nnti syeragh nok nikoh, keno kedai tu gak.. nanyo

    BalasPadam
  2. bgus la mokngoh kongsi pengalaman ni..
    skrg2 nya nnti sy nk kawen..
    klu nk bt kad tu kna la hati2..
    mcm2 kn mnusia ni..
    sabau aje la..=)

    BalasPadam
  3. iyer, eloknya survey kedai bagus-bagus. Makngoh nih sebab makngoh duk jauh, pastu kesuntukan masa sebab tu main terjah online je. Yang kasihannya mak ayah kita la nak menjemput orang dlm masa yg singkat sbb kad lambat siap

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!