Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 15 Oktober 2010

Lagi entri mengenai Irwan Carjunk

Makngoh godek-godek nuffnang kejab tadi dan makngoh tengok, kata kunci yang paling glamour dalam blog makngoh hari ini adalah IRWAN CARJUNK.


Kemudian, makngoh berpura-pura menaip katakunci tersebut di google dan inilah keputusannya. Rupanya, blog makngoh di senarai pertama untuk kata kunci tersebut.

Nak kata gembira macam tidak juga. Adakah makngoh kena minta maaf dengan Irwan Carjunk di atas penulisan entri mengenainya?

Semasa makngoh buat entri tersebut, makngoh dalam keadaan 'sedikit naik angin' dengan penyataan facebooknya. Itu berlaku lebih kurang pukul 1 pagi.

Walaupun begitu Irwan Carjunk harus berterima kasih kerana walaupun penyokong Kelantan mengetahui tentang status  facebooknya, namun setahu makngoh, BELUM lagi laporan polis dibuat terhadapnya. Rasa makngoh lah. Keluarga si mati, tidak membuat apa-apa laporan polis setakat ini. Tetapi tidak mustahil juga jika laporan tersebut akan dibuat pada masa  terdekat. Itu pendapat makngoh sahaja.

Sebab, bagi makngoh dan orang yang waras...kami lihat status facebook budak tersebut lebih kepada CAKAP BESAR dan TERLEPAS CAKAP. Jika tidak, masakan dia menukar nama profile faceebooknya kepada Penyembur Perosak. Mahu bersembunyi kerana diburu secara maya oleh penyokong Kelantan ker?

TETAPI....adakah benar sekadar cakap besar atau memang pergaduhan itu turut disertai budak itu kerana...ada lagi seorang penyokong Kelantan yang koma.

Sikap orang Kelantan pula, berusaha sampai dapat. Makngoh ada terbaca tentang nombor plat motosikal Kriss milik Irwan Carjunk, facebook kekasihnya dan juga gambar-gambar yang berkaitan dengannya. Semuanya, disiasat maya oleh orang-orang yang tidak puas hati dengan status facebooknya. Namun, makngoh tidak mahu memberikan maklumat mengenai alamat facebook dia dan kekasihnya, nombor plat motosikalnya mahupun gambar-gambar yang berkaitan dan tak berkaitan.

Sekarang, apa yang penting, makngoh nasihatkan kepada penyokong Kelantan dan penyokong Selangor.

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH

Itu yang terbaik.
Walaupun asal dari negeri lain-lain, kita semua ni cucu cicit Nabi Adam A.S juga.
Kita adalah bersaudara dan kita orang Islam. Kita kena bersatu-padu berwaspada dengan musuh Islam bukannya berwaspada sesama Islam dan leka.

Tak patut juga apabila Nik Aziz Nik Mat turut dikutuk ekoran pergaduhan penyokong Kelantan dan Selangor. Tak pasal-pasal. Tetapi, pemimpin tersebut tiada kaitan dengan perangai penyokong bola sepak. Perangai itu punca dari hati individu itu sendiri.

p/s : Malam ni perlawanan suku akhir kedua antara Kelantan dan Selangor di Kota Bharu. Siaran secara langsung ada di Astro Arena. Tadi, suami makngoh nak pergi tengok juga. Tapi makngoh minta dia jangan pergi. Risau makngoh kalau jadi apa-apa di stadium nanti. Dahlah makngoh duduk jauh di sini. Dia pula di sana.

 I love my husband very much.

7 ulasan:

  1. korang jangan ambik keputusan sendiri. serahkan kepada pihak polis. orang kelantan jangan biadab. kami pemuda pantai barat dah mmg lama hangin dengan budak2 kelantan yang poyo.

    BalasPadam
  2. ckp baik2 skit bro......bdk2 selangor xde yg biadap n poyo ke....

    BalasPadam
  3. kenapa puLak nk naik angin ? waLaupun saya org seLangor , tapi atas dasar kemanusiaan , saya tak sokong perbuatan membeLasah org Lain ..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!