Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 24 Oktober 2010

Makluman KPM mengenai Aplikasi Online Standard Guru Malaysia (SGM)

Dah beberapa hari makngoh cuba masuk aplikasi online SGM dari laman web KPM tapi bermasalah. Tidak boleh daftar online dan kadang-kadang macam script error.

Di sekolah makngoh, guru-guru wajib mengisi aplikasi ini,mencetak dan menyerahkan hardcopy kepada pihak sekolah selewat-lewatnya 16 November 2010. Lain sekolah, lain tarikh. Bergantung kepada pengetua. Housemate makngoh, pengetua sekolah dia kata nak selewat-lewatnya 28 Oktober 2010.

Sebelum cakap banyak, kenali dulu apa itu SGM.

A) PENGENALAN

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

B) MAKLUMAN BERKAITAN INSTRUMEN SGM SECARA ONLINE

Instrumen SGM secara Online pada masa kini tidak boleh diakses kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pihak Bahagian Pendidikan Guru, mohon maaf diatas kesukaran yang dialami.

Para pengguna digalakkan menggunakan instrumen SGM secara offline yang boleh dimuat turun daripada Link (Instrumen (SGM)). Instrumen secara ofline dibangunkan menggunakan aplikasi excel. Oleh yang demikian komputer yang digunakan seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya perisian Microsoft Excel untuk melaksanakan instrumen secara offline.

Instrumen yang telah dilengkapkan boleh diemail terus kepada penyelaras teknikal SGM di alamat email berikut : sgm.offline@gmail.com

Pengguna diminta memasukkan : Nama dan  No KP di ruangan Nama dan masukkan Kod Sekolah dan alamat di diruangan Alamat.


C) APA URL INSTRUMENT STANDARD GURU MALAYSIA? 

Bagi memudahkan pihak guru, makngoh sertakan terus link di bawah ini tanpa anda mencarinya di laman KPM. Klik sahaja link di bawah ini.

http://www.moe.gov.my/sgm/instrumen/sgm_ofline.xls  

Selepas klik, pada paparan seperti di bawah klik SAVE. Simpan dalam komputer anda seperti di My Document atau Desktop.


Tunggu sehingga fail siap dimuatturun. Setelah siap, buka fail tersebut dalam program Microsoft Excel seperti biasa. Contoh paparan adalah seperti gambar di bawah

 

Isikan dan lengkapkan semua yang diminta.

Kemudian emelkan kepada sgm.offline@gmail.com dengan mengunakan emel anda (buat attachment file)


D) TAMBAHAN

Untuk mereka yang mahu mencari sendiri aplikasi standard guru malaysia ini. Anda boleh masuk ke laman web http://www.moe.gov.my/ . Kemudian cari di bahagian aplikasi atas talian sepanjang tahun. Klik pada nombor 5. Standard Guru Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!