Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 26 Oktober 2010

Baru makngoh tahu kewujudan tempat nama Galas di Kelantan

Walaupun makngoh ni orang Kelantan, tapi makngoh memang tak tahu pun kewujudan tempat nama Galas di Kelantan tu. TETAPI kewujudan tempat nama Batu Sapi di Sandakan makngoh tahu sebab berdekatan dengan tempat makngoh mengajar. Biasa juga makngoh berkursus di  SMK Batu Sapi tu.

Petikan dari Berita Harian DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi termasuk 127 pengundi pos yang terdiri daripada anggota polis. Secara pecahannya, pengundi Melayu, 7,125 (61.67 peratus); Cina 2,317 (20.06 peratus); Orang Asli 1,889 (16.35 peratus); India 185 (1.6 peratus), selebihnya Bumiputera Sarawak dan lain-lain kaum.
DUN Galas mempunyai 13 daerah mengundi termasuk enam kawasan majoriti penduduk Orang Asli yang terletak di sekitar Lojing. Empat daripada pusat mengundi terbabit akan ditutup awal kerana peti undi perlu diangkut menggunakan helikopter ke pusat pengiraan dan penjumlahan di Dewan Sivik Gua Musang.

Parlimen Batu Sapi pula ada 25,582 pengundi. Daripada jumlah itu, 15,099 (59.02 peratus) pengundi adalah Bumiputera Islam, 9,737 (38.06 peratus) Cina; 689 (2.69 peratus) Bumiputera bukan Islam dan 57 (0.22 peratus) kaum lain.

Parlimen berkenaan mempunyai dua DUN, iaitu Sekong yang diwakili Datuk Samsuddin Yahya daripada UMNO dan DUN Karamunting yang diwakili Datuk Peter Pang En Yin yang keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) sebelum menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas pada 1 September lalu berikutan krisis pemimpin LDP dengan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Disebabkan makngoh tak pernah jejak kaki ke Galas, jadi makngoh tak boleh nak bandingkan dengan Batu Sapi mengenai kemajuan tempat masing-masing. Di sini (Sandakan) tiba-tiba, jalan menuju ke sebuah sekolah mula diturap disebabkan nak pilihanraya sedangkan jalan tersebut sudah bertahun-tahun rosak, berlubang dalam dan gurunya sudah beberapa kali buat aduan.

Sesekali terfikir juga makngoh, nasib baik ada piliharaya...jalan dan kemudahan asas ada secara tiba-tiba.

Dengar cerita batu Sapi dikenali sebagai batu sapi disebabkan penemuan batu yang menyerupai sapi (lembu) di sebuah pulau berdekatan dengan tempat tersebut.  Selain tempat Batu Sapi, ada lagi tempat yang dikenali dengan nama Ulu Sapi. Dengar cerita lagi, tempat tersebut pendalaman dan menakutkan lah kalau ada guru yang kena posting ke sana. Tahniah kepada guru-guru yang berkhidmat di Ulu Sapi.

SMK Batu Sapi, bagi makngoh sebuah sekolah yang cantik dengan landskap yang sangat menarik. Selain itu, SMK Batu Sapi juga terkenal dengan pengurusan fail yang terancang dan sangat kemas semasa Puan Munah menjadi Pengetua di sana. Beberapa sekolah lain, turut mengadakan lawatan ke sekolah tersebut melihat dan belajar cara pengurusan failnya. 

Sayangnya, Batu Sapi dikatakan tempat pendatang tanpa izin bermastautin (PATI). Kedudukannya mengadap laut dan banyak kawasan hutan memudahkan pergerakan PATI. Itu cerita yang makngoh dengar ler.

Selain itu, bagi makngoh...Batu Sapi mungkin lebih maju dari Galas. Batu Sapi termasuk dengan Bandar Ramai-Ramai ada beberapa kemudahan bank utama dan juga hotel-hotel, selain pawangan, tempat bowling dan juga tempat makan terkenal seperti Ocean King (yang pernah masuk Majalah Tiga beberapa tahun lepas).

Rasanya, di Galas tiada kemudahan seperti itu dan kemudahan bank mungkin hanya ada di bandar Gua Musang sahaja. Itu anggapan makngoh sahaja.

Selamat mengundi kepada semua penduduk GALAS dan Batu Sapi. Pilihlah mengikut kehendak hati anda.

p/s : hanyalah cerita anak Kelantan yang berada di Sandakan.

1 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!