Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 19 Oktober 2010

Kes bunuh profil tinggi? | Rangka siapa ditemui di Semenyih?

KAJANG 19 Okt. - Polis menemui rangka manusia tertanam di sebuah kebun kelapa sawit dekat Bukit Broga, Semenyih malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata, penemuan itu adalah ekoran pengakuan seorang suspek kes pembunuhan yang kemudian menunjukkan kepada polis tempat dia menanam mayat mangsa.

"Suspek yang berumur sekitar 30-an itu membawa polis ke satu lokasi berdekatan dengan kawasan perkuburan Cina dan setelah digali satu rangka manusia yang masih ada sedikit cebisan tisu ditemui.... namun belum dapat dipastikan sudah berapa lama mangsa mati,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Shakarudin berkata, suspek turut menunjukkan lokasi sebuah kereta yang hangus dibakar, yang dipercayai milik mangsa kira-kira 3 km dari tempat mayat mangsa ditemui.
Beliau berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan rangka manusia tersebut milik individu berprofil tinggi namun beliau enggan mengulas lanjut dan katanya ia sedang disiasat.

"Kita tidak tolak kemungkinan ia kes berprofil tinggi tetapi kita kata kemungkinan.. tunggu sahaja keputusan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) nanti baru kita tahu identiti sebenar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek lelaki itu ditahan baru-baru ini oleh pihak polis di tempat lain dan hasil pemeriksaan mendapati dia merupakan penjenayah dikehendaki di daerah Kajang dan kemudian diserahkan kepada IPD Kajang untuk siasatan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!