Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 27 Oktober 2010

Yekk, hembus | buang hingus di khayalak ramai

Sekarang ni tiba-tiba pula datang musim selsema, batuk dan demam di tempat makngoh ni. Makngoh tak pasti la kalau tempat anda pun ada penyakit selsema, demam dan batuk ni.
Jadi, apabila selsema, macam-macamlah bunyi hingus yang akan keluar. Ya, itu penyakit. Tapi pandai-pandailah jaga kebersihan dan etika menghembus hingus tu.

Yang makngoh tak berkenan sangat, terutamanya di tempat kerja. Malas nak ke tandas, lepas tu duduk jer depan kawan hembus hingus dengan suara yang tinggi dengan macam-macam kahaknya.
Adoi, kasihan la kawan yang tengah makan ker, minum ker... terpaksa menghayati orang yang tengah membuang kumbahan macam tu siap dengan background music lagi tu.
Ei, pengotor lah.

Kalau budak kecil @ kanak-kanak itu lain hal, tak apa lagi. Ini dah tua-tua, masih tak tahu lagi adab dan etika. Kalau tak segan pun, sekurang-kurangnya fikirkan orang di sekitar anda.



Ini memang selsema teruk la sampaikan tisu digantung. Lepas guna terus buang. Kemudian tarik, guna tisu lain lagi.

Jadi, nasihat kepada mereka yang nak buang hingus tu, pandai-pandailah cari port sesuai untuk membuang kumbahan anda itu. Hormatilah dan sensitiflah kepada orang di sekeliling nak nak lagi yang mengandung ker, yang jenis alergik dan yang
mudah muntah ker.

Hingus dan kahak ni benda kotor yang semua orang tak suka.
Tak suka tengok dan tak suka dengar.

Bebel-bebel juga, ini doa untuk menghadapi apa-apa penyakit menular tak kiralah H1N1, denggi ker atau apa-apa penyakit.

 
Doa penyakit menular

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!