Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 19 Oktober 2010

Tawau mungkin berdepan dengan gempa bumi lagi kuat


Jabatan Meteorologi tidak menolak kemungkinan gempa bumi bersaiz sederhana menghampiri 6 pada skala Richter mungkin berlaku di Tawau, Sabah pada masa depan.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami, Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rohaidi Che Abas berkata, kemungkinan itu diambil kira daripada kekerapan gempa bumi yang berlaku di kawasan-kawasan sekitar Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu di Sabah.

"Ini kerana sejak minggu lepas hingga semalam tiga gegaran lemah telah dicatatkan di kawasan terlibat yang berukuran 2.6 hingga 3.8 pada skala Ricther.

"Meskipun kawasan terlibat merupakan kawasan berisiko dilanda gempa namun kekerapan yang berlaku menghairankan kami," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Justeru, menurut Mohd. Rohaidi, pihaknya akan memantau 24 jam sehari untuk melihat perkembangan semasa kemungkinan berlaku lagi gempa bumi di Tawau.

Menurut rekod, gempa paling kuat pernah dicatatkan di Sabah ialah di Lahad Datu pada tahun 1976 iaitu berukuran 5.8 pada skala Richter.

 ________________________________________________________________

Malam tadi, hujan, petir dan ribut kuat berlaku di Sandakan. Fuh, memang menakutkan bila petir berdentam-dentum sampaikan blackout di beberapa taman perumahan di Sandakan. Siang hari pula panas. Sekian laporan cuaca dari Sandakan. Sekarang ni, dah petang macam mendung jer.

Sama-sama doakan agar Tawau mahupun seluruh Sabah tidak dilanda bencana gempa bumi. Amin...Semoga semua selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!